[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kau Yang Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kau Yang Pertama
GenreRomantik
Melodrama
Ditulis olehEja Lorena
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"I Want You To Love Me" oleh Alif Satar
Lagu penutup"I Want You To Love Me" oleh Alif Satar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifNell Nazry
Penerbit
  • YM Shariffa Zainab Syed Wadzid Ali
  • Wan Ashadee Shahar Dato' Sawaludin
PenyuntingJeruty Ex
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Sha's Media
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 Ogos 2019 – 18 September 2019
Kronologi
MengikutiUtusan Cinta Buat Adam
Diikuti olehLelakimu Yang Dulu

Kau Yang Pertama ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah.[1] Ia merupakan gandingan kali kedua Fikry dan Farah selepas Cik Reen & Encik Ngok Ngek (2018).[2][3] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 12 Ogos 2019 dan dimuktamadkan pada 18 September 2019 menggantikan Utusan Cinta Buat Adam dan digantikan oleh Lelakimu Yang Dulu.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Kisah percintaan antara bos dan intern. Farhan adalah pengasas dan pemilik Butik Carla's Collections di mana tempat Rose Natasya membuat latihan industri bagi semester akhir pengajiannya. Dalam diam, Rose selalu berangan bersama Farhan bagaikan babak dalam drama-drama Korea. Namun, Rose sedar dirinya siapa, lagipun Farhan sudah pun bertunang dengan Ameera.

Ikatan pertunangannya dengan Ameera, seorang model terkenal sentiasa mendapat perhatian netizen kerana kedua mereka dikenali di media sosial. Namun, berlaku sesuatu yang mengejutkan di hari pernikahan mereka. Ameera pengsan sebelum sempat mereka diijabkabulkan. Farhan terkejut apabila mendapati Ameera hamil. Ameera berbohong mengatakan bahawa dia telah dirogol sewaktu dia membuat peragaan di luar negara.

Farhan kecewa dengan Ameera yang berselindung dan malu apabila majlis perkahwinannya terbatal. Farhan mengurungkan diri di rumah dan urusan pelancaran koleksi terbaharu butik Carla’s Collection di serahkan kepada Irfan buat sementara waktu. Semasa ketiadaan Farhan, Rose dan Kak Zaza bertungkus lumus menyiapkan rekaan baju baharu mereka. Penat lelah Rose berhasil apabila rekaannya telah terpilih sebagai koleksi terbaharu Carla’s Collection. Rose terus diserap untuk bekerja di butik sebagai pembantu kak Zaza sebaik sahaja tamat latihan industrinya.

Rose gembira dan lega kerana akhirnya dia dapat membantu ibunya, Mak timah yang sering diganggu oleh Mak Gayah dan anaknya Suraya kerana menuntut hutang yang dibuat oleh bapanya. Suraya ,sepupu Rose sering cemburu dengan Rose.Farhan dan Rose juga semakin hari semakin rapat. Sikap Rose yang suka berangan tetapi berani telah memikat hati Farhan. Ketiadaan Rose yang bercuti untuk pulang ke kampung membuatkan Farhan resah. Farhan menyedari yang dia seperti sudah dilamun cinta dengan Rose tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya.

Rose yang pulang untuk bercuti di kampung tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur oleh ibunya kerana terpengaruh dengan kata-kata Suraya yang menjaja cerita buruk kononnya Rose menjual maruahnya di Kuala Lumpur.Padahal,Suraya sendiri yang membuat onar.Tanpa Mak Gayah tahu,Suraya mempunyai kekasih yang hanya bekerja di Kilang dan mempunyai motor buruk bernama Tajul.Mak Gayah mahu menjodohkan anaknya itu dengan menantu pilihannya yang kaya.Suraya mendesak Tajul untuk menikahinya.Tajul belum bersedia dari segi kewangan.Namun,mereka tetap menikah secara rahsia di Jabatan Agama.Pada Mak Gayah,Suraya ke Kuala Lumpur kerana bekerja.Hakikanya dia sudah menjadi isteri Tajul dan tinggal di rumah sewa yang kecil. Bermulalah kehidupan susah Suraya bersama Tajul. Apabila mengetahui Rose mahu berhenti kerja, Farhan membuat keputusan untuk pergi ke kampung Rose dan memujuk Mak Timah.

Sesampainya di kampung, Farhan dikejutkan dengan permintaan Mak Timah yang meminta supaya dia mengahwini Rose jika mahu dia benarkan Rose kembali bekerja di butik Farhan. Farhan tersepit tetapi dalam masa yang sama Farhan merasakan itu yang terbaik untuk menutup mulut orang dan juga mengelakkan dirinya daripada diganggu Ameera yang masih menagih cintanya.Ibu Farhan tetap mahukan Ameera menjadi menantunya kerana tidak menyukai Rose.Tidak mereka mengetahui yang Ameera ada agendanya tersendiri dan masih menjalani hubungannya dengan lelaki yang sudah menghamilkannya.Ameera sanggup menolak ibu mertuanya sehingga jatuh dari tangga dan membuat Farhan percaya bahawa Rose yang melakukannya.Manakala Suraya yang sarat mengandung,kembali ke kampung,menagih kasihan daripada Mak Gayah .Mak Gayah sangat marah pada Suraya dan menghalau Suraya.Suraya menumpang kasih daripada Mak Timah yang selama ini dia dan ibunya sering ganggu.Disitu,Suraya mulai insaf dengan perbuatannya.

Akan bahagiakah cinta pertama buat Rose dengan lelaki yang diminatinya, iaitu majikannya sendiri?.Dapatkah Ameera memusnahkan rumah tangga Farhan dan Rose?.Dapatkah Mak Gayah memaafkan Suraya?.Adakah Tajul dapat menjumpai isterinya dan mendapat restu daripada ibu mertuanya?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Drama Kau Yang Pertama". My Infotaip. 7 Ogos 2019. Dicapai pada 7 Ogos 2019.
  2. ^ Budiey (17 Ogos 2019). "Sinopsis drama Kau Yang Pertama lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Ogos 2019.
  3. ^ Zaidi Che (20 Ogos 2019). "Kau Yang Pertama: Cinta lokasi Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah". Stail.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-20. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  4. ^ Kau Yang Pertama (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 September 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang
Sebelumnya Kau Yang Pertama Berikutnya
Utusan Cinta Buat Adam Lelakimu Yang Dulu