Kampung People
Kampung People | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Wan Hasliza Wan Zainuddin |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu penutup | Hari Baru - Pasya (musim 3) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 40 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jamaludin Karim |
Penerbit | Wan Hasliza Wan Zainuddin |
Penyunting |
|
Lokasi | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | KL Motion Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 Disember 2019 – 10 Disember 2022 |
Kronologi | |
Mengikuti | |
Diikuti oleh |
Kampung People ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia[1] dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad dan Haeriyanto Hassan. Musim pertama untuk siri ini bersiaran dari 11 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020 di Slot Lestary TV3 menggantikan Pesan Pada Hati dan digantikan oleh Titian Takdir. Musim kedua untuk siri ini bersiaran dari 17 September 2020 hingga 16 Oktober 2020 di Slot Lestary TV3 menggantikan Pink Smile dan digantikan oleh Lelaki Lingkungan Cinta. Musim ketiga untuk siri ini bersiaran dari 18 November 2022 hingga 10 Disember 2022 di Slot Lestary TV3 menggantikan Sentuhan Najwa dan digantikan oleh Budak Tebing 3.[2][3]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4] Ia disiarkan semula di TV9 dari 18 November sehingga 9 Disember 2020.
Ringkasan siri
[sunting | sunting sumber]Siri | Episod | Tayangan asal | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | Rangkaian | ||||
1 | 13 | 11 Disember 2019 | 8 Januari 2020 | TV3 | ||
2 | 14 | 17 September 2020 | 16 Oktober 2020 | |||
3 | 13 | 18 November 2022 | 10 Disember 2022 |
Musim 1 (2019–2020)
[sunting | sunting sumber]Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung.
Musim 2 (2020)
[sunting | sunting sumber]Razif, isterinya Mona dan anak-anak mereka Laila dan Yummy kembali kepada rutin kehidupan lama mereka di bandar setelah Tuan Suhaimi dipenjarakan dan kumpulan Cengkih Manis dibubarkan. Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan Razif tertekan bagi memasikan gaya hidup keluarganya terurus. Kerana rindu terhadap Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk berpindah kembali ke kampung namun bimbang Mona tidak bersetuju.Akhirnya Geng Cengkih Manis berjaya ditumpaskan. Walaupun banyak halangan untuk Jaafar dan Laila berkahwin, mereka gembira kerana mereka tidak lagi berada dalam ancaman Geng Cengkih Manis. Laila gembira kerana hubungannya dengan Jaafar makin bertambah baik dan mesra.
Musim 3 (2022)
[sunting | sunting sumber]Setelah Razif sekeluarga dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19, mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka. Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.
Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu. Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.
Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar. Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Rashidi Ishak sebagai Razif/Abu Bakar (musim 1–3)[5]
- Elly Mazlein sebagai Mona/Aminah (musim 1–3)[6][7]
- Riena Diana sebagai Laila/Ruziah (musim 1–3)[8]
- Kamarul Eqifshah sebagai Imran/Yummy/Adam (musim 1–3)
- Hun Haqeem sebagai Jaafar (musim 1-2)[9][10]
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
- Namron sebagai Tuan Shuhaimi
- Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
- Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
- Shah Kimin sebagai Ismail
- Ustaz Nadzeri Md Isa sebagai Tok Imam
- Shahril Tajuldin sebagai Badrul Bisu[11]
- Mohd Hairul Masdol sebagai Amat
- Hadi Putra sebagai Bobby
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Menulis untuk The Malay Mail, Zurairi AR dalam ulasan retrospektifnya mengenai Kampung People berhujah bahawa dalam komen di YouTube penonton meluahkan kecintaan mereka terhadap siri itu untuk nada segarnya dalam slot masa yang sebahagian besarnya dikuasai oleh unsur romantis yang penuh dengan plot yang sangat rumit dan dapat diramalkan bahawa walaupun permainan kad telah dibuat sebagai parodi. Beliau turut menyifatkan nilai-nilai moral dalam Kampung People ialah "bagaimana materialisme dan wang mengawal kehidupan kita, tanpa mengira sama ada kita tinggal di sebuah bandar atau kampung".[12]
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Kampung People mendapat maklum balas positif daripada penonton dan netizen.[13] Mereka berpendapat bahawa Kampung People tidak mempunyai unsur kisah cinta klise, sekaligus berjaya lari daripada kebiasaan penerbitan drama cinta dan adaptasi novel.[14]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Kampung People My Info Taip (10 Disember 2019). Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Nazar Rafiqhi (20 Disember 2019). "Tak kering gusi dibuatnya!" - Kampung People jadi perhatian, netizen terhibur depan TV Media Hiburan. Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Kampung People Tampilkan Kelainan, Berjaya Mencuit Hati Penonton Diarkibkan 2019-12-29 di Wayback Machine Hot FM (26 Disember 2019). Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Kampung People (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Rashidi Ishak terharu peminat sokong drama Kampung People Diarkibkan 2020-09-23 di Wayback Machine Hot FM (3 Januari 2020). Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Elly Mazlein seronok Kampung People ‘trending’, rupanya artis juga layan! Himpunan Cerita Lawak (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Januari 2020). Elly tak sangka ramai suka Kampung People Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Qarami Hasmim (28 Disember 2019). Riena Diana tiru slanga Inggeris King Coco dalam ‘Kampung People’ - “Tapi kalau suruh cakap macam tu 24 jam... saya pun meluat!” mStar Online. Dicapai pada 29 Disember 2019.
- ^ Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2020). Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Tiada dialog, tetapi ini rupanya bakat tersembunyi Badrul Bisu dalam Kampung People The Vocket (7 Januari 2020). Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Zurairi AR (19 Januari 2020). ‘Kampung People’ and re-examining the urban-rural divide The Malay Mail. Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Khai Azfar (27 Disember 2019). Drama Kampung People Buat Netizen Terhibur! Murai.my. Dicapai pada 29 Disember 2019. "Rata-rata mereka yang sudah menonton Kampung People mengharapkan agar drama ini terus mempunyai kesinambungannya apatah lagi diadakan drama khas bersempena Ramadan pada tahun hadapan".
- ^ Baru 3 episod, drama Kampung People buat penonton lega tiada kisah cinta ‘cliche’ Oh My Media. Dicapai pada 29 Disember 2019.