[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Pancuran meteor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar langit malam dihujani meteor - fotografi selang masa selama empat jam

Pancuran meteor (atau juga disebut sebagai hujan meteor) ialah suatu kejadian langit di mana beberapa meteor diperhatikan terpancar atau tiba dari satu titik di langit malam. Meteor-meteor ini terhasil disebabkan oleh puing kosmik seperti meteoroid memasuki atmosfera Bumi pada kelajuan yang sangat tinggi dalam lintasan parallel. Kebanyakan meteor jatuh tidak lebih kecil daripada butiran pasir, jadi hampir kesemua dari meteor ini hancur dan tidak langsung mengena permukaan Bumi. Hujan meteor yang luar biasa dipanggil ledakan meteor dan ribut meteor yang boleh menghasilkan lebih banyak daripada 1000 meteor dalam satu jam.[1] Pusat Data Meteor menyenaraikan sekitar 600 pancuran meteor yang disyaki di mana 100 daripadanya dapat dikenal pasti.[2]

Asal-usul arus meteoroid

[sunting | sunting sumber]

Sebuah hujan meteor terhasil daripada interaksi antara planet seperti Bumi dengan serpihan puing komet. Komet boleh menghasilkan serpihan melalui seretan wap air seperti yang ditunjukkan oleh Fred Whipple pada tahun 1951,[3] serta melalui perpecahan. Whipple membayangkan komet itu seperti "bola salji kotor" yakni batu tertanam dalam ais yang berpusing mengelilingi orbit Matahari. "Ais" tersebut mungkin terhasil daripada air, metana, ammonia atau pemeruap yang lainnya, sama ada dengan sendirinya mahupun dalam sebatian; manakala bahagian "batu" boleh berbeza-beza dari saiz debu yang kecil hinggalah ke sebesar batu tombol kecil. Pepejal bersaiz habuk debu lebih biasa ditemui berbanding yang bersaiz butiran pasir, pepejal bersaiz butiran pasir lebih biaasa ditemui berbandingng yang bersaiz batu-batu kecil, dan begitulah seterusnya. Apabila ais komet memanas dan memeruap, wap boleh membawa bersamanya debu, pasir dan batu-batuan kecil.

Setiap kali sebuah komet berpusing menghadap dalam orbitnya, serpihan ais akan memeruap dengan sejumlah meteoroid yang ada akan gugur. Meteoroid tersebar sepanjang orbit komet untuk membentuk arus meteoroid, juga dikenali sebagai "jejak debu " (bertentangan dengan komet "debu ekor" disebabkan oleh partikel sangat kecil yang cepat ditiup oleh tekanan radiasi matahari tekanan).

Objek-objek di sistem suria yang mempunyai atmosfera yang jelas juga boleh mengalami kejadian pancuran meteor. Lokasi Bulan yang berdekatan dengan Bumi membolehkannya mengalami kejadian yang sama tetapi ia juga akan mempunyai kejadian yang tersendiri disebabkan kekurangan atomsfera, contohnya ekor natrium yang terhasil dari meteor.[4] NASA kini sedang menguruskan sebuah pangkalan data impak-impak yang dilihat di atas permukaan Bulan,[5] sama ada terhasil daripada pancuran meteor atau sebaliknya, di bawah selengaraan Pusat Penerbangan Angkasa Marshall.

  1. ^ Jenniskens, P. (2006). Meteor Showers and their Parent Comets. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-85349-1.
  2. ^ Meteor Data Center list of Meteor Showers
  3. ^ Whipple F. L. (1951).
  4. ^ A possible meteor shower on the Moon, by D. M. Hunten, R. W. H. Kozlowski and A. L. Sprague, Article first published online: 7 DEC 2012, doi:10.1029/91GL02543
  5. ^ Lunar Impacts

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]