Sokrates
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Indonesia. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Februari 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Sokrates (Yunani: Σωκράτης, rumi: Sōkrátēs ; bahasa Inggeris: Socrates , Arab: سُقرَاط, rumi: Suqrāṭ[1] dimelayukan sebagai Sukrat;[a] 470-399 SM) merupakan ahli falsafah Yunani yang diakui ramai sebagai pengasas falsafah Barat. Bukti tunggal terhadap kewujudannya hanya terdapat daripada rujukan-rujukan kepada beliau oleh orang-orang yang dikatakan merupakan pengikut-pengikutnya. Oleh itu, sesetengah orang telah menyoal tentang adakah Sokrates benar-benar pernah wujud dan merujuk kepada pemerihalan cacat Plato mengenai kematian Sokrates melalui peracunan. Tambahan pula, terdapat satu pola bahawa semua rujukan kepada Sokrates berfungsi sebagai alat retorik yang digunakan, mula-mula oleh Aristotle dan kemudiannya oleh orang-orang lain seperti Plato, sebagai pengharapan terhadap orang yang berwibawa untuk memberikan tanggapan bahawa aliran hujah mereka disokong oleh seorang tokoh yang agung.
Dikatakan seorang penduduk Athens, Sokrates telah diperihalkan sebagai didapati bersalah oleh mahkamah Athens kerana tidak beriman dan merosakkan pemuda-pemudi Athens melalui ajarannya. Mereka yang memberikan pemerian ini mengatakan bahawa beliau diberikan pilihan untuk memilih buangan tetapi memilih kematian minum hemlok kerana beliau percaya bahawa buangan akan mengaibkan persetujuannya untuk mematuhi undang-undang Athens.
Kaedah Sokrates
[sunting | sunting sumber]Sumbangan terpenting Sokrates kepada pemikiran Barat dikatakan kaedah bertanya-tanyanya (bahasa Inggeris: method of enquiry) yang dikenali sebagai kaedah elenchos, dan yang beliau mempergunakan untuk penelitian konsep-konsep moral yang utama seperti "Baik" dan "Adil" yang sering kali digunakan tanpa sebarang definisi nyata. Kaedah ini diperihalkan buat pertama kali oleh Plato dalam karyanya, Dialog-dialog Sokrates. Disebabkan ini, Sokrates dianggap secara tradisi sebagai bapa falsafah politik serta etika (atau falsafah moral), dan secara amnya sebagai sumber untuk kesemua tema utama dalam falsafah Barat.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Nama yang digunakan dalam manuskrip Bustanus al-Salatin[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rüsen, Jörn (2013). Approaching Humankind: Towards an Intercultural Humanism (dalam bahasa Inggeris). V&R Unipress. m/s. 106. ISBN 978-3-8470-0058-7.
- ^ Nuruddin al-Raniri (1638–1643). Bustan al-Salatin. Dicapai pada 27 Feb 2023 – melalui Malay Concordance Project, Universiti Nasional Australia.CS1 maint: date format (link)