Garam bawang putih
Garam bawang putih adalah garam berperisa digunakan sebagai perasa makanan yang dibuat daripada campuran kisaran bawang putih kering dan garam makan dengan agen anti-pengerakan (contohnya kalsium silikat).[1] Dalam bentuk yang paling asas ia dibuat dengan menggabungkan 3 bahagian garam dan 1 bahagian serbuk bawang putih jika mengikut isipadu, atau 6 bahagian garam dan 1 bahagian serbuk bawang putih jika mengikut berat.
Ia boleh digunakan sebagai pengganti untuk bawang putih segar, seperti dalam hidangan seperti burger atau chili.
Ia tidak patut dikelirukan dengan bawang putih cincang, bawang putih pasir, atau serbuk bawang putih, yang hanya kisaran bawang putih kering, yang turut dijual sebagai rempah.
Kisaran bawang putih boleh dibuat menjadi garam bawang putih dengan menuangnya ke dalam mangkuk garam dan dituang humektan ke dalamnya.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Meredith, Ted (2008). "The Complete Book of Garlic: A Guide for Gardeners, Growers, and Serious Cooks". Timber Press. m/s. 50. Dicapai pada 2 December 2013.