[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Komedi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Komedi lazimnya difahamkan sebagai penceritaan atau karya yang menimbulkan rasa lucu atau menggelikan hati lalu mencetuskan tawaan[1] melalui penyampaian kelakuan atau lakonan.

Kebanyakan unsur komedi mempunyai ragaman diterap seperti kejutan, ketidaksesuaian, pertelingkahan, perulangan, dan kesan jangkaan-jangkaan bertentangan, meskipun terdapat banyak genre terkenal dalam komedi.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "komedi" menyerap istilah bahasa Yunani Klasik κωμῳδία kōmōidía - kata majmuk berasal daripada κῶμος kômos (berseronok);[2] istilah ini dipinjam sama ada melalui kata comedy dalam bahasa Inggeris atau komedie dalam bahasa Belanda.[3] Pada awalnya, sesebuah persembahan "komedi" lebih merujuk kepada jenis sajak yang bernada santai serta menggunakan bahasa basahan atau seharian dipakai masyarakat kebanyakan yang tidak dijumpai pada penulisan yang lebih serius[4] selain mempunyai penghujung cerita yang baik;[5] hal ini tercermin dalam takrifan bentuk awal kata yang terserap dalam bahasa Melayu yakni comedi diberikan dalam Kitab Vortaro sebagai "tjerita jang achirnja beroentoeng".[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Senarai lain

[sunting | sunting sumber]

Rencana berkaitan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "'komedi' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 23 September 2019.
  2. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "κωμῳδία". A Greek–English Lexicon. Tufts University. Dicapai pada 10 November 2021 – melalui Perseus.
  3. ^ van der Sijs, Nicoline (2010). "komedie". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
  4. ^ Cartwright, Mark (25 Mac 2013). "Ancient Greek Comedy". World History Encyclopedia. Dicapai pada 10 November 2021.
  5. ^ Cartwright, Mark (12 Oktober 2020). "Dante Alighieri". World History Encyclopedia. Dicapai pada 10 November 2021. The name 'comedy' derives from the label then used for a genre where works have a positive ending (or in this case not a negative one, at least).
  6. ^ Kwik Khing Djoen (1923). "comedi". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 67.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]