[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Plato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Plato

Plato (Bahasa Yunani Kuno: Πλάτων, Plátōn, Arab: أَفلَاطُون, rumi: Āflāṭūn dimelayukan sebagai Aflatun;[a] sekitar 427 S.M. - sekitar 347 S.M.) ahli falsafah Yunani yang sangat berpengaruh, murid pada Socrates dan guru pada Aristoteles. Hasil kerjanya yang paling masyhur adalah Republik (dalam bahasa Yunani: Politeia, "negeri") yang dia menguraikan garis besar pandangannya pada keadaan "ideal". Dia juga menulis 'Hukum' dan banyak dialog di mana Sokrates adalah peserta utama.

Sumbangan Plato yang terpenting adalah ilmunya mengenai ide. Dunia fana ini tiada lain hanyalah refleksi atau bayangan daripada dunia ideal. Di dunia ideal semuanya sangat sempurna. Hal ini tidak hanya merujuk kepada barang-barang fizikal yang boleh disentuh dan dilihat, tetapi juga mengenai konsep-konsep fikiran, hasil buah intelek. Sebagai contoh, konsep mengenai "kebajikan" dan "kebenaran".

Salah satu perumpamaan Plato yang termasyhur adalah perumpamaan tentang orang di gua.

Menurut Plato kota muncul akibat pembahagian buruh, dan pembahagian buruh tidak boleh wujud tanpa ketaksetaraan semula jadi dalam kemahiran dan pelbagaian kehendak manusia.[2] Beliau hendak menghalang perkaitan antara kelas pemerintah dengan kelas yang diperintah agar mengelak konflik dalam masyarakat.[3]

  1. ^ Digunakan dalam manuskrip Bustanus al-Salatin[1]
  1. ^ Nuruddin al-Raniri (1638–1643). Bustan al-Salatin. Dicapai pada 27 Feb 2023 – melalui Malay Concordance Project, Universiti Nasional Australia.CS1 maint: date format (link)
  2. ^ Plato, The Republic, Buku II
  3. ^ Roll Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 1995

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]