[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nora Elena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nora Elena
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha
Ditulis oleh
  • Maizura Mohamad Ideris
  • Azril Hamzah
  • Shida Zali
PengarahM.Nazir Juhan
Dibintangi oleh
Aaron Aziz
Siti Saleha
Zul Ariffin
Erry Putra
Wan Sharmila
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim1
Bilangan episod24
Penerbitan
PenerbitJs Foo
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal9 Mei 2011 – 16 Jun 2011
Kronologi
MengikutiCinta Antara Kita
Diikuti olehDewa Cintaku
Pautan luar
Laman sesawang

Nora Elena merupakan sebuah drama di TV3 menerusi slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 9 Mei 2011 hingga 16 Jun 2011 yang menyiarkan 24 episod dari jam 7.00 petang selama satu jam.[1] Drama ini diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci terbitan Alaf 21 yang ditulis oleh Meen Zulaikha.

Nora Elena merupakan sebuah kisah yang diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf Kasih Yang Suci hasil nukilan Meen Zulaikha yang mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).

Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.

Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?[2]

Turut membantu

[sunting | sunting sumber]
  • Kuna sebagai Mak Azizah
  • Ramli Salleh sebagai Pak Nordin
  • Riz Ainuddin sebagai Along
  • Fikhree Bakar sebagai Karim
  • Azmi bin Osman Pakteh sebagai Pak Ali
  • Zainun binti Ismail sebagai Kak Pah
  • Hanafi Rahman sebagai Khairul
  • Ramona Zamzam sebagai Nila Watie
  • Miera Leyana sebagai Maria Tan


Runut Bunyi

[sunting | sunting sumber]
No.TajukArtisMasa
1."Dan Bila Esok"Sofazr4:30
2."Terhenti Disini"Asfan Shah4:33
3."Biar Hati Mencintai"Sarah Aqilah4:20
4."Berubah"Erry Putra ft. Reen Rahim3:18
5."Sesuatu Yang Berbeza"Sofazr4:37
6."Jangan Kau Pergi"Erry Putra ft. Reen Rahim4:12
Jumlah masa: 24:50


TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Nora Elena Berikutnya
Cinta Antara Kita Dewa Cintaku
  1. ^ Drama Nora Elena mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.
  2. ^ Sinopsis dan gambar dari drama Nora Elena. budiey. Mei 11, 2011. Retrieved Mei 17, 2011.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]