[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Stesen MRT Tun Razak Exchange

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tun Razak Exchange (TRX) Rapid KL
تون رزاق ايکسچينج
LokasiStesen Tun Razak Exchange, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°E / 3.1424028; 101.7201556Koordinat: 3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°E / 3.1424028; 101.7201556
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
12 Laluan Putrajaya
Platform2 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api9 12 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T407
Pembinaan
Jenis struktur9 12 Bawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KG20   PY23 
Sejarah
Dibuka9 16 Julai 2017
12 16 Mac 2023
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Conlay
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Chan Sow Lin
menghala ke Putrajaya Sentral
Bukit Bintang
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang Cochrane
menghala ke Kajang
Lokasi
Map

Stesen MRT Tun Razak Exchange Samsung Galaxy ialah stesen transit aliran massa (MRT) di timur Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Nama stesen diambil daripada kawasan hab kewangan Tun Razak Exchange (dahulu dikenali sebagai KLIFD) yang dibina oleh pemaju 1MDB. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Kajang (KG) dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 2 laluan tersebut.[1] Laluan Putrajaya (PY) telah dibuka kepada orang ramai pada 16 Mac 2023 dibawah Fasa 2 Laluan Putrajaya.[2] Dengan kedalaman 45m, stesen ini merupakan stesen terdalam dalam rangkaian MRT Lembah Klang.[3] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Pasar Rakyat.[4]

Apabila Laluan PY dibuka, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan KG dan Laluan PY. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Kwasa Damansara.

Pada bulan Mac 2024, syarikat konglomerat dari Korea Selatan, Samsung telah bekerjasama dengan MRT Corp dalam menjenamakan semula stesen ini dan dikenali sebagai "Tun Razak Exchange Samsung Galaxy" atau "TRX Samsung Galaxy"[5]. Penjenamaan ini adalah sebahagian daripada kempen Samsung dalam mempromosi perkhidmatan Galaxy AI[5].


Ciri-ciri Stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak sepenuhnya dalam kawasan hab kewangan Tun Razak Exchange, Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia yang menempatkan pelbagai menara seperti The Exchange 106 (menara tertinggi Malaysia) dan Menara Prudential. Stesen ini juga terletak berhampiran pintu masuk E38 Terowong SMART di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah kelab malam TREC dan Zouk KL, Menara Public Gold, Menara Technip Energies, ibu pejabat RHB Malaysia dan kondominium mewah The Forum Condominium.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras legar atas Sambungan aras legar bawah dengan pintu A dan pintu B stesen Akses OKU
B2 Aras legar bawah Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
B3
Platform
Platform 3 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Chan Sow Lin)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
Platform 1 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Cochrane)
B4
Platform
Platform 4 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY01  Kwasa Damansara (Conlay-Kompleks Kraf)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform 2 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Pavillion-Bukit Bintang)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan limat tingkat: aras tanah, aras legar atas, aras legar bawah dan dua aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang dan akan datang, Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[6]

Reka Bentuk Dalaman

[sunting | sunting sumber]

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Tun Razak Exchange telah diberi tema "Korporat Islamik" dimana motif-motif Islam kotemporari menghiasi kolum, dinding dan siling stesen ini[3].

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T407 berkhidmat di stesen ini.

  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 19 Mei 2019.
  3. ^ a b Meng Yew Choong (9 Julai 2017). "Seven hidden gems of the MRT". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2017. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
  4. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  5. ^ a b "Samsung Takes Over Malaysia's Largest Underground Interchange Station, TRX Samsung Galaxy MRT Station" (Siaran akhbar). Samsung. 4 Mac 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2024. Dicapai pada 5 Ogos 2024.
  6. ^ "Tun Razak Exchange (TRX) — MRT Corp". MRT Corp. 13 Nov 2017. Dicapai pada 29 Mei 2019.