[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Daerah Gedong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gedong
ݢدوڠ
Gedong ݢدوڠ yang terletak di Malaysia Timur
Gedong ݢدوڠ
Gedong
ݢدوڠ
Koordinat: 1°14′42″N 110°41′23″E / 1.24500°N 110.68972°E / 1.24500; 110.68972
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianSamarahan
Pusat pentadbiranGedong
PBTMajlis Daerah Gedong
Pentadbiran
 • Pegawai daerahTamida Da'adi
Keluasan
 • Jumlah612 km2 (236 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah14,424
 • Kepadatan24/km2 (61/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
94700

Gedong ialah sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan, wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini merupakan antara daerah terbaharu di Sarawak yang dibentuk pada tahun 2022. Daerah ini dianggarkan memiliki keluasan seluas 612 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 14,424 orang.[1]

Daerah Gedong pada asalnya terletak di bawah pentadbiran daerah Simunjan. Cadangan pembentukan daerah Gedong telah bermula pada tahun 2020 oleh mantan ADUN Gedong iaitu Mohd Naroden Majais dengan kerjasama mantan Pegawai Daerah Simunjan pada ketika itu. Pada peringkat awal, hanya pembentukan Daerah Kecil Gedong yang telah dicadangkan. Namun pada Oktober 2021, cadangan pembentukan daerah Gedong telah diluluskan oleh Kabinet Negeri. Akhirnya Gedong telah diwartakan sebagai sebuah daerah penuh pada 31 Mac 2022.[1][2]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Gedong terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Gedong yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Samarahan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini ialah Majlis Daerah Gedong.[3] Daerah ini mempunyai 55 buah kampung yang dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon Ulu Gedong yang mempunyai 27 kampung, zon Pangkor yang mempunyai 17 kampung dan zon Gedong Proper yang mempunyai 11 kampung,[1]

Daerah Gedong diletakkan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong (N26) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Batang Sadong (P200).

Daerah Gedong terletak di barat negeri Sarawak, dan di selatan bahagian Samarahan. Daerah Gedong bersempadan dengan daerah Sebuyau di timur, daerah Serian di selatan, daerah Samarahan di barat laut serta daerah Asajaya dan Simunjan di utara.

Daerah Gedong mempunyai keluasan kira-kira 612 kilometer persegi. Bentuk muka bumi daerah ini keseluruhannya merupakan kawasan rata dan mendatar kerana kedudukannya yang berada di kawasan lembah sungai. Sungai utama yang mengalir di daerah ini ialah Batang Sadong.

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Daerah Gedong mempunyai 12 buah sekolah iaitu sebuah sekolah menengah kebangsaan dan selebihnya merupakan sekolah kebangsaan. Daerah ini juga mempunyai dua buah klinik kesihatan, sebuah pondok polis dan dua perpustakaan awam.[1]

  1. ^ a b c d "Profil Daerah Gedong". Pejabat Daerah Gedong. Dicapai pada 7 November 2024.
  2. ^ Tugong, Agnes (12 Disember 2021). "Gedong kini berstatus daerah penuh". Utusan Borneo. Dicapai pada 7 November 2024.
  3. ^ "PBT Majlis Daerah Gedong Kini Rasmi". Sumberkini. 13 Jun 2024. Dicapai pada 8 November 2024.