[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Stesen MRT Damansara Damai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Damansara Damai
Permandangan bangunan stesen dari Jalan Kuala Selangor.
LokasiStesen MRT Damansara Damai, Jalan Kuala Selangor, 47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Koordinat2°58′59″N 101°39′39″E / 2.983014°N 101.660711°E / 2.983014; 101.660711Koordinat: 2°58′59″N 101°39′39″E / 2.983014°N 101.660711°E / 2.983014; 101.660711
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T103
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanAkan datang
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY05 
Sejarah
Dibuka16 Jun 2022; 2 tahun yang lalu (2022-06-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sungai Buloh
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Sri Damansara Barat
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Damansara Damai ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bertingkat, di Damansara Damai, Selangor yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini telah dibuka rasmi pada 16 Jun 2022 dibawah pembukaan Fasa 1 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Sungai Buloh dan Stesen MRT Sri Damansara Barat serta mempunyai kod stesen iaitu PY05.[1] Seperti kebanyakkan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]

Pintu D stesen MRT Damansara Damai ketika pembinaan.
Aras legar Stesen MRT Damansara Damai

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Damansara Damai akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Damansara Damai terletak sektor utara landasan kereta api bertingkat Laluan Putrajaya. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S05.[2]

Stesen MRT Damansara Damai adalah dibawah kontrak S201. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, platform dan pintu stesen bagi kontrak S201 telah dianugerahkan kepada syarikat Sunway Construction Sdn Bhd, pada tahun 2017 dengan jumlah sebanyak RM213.3 juta. Kontrak S201 juga merangkumi pembinaan struktur stesen MRT Sri Damansara Barat (nama pembinaan: Sri Damansara West) dan Sri Damansara Sentral (nama pembinaan: Sri Damansara East).[4][5] Manakala, pembinaan jambatan landasan kereta api bertingkat, pula dibina di bawah kontrak V201 iaitu bermula di Stesen Sungai Buloh hingga Persiaran Dagang dengan melalui stesen ini. Kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat sama, Sunway Construction pada tahun 2016.[4][5]

Stesen MRT Damansara Damai telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya pada 16 Jun 2022, bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 1 bermula di stesen MRT Kwasa Damansara hingga stesen MRT Kampung Batu.[6][7][8] Namun sebaliknya mengikut perancangan asal, stesen ini dan stesen di bawah Fasa 1 sepatutnya dibuka pada November 2021 tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang masih berleluasa di negara Malaysia.[9][10]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]
Dalaman dan luaran stesen
Aras legar tidak berbayar stesen.
Aras legar berbayar stesen.
Aras platform stesen.
Kawasan landai untuk pengguna OKU di pintu D.

Perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Damansara Damai menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Sungai Buloh dan Sri Damansara Barat. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY05. Stesen ini beroperasi pada jam 6.00 pagi (MST) setiap hari hingga 11:35 malam pada hari Isnin–Jumaat dan lebih awal 35 minit, 11:00 malam pada hari minggu dan cuti am. Kekerapan tren tiba di stesen ialah setiap 8–12 minit pada hari Isnin–Jumaat dan setiap 8 minit pada hari minggu dan cuti am.[11]

Stesen ini terletak di Jalan Kuala Selangor (Jalan Persekutuan FT54), di Damansara Damai, zon utara Petaling Jaya, dalam negeri Selangor, Malaysia. Stesen MRT Damansara Damai akan menghubungkan penduduk sekitar di Damansara Damai, Saujana Damansara, Prima Damansara, Kampung Desa Aman, Taman Park Manor, Kawasan Perindustrian Desa Aman, Sierramas dan Sutera Damansara. Mercu tanda berhampiran dengan stesen MRT Damansara Damai ialah Pusat Perubatan Damansara Damai, Pangsapuri Rampai Idaman, Kondominium The Zizz Damansara, Pangsapuri Permai, Pangsapuri Idaman, Pangsapuri Bayu, Pangsapuri Harmoni, Pangsapuri Impian, Pangsapuri Saujana, Pangsapuri Lestari, Kondominium Indah, Kondominium One Damansara, Residensi Suasana Damai, Seasons Square, Terminal Bas Wan's Central dan NPNG Sports Centre.[12][13]

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (Sri Damansara Barat)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Sungai Buloh)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2][12]

Infrastruktur stesen

[sunting | sunting sumber]
Blok sentuh berwarna kelabu dipasang di lantai di aras legar menuju ke Pintu A dan Pintu B stesen.
Hab Bas Pengantara MRT Damansara Damai di Pintu B.

Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Damansara Damai tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.[1] Mengikut perancangan asal, stesen ini mempunyai kawasan meletak kenderaan yang bertingkat (MSPR) di Jalan PJU 10/10A, Damansara Damai dengan pengubahsuaian bangunan meletekkan kenderaan yang usang dan ditinggalkan. Laluan pejalan kaki dari Pintu D stesen ke kawasan meletakkan kenderaan yang bertutup dan mesra OKU juga turut disediakan. Namun, cadangan ini telah ditangguhkan dan diketepikan.[2]

Stesen MRT Damansara Damai dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara di pintu B.[12][13]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan dan kenderaan peribadi di Pintu A
Eskalator di pintu B stesen
Pintu Destinasi Gambar
A Off Jalan Kuala Selangor Akses OKU Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Jalan Kuala Selangor
B Off Jalan Kuala Selangor Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Jalan Kuala Selangor, Hab Bas MRT Damansara Damai (T103)
C Jalan Desa Aman 11 Akses OKU
Jejantas pejalan kaki ke Kampung Desa Aman, Kawasan Perindustrian Desa Aman, Taman Park Manor, Sierramas merentasi Jalan Kuala Selangor.
D Jalan PJU 10/10D Akses OKU Hentian untuk kenderaan peribadi, e-panggilan dan teksi
Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Pusat Perubatan Damansara Damai, Komersial Damansara Damai, Saujana Damansara, Kondominium One Damansara, Kondominium The Zizz Damansara, Pangsapuri Lestari, Residensi Suasana Damai, Seasons Square
Kunci      Ditangguhkan

Stesen MRT Damansara Damai mempunyai empat pintu masuk dan keluar stesen,yang dikelaskan mengikut abjad iaitu A, B, C, D.[2] Hanya tiga pintu sahaja yang dibina dan beroperasi iaitu Pintu A, B dan D. Lokasi pintu A dan B stesen MRT Damansara Damai terletak di aras jalan stesen, di off Jalan Kuala Selangor. Pintu B menempatkan perhentian/hab bas pengantara MRT. Laluan bas yang berkhidmat di pintu B ialah T103, yang dikendalikan oleh Rapid KL, menuju ke Sutera Damansara.[14][8] Pintu D terletak searas dengan aras legar stesen MRT Damansara Damai, yang menuju ke Jalan PJU 10/10D. Manakala, pintu C stesen merupakan jambatan pejalan kaki dari aras legar stesen menuju ke Jalan Desa Aman 11 di Kampung Desa Aman, merentasi Jalan Kuala Selangor dan Sungai Gasi. Pintu C ditangguhkan pembinaannya oleh Kerajaan Malaysia.[2] Hampir kesemua pintu stesen adalah mesra OKU.[12][13]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]
Papan tand alaluan T103 di perhentian The Zizz (PJ580).
Laluan Koridor Pengendali Terminal[14] Perhentian[8][15] Kekerapan Ruj.
T103  Koridor Jalan Ipoh Rapid KL MRT Damansara Damai Pintu B Sutera Damansara 30 minit [8][16]
  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c d e f MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  3. ^ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
  4. ^ a b "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
  5. ^ a b "Suncon bags RM661m new jobs". The Malaysia Reserve (dalam bahasa Inggeris). 3 April 2017. Dicapai pada 29 November 2022.
  6. ^ Astro Awani (16 Jun 2022). "Fasa 1 MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini". Astro Awani. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  7. ^ Muhamad, Hasimi. "Berita gembira! Tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan". Astro Awani. Dicapai pada 16 Jun 2022.
  8. ^ a b c d Farah (15 Jun 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Mula Operasi Esok, Siap dengan Bas Perantara ke Stesen". Pandu Laju. Dicapai pada 29 November 2022.
  9. ^ Izzul Ikram (4 Oktober 2021). "Phase 1 of MRT Putrajaya line to open in November, Phase 2 now 93.52% completed" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Market Malaysia. Dicapai pada 2021-10-18.
  10. ^ Shahrizan Salian (4 Oktober 2021). "Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya dibuka November". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-18.
  11. ^ "Rapid KL – MRT Putrajaya Line" [Rapid KL – MRT Laluan Putrajaya]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia. Dicapai pada 29 November 2022.
  12. ^ a b c d "Maklumat mengenai Stesen MRT Damansara Damai". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 29 November 2022.
  13. ^ a b c "Damansara Damai MRT station, MRT station serving the suburb of Damansara Damai in Selangor" [Stesen MRT Damansar Damai, stesen MRT menyediakan perkhidmatan di subbandar Damansara Damai di Selangor]. klia2.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 November 2022.
  14. ^ a b "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  15. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  16. ^ "Bas Pengantara MRT Laluan Putrajaya | Laluan T103 (MRT Damansara Damai – Sutera Damansara)". RapidKL (dalam bahasa Inggeris). 2022. Dicapai pada 8 Julai 2022.