Cinta Bukan Kristal
Cinta Bukan Kristal | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Di Matamu" oleh Sufian Suhaimi |
Lagu penutup | "Di Matamu" oleh Sufian Suhaimi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Dato' Sri Jaspal S. Korotana |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | OrangeTree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 8 Ogos 2018 – 14 September 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Jangan Benci Cintaku |
Diikuti oleh | Vila Ghazara |
Cinta Bukan Kristal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Ayda Jebat, Fazreen Mohd dan Nina Iskandar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 8 Ogos 2018 hingga 14 September 2018 menggantikan Jangan Benci Cintaku.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah mengenai Aryana (Ayda Jebat), gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya atas desakan Mak Su Faridah (Ayu Raudhah) yang gila harta. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman (Sharnaaz Ahmad) semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan (Esma Daniel). Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga.
Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina (Nina Iskandar) dan bapa yang penyayang kepada Danisya (Farzana Latiff) dan Hakim (Syed Muhammad Irfan). Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Namun, dia tidak cepat melatah. Atas pelbagai kejadian yang terjadi, Adrian mula tawar hati dengan Aryana dan dia sedar betapa ikhlasnya Sofea, namun dia hanya ada beberapa hari sebelum hari pertunangan mereka. Aryana diselebungi rasa bersalah, dan tekad meninggalkan Adrian. Adrian pula tenang dan menerima keputusan Aryana. Adrian kini sedar silapnya dan betapa tulusnya kasih Sofea, seorang isteri solehah yang tidak patut dilukainya.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Fazreen Mohd sebagai Nadzmi [3]
- Sharnaaz Ahmad sebagai Adrian Hilman
- Nina Iskandar sebagai Sofea Darlyna
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Raja Afiq sebagai Syafiq[4]
- Ayu Raudhah sebagai Mak Su Faridah
- Dayana Roza sebagai Ika
- Nazrief Nazri sebagai Faiz
- Fauziah Nawi sebagai Opah Timah
- Doria Rachel Jolly sebagai Edrina
- Esma Daniel sebagai Dato Manan
- Noniswara sebagai Datin Mahani
- Hazman Al-Idrus sebagai Ali[5]
- Amanda Misbun sebagai Syira
- Bella Nazari sebagai Laila
- Shahz Jaszle sebagai Fahmi
- Ramli Salleh sebagai Jalil
- Lan Zailan sebagai Tok Ketua
- Wan Nor Azlin sebagai Tipah
- Siti Chubby sebagai Laili
Pelakon kanak-kanak
[sunting | sunting sumber]- Farzana Latiff sebagai Danisya
- Syed Irfan sebagai Hakim
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]- "Di Matamu" - Sufian Suhaimi
- "Takkan Pudar" - Ernie Zakri
- "I Love You" - Syed Shamim
- "Sampai Bila" - Ame Azlan
- "Girl" - Dafi
- "Graviti" - Deera Aminuddin
- "Kau Ku Mahu" - Sarah Fazny
- "Urusan Hati" - Sarah Fazny
- "Khalisya" - Zarif Kamil
- "Xpresi" - Nastia
- "Jangan Pernah Berdusta" - Aepul Roza
- "Tuhan Jaga Dia Untukku" - Fiena
- "Pencuri Hati" - Ayda Jebat
- "Haiyaya" - Elizad Sharifuddin
- "Stereotype" - Akim & The Majistret
- "Hilang" - Irfan Haris
- "Hatiku Milikmu" - Siti Nordiana
- "Amarah Cinta" - Aliff Aziz
- "Sekali Lagi" - Naim Daniel
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama Cinta Bukan Kristal (TV3) My Infotaip (7 Ogos 2018). Dicapai apda 8 Ogos 2018.
- ^ Cinta Bukan Kristal (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ Haryani Ismail (28 April 2018). Ayda Jebat mahu perkukuh nama dalam industri seni serantau Berita Harian Singapura. Dicapai pada 28 Februari 2019.
- ^ Nor Asyikin Mayudin (13 April 2018). Kisah itu buat Raja Afiq putus rezeki, 6 bulan jual pemanis mulut mStar Online. Dicapai pada 14 April 2018.
- ^ Hazman Al-Idrus masih boleh hidup tanpa WhatsApp Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Februari 2019.
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Cinta Bukan Kristal | Berikutnya |
Jangan Benci Cintaku | Vila Ghazara |