Stesen LRT Setiawangsa
Lokasi | Stesen Setiawangsa, Jalan Jelatek, 54200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°10′32.57″N 101°44′09.09″E / 3.1757139°N 101.7358583°EKoordinat: 3°10′32.57″N 101°44′09.09″E / 3.1757139°N 101.7358583°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 1 | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T223 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 125 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ5 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 Jun 1999 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Setiawangsa ialah stesen LRT aras tinggi yang terletak berdekat dengan sempadan Kuala Lumpur dan Selangor di Ampang, Selangor. Nama stesen ini diambil sempena Taman Setiawangsa, kawasan perumahan besar, yang terletak di timur laut stesen. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian fasa kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak.[1]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak sepanjang Jalan Jelatek di Keramat, Selangor berhampiran sempadan Kuala Lumpur-Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah kompleks kondominium mewah seperti Seri Maya, One Jelatek, Kampung Warisan dan Dataran Jelatek; Masjid Muadz Bin Jabal; taman perumahan AU 1; dan kem tentera pusat KEMENTAH.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L1 Platform |
KJ Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Jelatek) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KJ Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Sri Rampai) | |
G | Aras tanah | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, pintu masuk/ keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dimana aras legar terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 125 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan Bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan T223 berkhidmat di stesen ini.
Insiden
[sunting | sunting sumber]- 22 Julai 2015, 8:12 pagi - Tren 4 koc secara tiba-tiba terbakar ketika menghampiri stesen Setiawangsa akibat kegagalan brek dan api dapat dikawal dalam masa tiga minit dan padam sepenuhnya dua puluh minit kemudian. Tren tersebut dihantar ke stesen Sri Rampai (KJ4) bagi melancarkan perkhidmatan. Tiada kecederaan dilaporkan.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Gerabak tren LRT terbakar dekat Stesen Setiawangsa". Berita Harian. 22 Jul 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.