[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Argo Navis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kapal Argo (buruj))
Buruj Kapal Argo yang dilukis oleh Johannes Hevelius.

Argo Navis ("Argo sang Kapal") ialah sebuah buruj besar di langit selatan yang telah dibahagikan kepada tiga buruj moden Kekota (Puppis), Layar (Vela) dan Lunas (Carina). Genitif bahasa Latin bagi Kapal Argo adalah "Argus Navis" dengan singkatan "Arg". John Flamsteed dan ahli-ahli falak moden awal yang lain memanggil buruj tersebut sebagai Navis (Kapal) sahaja, dengan genitif "Navis" dan singkatan "Nav".

Ia dikatikan dengan sebuah kapal dalam penceritaan mitos Yunani purba bernama Argo yang digunakan Iason dan para anak kapal tersebut yang belayar ke Kolkhis untuk mencari Bulu Kencana.[1] Buruj asal kini dijumpai berdekatan ufuk selatan di langit Laut Tengah, boleh dilihat pada waktu musim bunga dan belayar ke barat, melayang di sepanjang "sungai Bima Sakti".[2] Disebabkan oleh liukan ekuinoks-ekuinoks, kebanyakan bintang Argo telah bergerak lebih jauh ke selatan sejak waktu Klasik dan hanya beberapa bintang yang boleh dilihat hari ini dari garis lintang Mediterranean.[3] Ini termasuklah bintang magnitud pertama yang paling terang, Canopus atau α Carinae (Lunas Alfa). Kesemua bintang Kapal Argo boleh dilihat dengan mudah di selatan khatulistiwa dan melewati berhampiran zenit dari garis lintang beriklim sederhana selatan.

  1. ^ Ridpath, Ian. "Argo Navis". Star Tales (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Januari 2015.
  2. ^ Massey, Gerald. Ancient Egypt - Light Of The World, Volume 2 (dalam bahasa Inggeris). Jazzybee Verlag. m/s. 30. ISBN 9783849678203.
  3. ^ Eastlick, Pam. "Argo Navis" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Astronomi, Universiti Wisconsin-Madison.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]