[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kutub Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 90° S 0° W

Kutub Selatan
Papan tanda yang menunjukkan tempat Kutub Selatan Geografi

Kutub Selatan (Jawi: قطب سلتن), juga dikenali sebagai Kutub Selatan Geografi merupakan titik paling selatan di muka Bumi. Ia terletak di bahagian Bumi yang bertentangan dengan Kutub Utara. Di sini terdapat Stesen Kutub Selatan Amundsen-Scott AS, yang telah diasaskan pada 1956. Kutub Selatan terletak di benua Antartika, dan tidak harus dikelirukan dengan Kutub Magnet Selatan.

Kebiasaanya, Kutub Selatan dirujuk sebagai titik paling selatan di antara dua titik (utara dan selatan) di mana paksi putaran Bumi bertemu di antara satu sama lain, selain daripada Kutub Utara iaitu titik paling utara Bumi.

Koordinat geografi di Kutub Selatan pula hanya diberi sebagai 90°S kerana di sini longitud tidak wujud. Walaupun longitud tidak wujud, ianya boleh diberi sebagai 0°. Di Kutub Selatan, semua arah menghadap ke utara.

Kutub Selatan (Titik Ceremonial)

[sunting | sunting sumber]

Titik ini diwujudkan untuk para pengunjung yang ingin bergambar di Kutub Selatan. Titik ini berada tidak jauh daripada titik geografi sebenar Kutub Selatan. Di sini terdapatnya tanda yang menunjukkan para pengunjung sudah berada di Kutub Selatan, berserta dengan bendera negara-negara yang telah menandatangani Perjanjian Antartika.

Semasa iklim sejuk (Mac – September), Kutub Selatan tidak menerima cahaya Matahari. Walau bagaimanapun pada bulan Mei hingga Julai pula, Kutub Selatan bergelap sepenuhnya (hanya dibantu dengan cahaya Bulan). Pada musim bunga (September – Mac), Matahari betul-betul berada di atas Kutub Selatan dan bergerak mengikut arah jam, walaupun kedudukan Matahari sentiasa rendah di langit, maksimum 23.5° pada bulan Disember. Disebabkan Kutub Selatan tidak begitu panas dan dibantu dengan ketinggiannya iaitu 2800 meter dari paras laut, Kutub Selatan merupakan antara tempat paling sejuk di dunia. Suhu di Kutub Selatan pula lebih sejuk berbanding dengan suhu di Kutub Utara kerana Kutub Selatan terletak di atas wilayah Antartika yang sebahagian besarnya terbentuk daripada lapisan salji yang membeku manakala Kutub Utara pula terletak di tengah-tengah lautan.

Kutub Selatan mempunyai iklim yang serupa dengan iklim di gurun iaitu kelembapan udara yang hampir mencecah 0. Angin yang kuat pula boleh menyebabkan turunnya salji, dengan purata salji lebih kurang 20 sentimeter setahun [1].

Data iklim untuk Kutub Selatan
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) −14
(7)
−20
(−4)
−26
(−15)
−27
(−17)
−30
(−22)
−31
(−24)
−33
(−27)
−32
(−26)
−29
(−20)
−29
(−20)
−18
(0)
−12.3
(9.9)
−12.3
(9.9)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) −25.9
(−14.6)
−38.1
(−36.6)
−50.3
(−58.5)
−54.2
(−65.6)
−53.9
(−65.0)
−54.4
(−65.9)
−55.9
(−68.6)
−55.6
(−68.1)
−55.1
(−67.2)
−48.4
(−55.1)
−36.9
(−34.4)
−26.5
(−15.7)
−46.3
(−51.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −29.4
(−20.9)
−42.7
(−44.9)
−57.0
(−70.6)
−61.2
(−78.2)
−61.7
(−79.1)
−61.2
(−78.2)
−62.8
(−81.0)
−62.5
(−80.5)
−62.4
(−80.3)
−53.8
(−64.8)
−40.4
(−40.7)
−29.3
(−20.7)
−52.0
(−61.6)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −41
(−42)
−57
(−71)
−71
(−96)
−75
(−103)
−78
(−108)
−82
(−116)
−80
(−112)
−77
(−107)
−79
(−110)
−71
(−96)
−55
(−67)
−38
(−36)
−82.8
(−117.0)
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 558 480 217 0 0 0 0 0 60 434 600 589 2,938
Sumber 1: [2]
Sumber 2: Cool Antarctica[3]
Suasana di Ceremonial South Pole.

Waktu tempatan bagi sebahagian besar tempat di Bumi ini ditentukan daripada garisan longitud tetapi tidak pula di Kutub Selatan kerana ketiadaan garisan tersebut di sini. Walau bagaimanapun, kakitangan stesen Amundsen-Scott menggunakan zon waktu New Zealand kerana pihak Amerika Syarikat menghantar bekalan dari Christchurch, New Zealand.


Flora dan fauna

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan iklim di Kutub Selatan yang tidak stabil, tiada hidupan yang hidup tetap di sini. Namun, ada juga beberapa haiwan yang hidup di sekitar benua ini seperti penguin.


  1. ^ Initial environmental evaluation – development of blue-ice and compacted-snow runways, National Science Foundation Office of Polar Programs, April 9, 1993
  2. ^ "South Pole, Antarctica". WeatherBase. Dicapai pada 7 Oktober 2009.
  3. ^ "Antarctica Climate data and graphs". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 10 April 2010.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]