[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Stesen Ampang Park

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 KJ9   PY20 
Ampang Park Rapid KL
Stesen laluan Kelana Jaya (atas) dan laluan Putrajaya (bawah)
LokasiStesen Ampang Park, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°9′36″N 101°43′7″E / 3.16000°N 101.71861°E / 3.16000; 101.71861Koordinat: 3°9′36″N 101°43′7″E / 3.16000°N 101.71861°E / 3.16000; 101.71861
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah (LRT)
2 platform bertingkat (MRT)
Trek2 (LRT)
2 (MRT)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: BET7, 300, 302, 303
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ9  PY20 
Sejarah
Dibuka5 1 Jun 1999; 25 tahun yang lalu (1999-06-01)
12 16 Mac 2023; 20 bulan yang lalu (2023-03-16)
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Damai
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya KLCC
menghala ke Putra Heights
Persiaran KLCC
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Raja Uda
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen Ampang Park ialah stesen pertukaran antara MRT dan LRT bawah tanah yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Nama stesen ini diambil daripada pusat membeli-belah tertua di Malaysia, Ampang Park Mall, yang telah ditutup pada Januari 2018. Stesen LRT-nya dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian daripada pembukaan fasa kedua 5 Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak (tidak termasuk stesen Sri Rampai). Stesen MRT-nya pula dibuka pada 16 Mac 2023 dalam fasa kedua 12 Laluan Putrajaya dari Kentomnen ke Putrajaya Sentral.

Stesen ini mula dibuka kepada awam pada 1 Jun 1999 dengan pembukaan segmen kedua LRT PUTRA (kini LRT Laluan Kelana Jaya) antara Masjid Jamek dan Gombak.[1] Stesen ini dihubungkan dengan pusat membeli-belah tertua di Kuala Lumpur, Ampang Park yang dibuka sejak 1975.[2]

Pada Oktober 2015, kerajaan Malaysia memulakan proses mengambil alih pusat membeli-belah Ampang Park untuk pembinaan stesen MRT yang akan diintegrasikan dengan stesen LRT sedia ada.[3] Pada 1 Januari 2018, pusat membeli-belah Ampang Park ditutup bagi memulakan kerja pembinaan stesen MRT Ampang Park.[2]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sebelah barat persimpangan antara Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat berbagai-bagai kondominium mewah di sekitar stesen ini seperti MyHabitat, Vista Damai, Desa Kudalari, The Troika, dan Oval Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat pelbagai menara pejabat di sekitar stesen ini seperti Menara Avenue Residences, Menara Tan & Tan, Menara KL Trillion, Menara Integra, Menara Ilham, Wisma MCA, Menara Atlan, Menara Binjai, Menara PNB, Menara Tabung Haji, Menara Citibank dan Plaza OSK. Stesen ini juga terletak berdekatan Hotel PNB Perdana, Hotel Somerset Kuala Lumpur, Hotel InterContinental Kuala Lumpur, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, pejabat Kedutaan Turki dan pusat membeli-belah Intermark Mall.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]

Laluan Kelana Jaya

[sunting | sunting sumber]
G Aras tanah Pintu masuk, Stesen MRT Ampang Park, jejambat ke pusat membeli-belah Intermark Mall, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras legar Mesin tiket, pintu tambang, dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
B2
Platform
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Damai)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (KLCC)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Laluan Putrajaya

[sunting | sunting sumber]
Eskalator di stesen ini antara yang terpanjang dalam kalangan stesen bawah tanah laluan Putrajaya.
G Aras Tanah Jalan Ampang, Stesen LRT Ampang Park
B1 Aras Legar Tangga, eskalator dan lif ke pintu masuk/keluar, kedai-kedai, mesin tiket, pusat khidmat pelanggan, pagar tambang, lif ke platform 1 dan 2
B2 Aras Legar Eskalator dan lif ke platform 1 dan 2
B4 Platform bertingkat, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform 1 12 Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (→)
B5 Platform bertingkat, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
Platform 2 12 Putrajaya menghala ke  PY01  Kwasa Damansara (←)

Pernah diusulkan pertukaran langsung antara laluan Kelana Jaya dan Putrajaya di sini, tetapi dibatalkan atas sebab pengurangan kos.[4] Oleh itu, penumpang perlu mendaftar keluar dari satu stesen, naik ke aras tanah menerusi laluan pejalan kaki dan turun ke satu lagi stesen.

Keluar masuk

[sunting | sunting sumber]
Laluan Kelana Jaya dan Laluan Putrajaya
Pintu Masuk Destinasi Gambar
Utara Akses aras tanah. Sebelah utara Jalan Ampang
stesen sambungan stesen MRT Ampang Park (Pintu B)
Selatan Akses aras tanah. Sebelah selatan Jalan Ampang
Akses melalui Laluan Pejalan Kaki Jalan Tun Razak ke Intermark Mall, The LINC
A Jalan Tun Razak, Perhentian teksi dan e-panggilan, KL Trillion, Menara Tokio Marine Life, Wisma UNIRAZAK
B stesen sambungan Stesen LRT Ampang Park (sebelah utara)

Jalan Ampang, Intermark Mall, Megan Avenue, Plaza OSK

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan BET7, 300, 302 dan 303 berkhidmat di stesen ini.

  1. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  2. ^ a b Alia Mior (24 Dis 2017). "Bidding farewell to Ampang Park" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jan 2018. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  3. ^ Noel Achariam. "Ampang Park to make way for MRT station" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 7 Mei 2019.
  4. ^ "MYMRT | MRT Corp - Official webpage for the Klang Valley My Rapid Transit". www.mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-27. Dicapai pada 2017-05-29.