[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Padawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Padawan
Padawan yang terletak di Borneo
Padawan
Padawan
Lokasi di Borneo
Koordinat: 1°25′39″N 110°19′34″E / 1.427597°N 110.326150°E / 1.427597; 110.326150Koordinat: 1°25′39″N 110°19′34″E / 1.427597°N 110.326150°E / 1.427597; 110.326150
NegaraMalaysia
WilayahSarawak
BahagianKuching
DaerahPadawan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Perbandaran Padawan
 • PengerusiCr. Tan Kai
 • Jumlah ahli42 orang
Keluasan
 • Jumlah1,771.3 km2 (683.9 batu persegi)
Laman sesawangmpp.sarawak.gov.my

Padawan atau juga dikenali sebagai Daerah Padawan ialah sebuah kawasan daerah di Sarawak, Malaysia. Daerah Padawan terletak di dalam kawasan Bahagian Kuching, meskipun ianya boleh dikategorikan sebagai sebuah daerah selain Daerah Bau, Daerah Lundu, dan Daerah Kuching.

Daerah Padawan mempunyai keluasan sebanyak 1,771.3 kliometer persegi.[1][2] Majlis Perbandaran Padawan (MPP) adalah sebuah majlis kerajaan tempatan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan, mengatur, dan melaksanakan mana-mana projek pembangunan yang semestinya dilaksanakan di kawasan daerah Daerah Padawan.

Daerah Padawan terbahagi kepada tiga kawasan mukim bandar :

  • Batu Kawah
  • Kota Padawan
  • Batu Kitang
Kedudukan Daerah Padawan dalam peta Greater Kuching. Daerah Padawan kini terletak di bawah Majlis Perbandaran Padawan (MPP)

Padawan pada mulanya telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah kecil pada 11 Ogos 1983. Ibu pejabat bagi kawasan daerah kecil Padawan pada masa itu adalah terletak di Teng Bukap, sebelum ianya dipindahkan ke ibu pejabat baharunya di Kota Padawan. Pada tahun 1980-an, daerah kecil ini hanya mempunyai satu sistem jalan raya iaitu laluan jalan raya Jalan Padawan yang menghubungkan daripada Pasar Tapah sehingga Kampung Abang. Menjelang awal tahun 1990-an, sistem perhubungan jalan raya mula dinaiktaraf serta dilaksanakan sepenuhnya, sekaligus dapat menghubungkan antara kawasan Padawan dengan kawasan terdekatnya iaitu Kota Sentosa dan Kem Penrissen, sebelum laluan akses jalan raya berjaya dikembangkan sehingga ke kawasan Batu Kawah pada tahun berikutnya.[3]

Pembangunan daerah Padawan (yang merangkumi kawasan Kota Padawan, kawasan Landeh, Batu Kitang, Batu Kawah, Stapok, Moyan, dan sebahagian kawasan di Siburan) secara rasminya dimasukkan dalam pelan pembangunan strategik dan mampan Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) mulai tahun 2023 sehingga kini. Pelaksanaan GKCDA di kawasan Daerah Padawan merangkumi :

  • Pembangunan kawasan perbandaran / kawasan bandar baharu yang lebih moden, bersepadu, kompleks, menyeluruh, dan berimpak tinggi.
  • Pembangunan ekonomi kawasan Daerah Padawan yang lebih fokus, berkembang pesat, dan berdaya maju.
  • Mengutamakan pembangunan sektor keusahawanan untuk golongan belia dan juga golongan wanita di kawasan daerah Padawan.
  • Mengutamakan amalan kesihatan persekitaran dan kesihatan masyarakat yang lebih holistik dan seimbang.
  • Mengutamakan hal ehwal kebajikan golongan masyarakat yang miskin, kurang upaya, dan golongan individu yang berpendapatan sangat rendah.
  • Pembangunan sistem teknologi digital termasuk transformasi teknologi kecerdasan buatan (A.I.), sektor kewangan digital, dan memperluaskan liputan jaringan internet kelajuan tinggi dengan lebih menyeluruh.
  • Memantapkan sepenuhnya pembangunan pendidikan rendah, pendidikan menengah, dan pendidikan pra-universiti di sekitar kawasan daerah Padawan.
  • Pemeliharaan ekosistem semula jadi serta mengekalkan keseimbangan biodiversiti alam di Sarawak.
  • Mengutamakan penggunaan teknologi hijau dan mesra alam seperti penggunaan tenaga elektrik berasaskan tenaga solar, penggunaan kenderaan elektrik (electric vehicles), penggunaan bas berkuasa hidrogen, serta menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan kitar semula.
  • Menjamin dan melindungi seluruh keselamatan masyarakat komuniti di kawasan Daerah Padawan daripada sebarang aktiviti-aktiviti jenayah, aktiviti penyalahgunaan dadah dan alkohol, serta kegiatan vandalisme yang kian berleluasa.

Senarai kawasan di daerah Padawan

[sunting | sunting sumber]

Kawasan / pusat komersial yang ada di Daerah Padawan

  • Bandar Baru Batu Kawah (Batu Kawah New Township), Batu Kawah, Kuching, Sarawak.
  • Pusat Komersial Pines Square (Pines Square Commercial Center), Batu Kawah, Kuching, Sarawak.
  • Pusat Komersial Emart Batu Kawa, Batu Kawah, Kuching, Sarawak.
  • Genesis Parade, Moyan, Batu Kawah, Kuching, Sarawak.
  • Kompleks komersial Moyan Metropolitan City, Moyan, Batu Kawah, Kuching, Sarawak. (Akan dilaksanakan projek pembinaannya mulai tahun 2025.)
  • Gedung membeli-belah FARLEY MALL Kuching (6th Mile), Kota Sentosa, Kuching, Sarawak.
  • Kuching Sentral Complex & Kuching Bus Terminal, 6th Mile, Kota Sentosa, Kuching, Sarawak.
  • Kompleks komersial Westfield Points (Westfield Points Commercial Complex), 6th Mile, Kota Sentosa, Kuching, Sarawak.
  • Pusat Komersial Sentosa Parade (Sentosa Parade Commercial Center), Kota Sentosa, Kuching, Sarawak.
  • Kompleks residensi kondominium AVA Eight (AVA 8), Kota Sentosa, Kuching, Sarawak.
  • Pusat Komersial RH Park (RH Park Commercial Center), Batu 9, Kota Padawan, Kuching, Sarawak.
  • Gedung membeli-belah baharu H&L Xtra Kota Padawan ( juga dikenali sebagai Kota Padawan Mall ), Kota Padawan, Kuching, Sarawak.
  • Kawasan bandar baharu Landeh New Township (Bandar Baru Landeh), Landeh, Kota Padawan, Kuching, Sarawak. (Terletak di kawasan tapak baharu berhampiran antara Taman Sri Permai (Landeh) dengan kawasan Kampung Bumbok (Batu Kitang), projek pembangunan bandar ini akan dimulakan pembinaan mulai awal tahun 2025.)

Kawasan penempatan yang ada di Daerah Padawan
1. Batu Kawah

  • Taman Desa Wira, Batu Kawah
  • Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawah
  • Kampung Sinar Budi Lama, Batu Kawah
  • Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa, Batu Kawah, Kuching
  • MJC One Residency, Batu Kawah, Kuching
  • MJC Courtyard Serviced Apartments, Batu Kawah, Kuching
  • Taman Royal Garden, Batu Kawah, Kuching
  • Taman Seri Emas, Batu Kawah, Kuching
  • HK Square Apartment, Jalan Stapok Utama, Batu Kawah, Kuching
  • RSS Residence Apartment, Batu Kawah, Kuching
  • SkyVilla Residences, Bandar Baru Batu Kawah, Batu Kawah, Kuching
  • Everbright Estate, Batu Kawah, Kuching
  • Yarra Park Apartments, Batu Kawah, Kuching
  • Docklands Residence, Batu Kawah, Kuching
  • The GLEN Residence, Jalan Ketitir, Batu Kawah, Kuching
  • SÓL Estate Residence (Kuching), Jalan SÓL Estate, Pines Square, Batu Kawah, Kuching
  • Pines Residence 86, Pines Square, Jalan Batu Kawa, Batu Kawah, Kuching
  • Kensho Residence, Pines Square, Jalan Batu Kawa, Batu Kawah, Kuching
  • Residensi SRI PERTIWI Batu Kawa, Pines Square, Batu Kawah, Kuching
  • Kawasan-kawasan kediaman di sekitar Jalan Dogan, Batu Kawah, Kuching
  • Kawasan-kawasan kediaman di sekitar Jalan Arang (juga dikenali sebagai Lorong Arang 13), Batu Kawah, Kuching
  • Cambridge Villa, Stapok, Kuching
  • Taman Bigawa, Sungai Maong, Stapok, Kuching
  • Stapok Heights, Sungai Maong, Stapok, Kuching
  • Regent Heights, Sungai Maong, Stapok, Kuching
  • Kawasan-kawasan kediaman / kawasan residensi di kawasan Stapok Selatan, Stapok, Kuching (Nota penting: Kawasan Stapok Selatan kini berada di bawah pentadbiran kawasan Daerah Padawan, manakala kawasan Stapok Utara, kawasan Poh Kong Park, dan kawasan Taman Stapok pula masih di bawah pentadbiran kawasan Batu Lintang).

Landeh (Kota Padawan)

[sunting | sunting sumber]
  • Taman Paramount, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Penrissen Estate, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Hillsdale, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Landeh, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Fu Yi, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Sri Landeh, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Modern Home, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • M10 RESIDENCY, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Central Landeh, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Landeh Heights (Phase 1), Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Landeh Heights (Phase 2), Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Indah Landeh, Landeh, Kota Padawan, Kuching
  • Taman Sri Permai (RPR Landeh), Landeh, Kota Padawan, Kuching

Sosioekonomi

[sunting | sunting sumber]

Kawasan daerah Padawan sering mengalami perubahan menyeluruh dalam pelbagai sektor atau aktiviti. Secara logiknya, beberapa kegiatan aktiviti seharian dijalankan di kawasan daerah Padawan. Ini termasuk :

  • Aktiviti perniagaan kecil-kecilan seperti perniagaan runcit, aktiviti berniaga di pasar tamu mingguan / pasar malam, serta gerai-gerai tepi jalan.
  • Aktiviti perniagaan berskala besar seperti jualan barangan di pasar raya (supermarket), pasar raya mega (hypermarket), dan kedai-kedai makan / restoran.
  • Aktiviti-aktiviti perniagaan dan jualan yang melibatkan syarikat-syarikat perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat-syarikat milik swasta yang lain.
  • Kegiatan aktiviti jualan mesra pengguna seperti stesen minyak, kedai barangan elektronik dan peralatan rumah, kedai-kedai roti, kedai gunting rambut, kedai gajet / telefon bimbit, kedai-kedai serbaneka 24 jam, dan perkhidmatan perbankan automatik (ATM).
  • Aktiviti-aktiviti sosial seperti kegiatan aktiviti sukan (bola sepak, badminton, basketball, futsal, dan berjogging), aktiviti-aktiviti sukan lasak, aktiviti muzik jalanan (buskers), aktiviti memancing, dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan komuniti.
  • Aktiviti-aktiviti kebudayaan, kesenian dan kraf tradisi dari pelbagai kaum dan etnik masing-masing.
  • Kegiatan aktiviti keagamaan dan upacara-upacara khas keagamaan yang mengikut ajaran agama masing-masing.
  • Aktiviti tanaman dalam bandar atau kawasan perumahan / Program Pertanian Bandar bagi menggalakkan masyarakat bandar menanam sendiri sayur-sayuran / tanaman buah-buahan di kawasan kediaman atau perkarangan rumah masing-masing.

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk di Daerah Padawan

• Batu Kawah

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Batu Kawah mengikut etnik pada tahun 2023
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 187,028 Cina 76,882
2 Iban 60,958
3 Melayu 27,394
4 Bidayuh 21,186
5 Hindu 410
6 Orang Ulu 91
7 Melanau 73
8 Lain-lain etnik 34

• Kota Padawan

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Kota Padawan mengikut etnik pada tahun 2023
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 102,296 Bidayuh 56,792
2 Cina 20,921
3 Melayu 16,875
4 Iban 7,584
5 Orang Ulu 118
6 Melanau
7 Hindu
8 Lain-lain etnik 6

• Batu Kitang

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Batu Kitang mengikut etnik pada tahun 2023
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 11,977 Cina 6,380
2 Melayu 3,912
3 Bidayuh 908
4 Iban 764
5 Orang Ulu 13
6 Melanau
7 Hindu
8 Lain-lain etnik
  1. ^ a b "Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Padawan". mpp.sarawak.gov.my. Dicapai pada 14 Februari 2019.
  2. ^ a b "Jadual 1: Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2010" (PDF). www.statistics.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Ringkasan Pejabat Daerah | Daerah-Daerah Kecil | Daerah Kecil Padawan". Pejabat Daerah Kuching. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-01. Dicapai pada 20 Julai 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]