Stesen LRT Alam Megah
Lokasi | Stesen Alam Megah, Jalan Beranang 27/14A, 40400 Shah Alam, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°01′23″N 101°34′19″E / 3.02306°N 101.57194°EKoordinat: 3°01′23″N 101°34′19″E / 3.02306°N 101.57194°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 1 | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T757 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | 196 petak parkir | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ada | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ35 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 30 Jun 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen LRT Alam Megah ialah stesen LRT di selatan Shah Alam, Selangor dimana Laluan Kelana Jaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak dan dinamakan sempena kawasan perumahan Taman Alam Megah yang berhampiran di Shah Alam, Selangor. Stesen ini dibuka pada 30 Jun 2016 sebahagian daripada projek Penyamburan Jajaran LRT yang meluaskan jajaran Laluan Kelana Jaya daripada Stesen LRT Kelana Jaya ke Stesen LRT Putra Heights melalui stesen ini.[1]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak berhampiran Persiaran Putra Perdana di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Berdekatan stesen ini adalah Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara, Taman Putra Bestari, Masjid Baitul Mahabbah dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tun Tan Siew Sin.
Struktur stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform |
KJ Arah Selatan | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Subang Alam) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KJ Arah Utara | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (USJ 21) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 196 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan Bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan T757 berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.