[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Jintan manis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Adas manis)

Jintan manis
1897, gambaran.[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. anisum
Nama binomial
Pimpinella anisum
Sinonim[2]
Senarai
  • Anisum odoratum Raf.
  • Anisum officinale DC.
  • Anisum officinarum Moench
  • Anisum vulgare Gaertn.
  • Apium anisum (L.) Crantz
  • Carum anisum (L.) Baill.
  • Pimpinele anisa St.-Lag.
  • Ptychotis vargasiana DC.
  • Selinum anisum (L.) E.H.L. Krause
  • Seseli gilliesii Hook. & Arn.
  • Sison anisum (L.) Spreng.
  • Tragium anisum (L.) Link
Jintan manis atau adis.

Jintan manis, adas manis atau adis (nama botani: Pimpinella anisum)[3][4] merupakan sejenis rempah.

Nama jintan manis (Jawi: جينتن مانيس) datang daripada rasa manisnya berbanding jintan.[5]

Nama adas manis (Jawi: ادس مانيس) dan adis (Jawi: اديس) datang daripada rasa manisnya berbanding adas pedas.[4]

Pokok dan daun

[sunting | sunting sumber]

Pokok jintan manis jenis tumbuhan herba tahunan yang tumbuh mencapai ketinggian lebih 2–3 kaki (60–90 cm).

Daun-daunnya disusun berselang-seli. Helai daun yang tumbuh di pangkal pokok ringkas manakala helai di batang yang lebih tinggi berbentuk pelepah tunggal dengan ukuran 38–2 in (1–5 sentimeter) panjang dibahagikan kepada banyak anak daun kecil.[6]

Bunga dan buah

[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunganya berwarna putih atau kuning pada jambak payung dengan garis pusat kira-kira 3 milimeter (18 in) di pucuk pokok. Buahnya kering dan melengkung berbentuk bujur telur dengan ukuran 3–6 mm (32514 in) panjang.[3][5][6]

Minyak pati adis dalam bebuli kaca jernih.

Dalam perubatan tradisional

[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun tidak dibuktikan secara saintifik, dalam perubatan tradisional, jintan manis dipercayai memiliki banyak khasiat. Ia dipercayai dapat melegakan kesakitan dalaman badan, melancarkan aliran keluar haid, memperbanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi meningkatkan penglihatan mata. Selain itu juga, jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal paha dengan cara merebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih. Selepas itu air rebusan yang dibiarkan sejuk, diminum setiap pagi dan petang selama empat minggu.[perlu rujukan]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Dari Franz Eugen Köhlae, Köhlae's Medizinal-Pflanzen, 1897
  2. ^ "Pimpinella anisum L." World Flora Online. World Flora Consortium. 2023. Dicapai pada 22 Januari 2023.
  3. ^ a b Hean Chooi Ong (2008). Rempah-ratus: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 43, 128–129. ISBN 9676121053.
  4. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "adas". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 5 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ a b Katzer, Gernot (9 September 1998). "Anise (Pimpinella anisum L.)". Spice Pages. Dicapai pada 22 Januari 2023.
  6. ^ a b Stephens, James M. (April 1997). "Anise—Pimpinella anisum L." AskIFAS. Institut Makanan dan Sains Pertanian Universiti Florida. Dicapai pada 22 January 2023.