[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pari (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Crux
Buruj
Crux
Nama LatinCrux
SingkatanCru
GenitifCrucis
Sebutan/kruks/, genitif /krusis/
SimbolismePalang Selatan
Pencerapan
(Epok J2000)
12.5
Keserongan−60
SukuanSQ3
KeluargaHerkules
Keluasan68 darjah persegi (ke-88)
Bintang
Bintang utama4
19
Bintang dengan planet
2
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
5
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
Acrux (α Cru) (0.87m)
Bintang terhampirη Cru
(64.22 tc, 19.69 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +20° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mei.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pari (Jawi: ڤاري) atau Tohok (Jawi: توهوق‎) ialah buruj terkecil tetapi antara yang paling terkemuka daripada 88 buah buruj moden. Ia menonjol kerana rupa asterismenya; ia mirip suatu palang atau salib pada asasnya lalu memberi nama saintifik antarabangsa diberi iaitu Crux (Cru) kerana terletak jauh di langit selatan sebagai Palang Selatan atau Salib Selatan. Sungguhpun boleh dilihat oleh orang Yunani Purba, buruj ini dilihat sebagai sebahagian daripada buruj Centaurus (Sentaur), dan tidak ditakrifkan atau dipetakan dengan tepat sehingga abad ke-16.

Dikenali sebagai Acrux, Alpha Crucis biru-putih ialah bintang tercerah buruj ini dan bintang bawah bagi palang. Yang hampir-hampir secerahnya ialah Beta dan Gamma, sementara Delta dan Epsilon membentuk asterisme. Banyak bintang lebih cerah dalam buruj ini merupakan anggota Sekutuan Kala–Sentaur, sekelompok longgar bagi bintang-bintang biru-putih panas yang kelihatan mengongsi asal usul dan pergerakan sepunya di sepanjang Bimasakti. Kedua-dua sistem bintang telah ditemui mempunyai planet. Buruj ini juga mengandungi empat buah bintang berubah Cepheid yang boleh dilihat dengan mata kasar dengan keadaan optimum. Crux juga mengandungi Peti Permata, sebuah gugusan terbuka cerah, dan Nebula Karung Hitam, nebula gelap paling prominen di langit.

Nama-nama dipakai

[sunting | sunting sumber]

Ia dikenali dengan nama Buruj Pari di Sumatera dan Semenanjung Malaysia sempena rupa ia menyerupai ikan pari,[1][2] Tohok pula kerana ia mirip "ikan tohok" atau ikan tenggiri.[1]

Orang-orang Jawa dan Bugis mengenal rasi ini sebagai "gubuk/rumah miring" (bahasa Jawa: ꦒꦸꦧꦸꦒ꧀​ꦥꦺꦚ꧀ꦕꦺꦁ Gubug Pèncèng, bahasa Bugis: Bola képpang atau Boyang képpang).[3] Nama lain yang dipakai orang Bugis adalah tobalu ("janda", terkait dengan legenda). Orang Bajau di perairan selatan Sulawesi mengenalnya sebagai Lalajah.[2]

Bintang-bintang utama

[sunting | sunting sumber]

Bintang-bintang yang berada pada rasi ini adalah:

Nama Nama lain Jarak (dalam t.c)
β Cru Mimosa (bahasa Latin, "peniru")[4], Becrux (Beta Crux) 353[5]
α1 Cru Acrux (Alpha Crux),

Magalhãnica (bahasa Portugis, "bintang Magellan)[6]

321
γ Cru A Gacrux (Gamma Crux), Rubídea ("kemerahan")[6] bintang utama: 88

bintang kedua: 264

δ Cru Pálida (bahasa Portugis, "pucat")[6] 345[5]
ε Cru Intrometida (bahasa Portugis, "rasa ingin tahu")[6] 228

γ Crucis merupakan antara bintang gergasi merah terdekat yang boleh dicapai dari Bumi.

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Pemerhatian buruj ini oleh masyarakat Jawa di langit timur pada awal malam menandakan mulanya mengisi padi dituai ke dalam simpanan lumbung; maka buruj ini turut diberi nama Lintang Lumbung (bahasa Jawa: ꦭꦶꦤ꧀ꦠꦁ​​ꦭꦸꦩ꧀ꦧꦸꦁ​).[2][7]

Masyarakat-masyarakat Hemisfera Selatan menggunakan buruj ini sebagai penunjuk arah selatan di mana ​4 12 kali jarak γ Crucis ke α Crucis boleh menuju ke titik berhampiran Kutub Selatan sebenar di Bumi.[5] Kepentingan ini mendorong banyak negara di belah bumi ini memaparkan buruj tersebut pada bendera-bendera dikibarkan termasuk Australia, New Zealand dan Samoa. Begitu juga dengan masyarakat Bugis yang khusus berpandukan dua-dua bintang ini serta β Crucis, δ Crucis dan μ Crucis[3] serta orang Bajau.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Nurul Fatini Jaafar (2016). "Kebudayaan Langit Pribumi Malayonesia". Kesturi. Akademi Sains Islam Malaysia. 26 (2). doi:10.13140/RG.2.2.24869.55520.
  2. ^ a b c d Eko Hadi G. (13 Jun 2016). "Crux". Kafe Astronomi. Dicapai pada 25 Mei 2020.
  3. ^ a b Kelley, David H.; Milone, Eugene F.; Aveni, A.F. (2011). Exploring Ancient Skies: A Survey of Ancient and Cultural Astronomy. New York, New York: Springer. m/s. 344. ISBN 978-1-4419-7623-9.
  4. ^ http://www.constellationsofwords.com/stars/Mimosa.html
  5. ^ a b c Ridpath, Ian; Tirion, Wil (2017), Stars and Planets Guide, Akhbar Universiti Princeton, m/s. 134–135, ISBN 9780691177885
  6. ^ a b c d List of the star names in Crux
  7. ^ Daldjoeni, N. (1984). "Pranatamangsa, the javanese agricultural calendar – Its bioclimatological and sociocultural function in developing rural life". The Environmentalist. 4: 15–18. doi:10.1007/BF01907286. S2CID 189914684.
Rujukan
  • Levy, David H. (2005), Deep Sky Objects, Prometheus Books, ISBN 1-59102-361-0
  • Pasachoff, Jay M. (2006), A Field Guide to the Stars and Planets, Houghton Mifflin
  • Velt, Kik (1990), Stars Over Tonga, Universiti 'Atenisi

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Crux

Koordinat: Peta langit 12h 30m 00s, −60° 00′ 00″