[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kerana Cintaku Saerah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerana Cintaku Saerah
Genre
PenciptaShahrulezad Mohameddin (cerita asal)
Ditulis olehShahrulezad Mohameddin
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Seribu Tahun" oleh Imran Ajmain
Lagu penutup"Seribu Tahun" oleh Imran Ajmain
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutifNor Faiz Ahmad Helmi
Penerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Baharom
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
SinematografiMohd Zuki Said
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal5 September 2007 – 25 Oktober 2007
Kronologi
MengikutiKasih Suci
Diikuti olehIris

Kerana Cintaku Saerah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2007 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Umie Aida, Benjy dan Azma Aizal Yusoof (ketika itu dikenali sebagai Isma Yusoof). Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 5 September 2007 hingga 25 Oktober 2007 menggantikan Kasih Suci.[1]

Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (Ezany Nizariff). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan haramnya dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Undangan khas

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Budiey (19 Ogos 2007). "Sinopsis drama Kerana Cintaku Saerah lakonan Umie Aida". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 Mei 2008.