[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Keladi cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keladi Cina
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
C. esculenta
Nama binomial
Colocasia esculenta
Sinonim
  • Alocasia dussii Dammer
  • Alocasia illustris W.Bull
  • Aron colocasium (L.) St.-Lag.
  • Arum chinense L.
  • Arum colocasia L.
  • Arum colocasioides Desf.
  • Arum esculentum L.
  • Arum lividum Salisb.
  • Arum nymphaeifolium (Vent.) Roxb.
  • Arum peltatum Lam.
  • Caladium acre R.Br.
  • Caladium colocasia (L.) W.Wight nom. illeg.
  • Caladium colocasioides (Desf.) Brongn.
  • Caladium esculentum (L.) Vent.
  • Caladium glycyrrhizum. Fraser
  • Caladium nymphaeifolium Vent.
  • Caladium violaceum Desf.
  • Caladium violaceum Engl.
  • Calla gaby Blanco
  • Calla virosa Roxb.
  • Colocasia acris (R.Br.) Schott
  • Colocasia aegyptiaca Samp.
  • Colocasia colocasia (L.) Huth nom. inval.
  • Colocasia euchlora K.Koch & Linden
  • Colocasia fonstanesii Schott
  • Colocasia gracilis Engl.
  • Colocasia himalensis Royle
  • Colocasia neocaledonica Van Houtte
  • Colocasia nymphaeifolia (Vent.) Kunth
  • Colocasia peltata (Lam.) Samp.
  • Colocasia vera Hassk.
  • Colocasia violacea (Desf.) auct.
  • Colocasia virosa (Roxb.) Kunth
  • Colocasia vulgaris Raf.
  • Leucocasia esculenta (L.) Nakai
  • Steudnera virosa (Roxb.) Prain
  • Zantedeschia virosa (Roxb.) K.Koch

Keladi Cina (Jawi: کلادي چينا),[1] keladi talas, talas ubi (juga talas saja[2]) atau nama saintifiknya Colocasia esculenta merupakan sejenis keladi yang boleh dimakan. Batang dan ubinya boleh dijadikan sayur. Ubinya juga boleh direbus, digoreng, dikukus, dibuat kuih-muih atau dijadikan makanan ringan waktu petang. Keladi ini mudah dijumpai di kawasan berair di kawasan khatulistiwa di Asia Tenggara. Talas diperkirakan telah ditanam manusia sebagai makanan ruji sejak zaman purba, bahkan pada zaman sebelum padi ditanam orang.[3] Kini talas telah menyebar ke berbagai belahan dunia, termasuk India, tanah besar China, barat dan utara benua Afrika, serta rantau Hindia Barat.[3] Talas merupakan makanan pokok, selain sukun, di beberapa kepulauan di Oseania.

Di Malaysia, tanaman ini lebih sering disebut sebagai "keladi" berbanding "talas". Tumbuhan ini dikenali dengan banyak nama serumpun di serata Nusantara termasuk[4]:-

Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Keladi atau talas sesuai ditanam di kawasan tanah gambut dan berair dengan taburan hujan yang tinggi. Benih keladi dapat diperoleh daripada induk yang berumur lebih 4 bulan.

Sebelum ditanam, lubang akan digali di kawasan penanaman sedalam 5 - 8 inci. Benih keladi dimasukkan ke dalam setiap lubang dangan jarak biasanya 75 cm antara lubang, ditimbus dengan tanah dan disiram. Pokok boleh dibajakan dengan baja organik ataupun baja kimia. Pengawalan rumpai seharusnya dijalankan agar pertumbuhan keladi tidak terganggu. Pokok yang hampir matang akan digemburkan dengan menimbuskan tanah di pangkal pokok untuk meningkatkan penghasilan umbisi.

Tanaman keladi matang dalam tempoh 7-12 bulan bergantung kepada jenis keladi. Penuaian perlu dijalankan dengan cara menggali atau mencabut keladi matang. Isi keladi tahan sehingga 3 - 4 bulan jika dijaga dengan baik. Saki baki tanah pada keladi yang tidak dibuang akan dapat mengekalkan kesegaran keladi dengan lebih lama.

Antara masalah penanaman keladi ialah disebabkan makhluk perosak seperti serangan koya hijau pada daun, kumbang pengorek umbisi dan serangan siput kecil. Penyakit tanaman keladi pula adalah seperti penyakit hawar daun dan penyakit reput umbisi.

Penghuraian

[sunting | sunting sumber]
Gambaran botani

Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan herba dengan umbisi yang tumbuh di bawah tanah. Ia biasa tumbuh setinggi 0.4 - 1.5 meter dengan daun antara 2 - 5 helai berkelebaran sekitar 6.60 × 7.53 cm, berbentuk bundar telur, runcing atau lonjong, berwarna gelap atau keunguan, serta mempunyai sisi bawah berlilin. Tangkainya yang berkelebaran mencecah sekitar 23 - 150 sentimeter pula, berwarna hijau bergaris gelap atau keunguan dengan pangkal berbentuk pelepah.[5]

Perbungaan keladi ini terjadi di dalam bunga dasar dengan tangkai sepanjang 15 - 60 cm. Seludang bunganya berukuruan 10 - 30 cm, dan terletak di atas dua bahagian berlainan, iaitu bahagian yang lebih panjang, berwarna kuning jingga dan rontok serta tongkol berwarna mentega pada bagian jantannya. Buah buni berwarna hijau bersaiz 0.5 cm terbentuk dengan biji berbentuk gelendong atau beralur membujur.[5]

Di Malaysia, beberapa jenis keladi yang digolongkan selaku kelainan Colocasia esculenta termasuklah:-

  • Keladi aiskrim: Isinya berwarna keunguan.
  • Keladi Bugis:
  • Keladi Cina[6]: Pokoknya berwarna hijau tua dan agak renek.
  • Keladi kapas:
  • Keladi kebuk:
  • Keladi kuning:
  • Keladi lilin:
  • Keladi mawar [7]: Daunnya bulat lebar dengan tangkai kehitaman.
  • Keladi merah:
  • Keladi minyak:
  • Keladi pinang: Lihat keladi Thailand.
  • Keladi putih[8]: Tangkai daunnya berwarna putih cerah.
  • Keladi Sarawak[9][10]: Daunnya sedikit runcing seperti anak panah dengan warna hijau kebiruan berdebu.
  • Keladi telur: Lihat keladi Sarawak (Lihat juga Colocasia antiquorum).
  • Keladi Thailand[11]:
  • Keladi udang[12]: Tangkai daunnya jenjang berwarna cerah atau kemerahan dengan daun bulat lebar.

Beberapa macam keladi atau talas lain yang diketahui (di Indonesia):[13]

  • Talas pandan: Baunya ibarat pandan wangi kalau sudah direbus, berwarna sedikit ungu dengan pangkal pelepah berwarna agak merah.
  • Talas ketan: Isinya agak melengket seperti pulut sesudah direbus. Juga dikenal dengan nama talas Bogor (sempena pembakaan di Balai Penelitian Pertanian Bogor) atau talas lambao.
  • Talas banteng: Umbinya besar, tetapi rasanya tidak enak dengan tangkainya warna ungu.
  • Talas lahun anak: Talas ini mempunyai banyak anak berukuran kecil.
Talas tangkai hijau (bukan ungu) berdaun agak bulat bukan bersegi dapat dibuat sayur lompong, sayur asam tetelan, atau sayur lodeh.
Umbisi keladi Cina

Antara bahagian keladi yang berguna termasuklah umbi (ubi), tangkai daun, bunga dan sulurnya.

Di serata dunia, ubi keladi sering dimakan dengan cara direbus, dikukus, dipanggang, digoreng dan sebagainya menjadi tepung, bubur, dan kuih. Ubi keladi juga dimasak untuk dibuat kudapan seperti pengat, bubur dan keladi goreng atau dijadikan rampaian dalam lauk dan masakan. Pemakanannya tidak boleh berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah kembung perut dan gangguan pencernaan.[14]

Di Kepulauan Mentawai dan Papua, Indonesia, keladi dimakan sebagai makanan ruji menggantikan padi manakala di Hawaii dan beberapa kawasan di rantau kepulauan Polinesia pula, umbisi keladi dikukus dan ditumbuk lumat menjadi suatu lauk yang boleh dimakan terus (seperti poi) atau ditapai untuk dimasak dengan cara tertentu[3].

Tangkai daun (disebut batang) dan sulur keladi juga sangat berguna[15]. Bahagian ini sering digunakan dalam masakan untuk dicelur, disayur, ditumis atau digoreng untuk dibuat ulam serta lauk seperti sayur keladi dan batang keladi tumis. Bahagian daun sama ada yang tua mahupun yang masih muda, turut digunakan sebagai makanan ternakan seperti ikan kaloi dan khinzir.[3] Daun-daun muda terkenal sebagai pembungkus buntil yang banyak diminati.[3] Daunnya juga boleh merawat ulser, bisul, atau bahagian yang terlecur air panas.[14]

  1. ^ Hean Chooi Ong (2003). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. m/s. 50.
  2. ^ "talas". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b c d e Flach, M. & F. Rumawas (Eds.) Plant Resources of South-East Asia (PROSEA) 9 - Plants yielding non-seed carbohydrates: 69-72 (Colocasia esculenta (L.) Schott Diarkibkan 2014-05-19 di Wayback Machine)
  4. ^ Heyne, K. (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia (dalam bahasa Belanda). I. Jakarta: Badan Litbang Kehutanan, Departemen Kehutanan. m/s. 497–9. -1913: I: 156], sebagai Colocasia antiquorum Schott)
  5. ^ a b Steenis,, CGGJ van (1981). Flora, untuk sekolah di Indonesia. Jakarta: PT Pradnya Paramita. m/s. 143-4.CS1 maint: extra punctuation (link)
  6. ^ http://animhosnan.blogspot.com/2019/12/tanam-keladi-cina-komersil.html?m=1
  7. ^ http://animhosnan.blogspot.com/2010/07/keladi-mawar.html?m=1
  8. ^ http://warisanpetani.blogspot.com/2016/04/pokok-keladi-putih.html?m=1
  9. ^ http://warisanpetani.blogspot.com/2016/03/pokok-keladi-sarawak.html?m=1
  10. ^ http://animhosnan.blogspot.com/2020/04/keladi-telur-apa-dia.html?m=1
  11. ^ http://animhosnan.blogspot.com/2018/03/tanaman-keladi-fakta-teknologi.html?m=1
  12. ^ http://knorazmiey.blogspot.com/2013/10/keladi-udang.html?m=1
  13. ^ Soeseno, Slamet (1985). Sayur-Mayur untuk Karang Gizi. hal.105 – 107. Jakarta:Penebar Swadaya.
  14. ^ a b Dalimartha, Setiawan (2007). Atlas Tumbuhan Obat Indonesia. 4:93 – 95. Jakarta:Puspa Swara. ISBN 979-1133-14-X.
  15. ^ http://warisanpetani.blogspot.com/2016/03/sulur-keladi.html?m=1

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]