[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Daerah Lundu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lundu
Peta daerah Lundu.
Peta daerah Lundu.
Lundu yang terletak di Malaysia Timur
Lundu
Lundu
Koordinat: 1°35′00″N 109°45′00″E / 1.58333°N 109.75°E / 1.58333; 109.75
Negara Malaysia
Wilayah Sarawak
BahagianKuching
Pusat pentadbiranLundu
PBTMajlis Daerah Lundu
Keluasan
 • Jumlah1,812 km2 (700 batu persegi)
Aras
17 m (56 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah33,479
 • Kepadatan18/km2 (48/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada
Poskod
96300
Setiausaha MajlisHjh. Norashikin Binti Brahim
Daerah kecilSematan
BandarBandar Lundu

Lundu merupakan sebuah daerah yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Kuching, dalam wilayah Sarawak, Malaysia. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Pekan Lundu.

Daerah ini memiliki keluasan sebanyak 1,812 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 33,479 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat beretnik Bidayuh.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Lundu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Lundu yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Kuching. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Lundu. Terdapat satu daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah ini, iaitu Sematan.

Di bawah pentadbiran daerah Lundu, terdapat 31 perkampungan Melayu, 15 petempatan Cina, 22 perkampungan Iban dan 47 perkampungan Bidayuh. Setiap kampung dan petempatan diketuai seorang ketua kaum. Seramai 15 orang ketua masyarakat dilantik, iaitu lima orang mewakili kaum Melayu, lima orang mewakili kaum Bidayuh, tiga orang mewakili kaum Iban dan dua orang mewakili kaum Cina. Empat orang pemanca juga dilantik iaitu seorang pemanca setiap kaum. [1]

Daerah Lundu diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Opar (N01) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Mas Gading (P192) dan Tanjong Datu (N03) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Santubong (P193).

Daerah Lundu terletak di hujung barat negeri Sarawak, juga di barat bahagian Kuching. Daerah Lundu bersempadan dengan daerah Kuching di timur, daerah Bau di tenggara, dan Laut China Selatan di utara. Daerah ini juga mempunyai sempadan antarabangsa dengan Kalimantan Barat, Indonesia.

Daerah Lundu mempunyai keluasan kira-kira 1,812 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 1,570 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar, namun terdapat juga kawasan yang berbukit dan tanah tinggi di sempadan barat daerah. Terdapat beberapa gunung di barat daerah ini iaitu Gunung Rumput, Gunung Tempurung, Gunung Payung dan Gunung Gading. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Kayan dan Sungai Sampadi dan Sungai Serayan Besar.

Di daerah ini juga terdapat dua taman negara iaitu Taman Negara Tanjung Datu dan Taman Negara Gunung Gading.

Iklim di Daerah Lundu ialah iklim khatulistiwa (Af).[2] Purata suhu ialah 24 °C (75.2 °F). Bulan yang paling panas ialah Mei dengan suhu 26 °C (78.8 °F) dan bulan paling sejuk ialah Februari dengan suhu 22 °C (71.6 °F).[3] Purata hujan adalah 3,734 milimeter pertahun (2016). Bulan Disember merupakan bulan yang paling basah, dengan 612 milimeter hujan manakala bulan yang paling kurang ialah Jun dengan 130 milimeter hujan.[4]

Carta iklim untuk Lundu
JFMAMJJOSOND
 
 
389
 
25
21
 
 
375
 
25
20
 
 
283
 
27
21
 
 
228
 
28
22
 
 
179
 
27
24
 
 
130
 
28
22
 
 
242
 
27
22
 
 
290
 
27
20
 
 
257
 
25
22
 
 
364
 
27
22
 
 
386
 
26
22
 
 
612
 
25
21
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: NASA[3]
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
15
 
77
70
 
 
15
 
77
68
 
 
11
 
81
70
 
 
9
 
82
72
 
 
7
 
81
75
 
 
5.1
 
82
72
 
 
9.5
 
81
72
 
 
11
 
81
68
 
 
10
 
77
72
 
 
14
 
81
72
 
 
15
 
79
72
 
 
24
 
77
70
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197017,856—    
198021,576+20.8%
199124,493+13.5%
200027,345+11.6%
201032,568+19.1%
202033,479+2.8%
Sumber: [5]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Bidayuh
  
37.4%
Melayu
  
35.9%
Iban
  
13.9%
Cina
  
11.4%
Bumiputera lain
  
1.0%
Lain-lain
  
0.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Lundu ialah seramai 33,479 orang dengan kepadatan penduduk 18 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 8,791 isi rumah dengan 11,478 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Lundu merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka berbangsa Bidayuh dan Melayu. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 2,664 orang.[6][7]

Masyarakat Bidayuh di daerah ini terdiri daripada beberapa etnik utama iaitu Selako, Lara dan Jagoi.

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 10,669
Bumiputera lain 16,833
Cina 3,166
India 25
Lain-lain 122
Bukan warganegara - 2,664
Jumlah 33,479
Agama di Lundu - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
49.7%
Islam
  
40.1%
Buddha
  
7.8%
Lain-lain
  
1.7%
Tidak beragama
  
0.7%

Di daerah Lundu, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan hampir 50 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih 40 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan lebih tujuh peratus daripada jumlah penduduk. Terdapat juga penduduk beragama lain seperti Hindu atau tidak beragama yang membentuk kumpulan minoriti di daerah ini.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 16,651
Islam 13,423
Buddha 2,607
Hindu 18
Lain-lain 537
Tidak beragama 243
Jumlah 33,479
  1. ^ "Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching". kuching.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-15.
  2. ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification". Hydrology and Earth System Sciences. 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  3. ^ a b "NASA Earth Observations Data Set Index". NASA. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  4. ^ "NASA Earth Observations: Rainfall (1 month - TRMM)". NASA/Tropical Rainfall Monitoring Mission. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-19. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  5. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  6. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]