[go: up one dir, main page]

Nama keluarga

sebahagian daripada nama bagi perseorangan, digunakan dalam banyak budaya serata dunia.

Nama keluarga merupakan sambungan kepada nama seseorang. menunjukkan hubungan pemilik nama dengan keluarga atau leluhur asalnya.seorang berasal. Nama keluarga boleh diwarisi sama ada secara kelahiran, perkahwinan ataupun pengasuhan lazim dari lapisan datuk ke bapa ke anak.[1]

Contoh nama penuh

Tidak semua budaya dan masyarakat seluruh dunia lazim mengguna pakai nama keluarga ini. Suku-suku Jawa dan Melayu, orang Iceland langsung tiada nama keluarga lalu nama orang dalam kalangan mereka adakala berhubung dengan bapa kandung.

Jika seseorang itu berkahwin dengan orang lain, seseorang itu (seperti Aishwarya Rai) akan menambah nama keluarga orang lain (seperti Aishwarya Rai Bachchan).

Terdapat pelbagai cara nama keluarga itu wujud terbentuk di mana ia bergantung kepada pengenalan seseorang kepada ciri pembeza antara orang lain yang barangkali sama nama pertama:

  • tempat tinggal - Yamashita 山下 "bawah gunung", Nakamura 中村, "kampung tengah", Churchill ("bukit gereja"), Kingston (dari king's town "bandar raja")
  • pekerjaan - Smith / Schmidt "tukang", Carpenter "tukang kayu", Schumacher / Shoemaker "tukang kasut", Taylor / Schneider "tukang jahit"
  • hubungan dengan orang tua: Johnson (dari John's son, "anak John"), Anderson (dari Andrew's son, "anak Andrew"), Fitzgerald (fitz serapan bahasa Perancis Lama filz "anak" lalu "anak Gerald"), O'Brien (daripada Ua Briain "keturunan Brian" dalam bahasa Gael)

Kelaziman

sunting

Nama keluarga India mungkin selalunya menunjukkan kampung, profesion dan/atau kasta dan selalu disebut bersama dengan nama peribadi/pertama. Walau bagaimanapun, nama keluarga keturunan tidak universal. Dalam keluarga berbahasa Telugu di selatan India, nama keluarga diletakkan sebelum nama peribadi / pertama dan dalam kebanyakan kes ia hanya ditunjukkan sebagai awalan (contohnya 'S.' untuk Suryapeth).

Secara rasmi, orang India Malaysia menggunakan sistem penamaan patronim yang menggabungkan nama India tradisional mereka dengan beberapa perkataan Melayu.tetapi yang lain menggunakan nama Tamil, Telugu, Malayalam atau Sanskrit.[9] Nama seorang lelaki akan terdiri daripada nama peribadinya diikuti dengan frasa Melayu anak lelaki, yang bermaksud 'anak lelaki', dan kemudian nama bapanya. Nama seorang wanita akan terdiri daripada nama peribadinya diikuti dengan frasa Melayu anak perempuan, yang bermaksud 'anak perempuan', dan kemudian nama bapanya.

Mengikuti amalan tradisional dari India Selatan, nama bapa kadangkala disingkatkan kepada huruf awal dan diletakkan sebelum nama peribadi. Oleh itu, seorang lelaki bernama Anbuselvan yang bapanya dipanggil Ramanan mungkin dipanggil Anbuselvan anak lelaki Ramanan (formal), Anbuselvan a/l Ramanan (seperti pada kad pengenalan kerajaannya), Anbuselvan Ramanan atau R. Anbuselvan. Manakala, anak perempuannya Mathuram akan dipanggil Mathuram anak perempuan Anbuselvan (formal), Mathuram a/p Anbuselvan (seperti pada kad pengenalan kerajaannya), Mathuram Anbuselvan atau A. Mathuram. Walaupun tidak direkodkan secara rasmi, seorang wanita India boleh menggunakan nama peribadi suaminya dan bukannya nama bapanya selepas berkahwin.

Nama keluarga Cina selalu berada di depan (seperti Huang), secara penuh ialah Huang Ming Zhi. Turutan ini turut mempengaruhi nama-nama dalam kalangan masyarakat Korea dan Jepun hasil pertukaran budaya dengan tamadun sana selama berkurun-kurun..

Di Rusia serta negara-negara baik dipengaruhi politik (seperti Komanwel Negara-Negara Merdeka melalui Kesatuan Soviet) atau budaya (seperti Bulgaria), nama keluarga berimbuhan -yeva, -yev, -ov, -ova, -ev dan -eva. Seseorang itu menukar nama keluarga sendiri dengan nama yang dia telah berkahwin (contoh seperti Mehriban Aliyeva yang menukar nama Pashayeva ke Aliyeva.)

Rujukan

sunting
  1. ^ W. Hutagalung,___ Adat Taringot Tu Ruhut-ruhut ni Pardongan Saripeon di Halak Batak, Jakarta: N.V Pusaka. hal, 17.