[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Daerah Kapit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kapit
Transkripsi lain
 • Jawiداءير٥ كاڤيت
 • Cina加帛县
 • Tamilகாப்பிட் மாவட்டம்
Daerah Kapit yang terletak di Sarawak
Daerah Kapit
Daerah Kapit
Koordinat: 2°00′43″N 112°56′26″E / 2.012006°N 112.940632°E / 2.012006; 112.940632Koordinat: 2°00′43″N 112°56′26″E / 2.012006°N 112.940632°E / 2.012006; 112.940632
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Kapit
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Kapit
 • Pegawai daerahCerisologo Sabut
Keluasan
 • Jumlah3,973 km2 (1,534 batu persegi)
Aras
43 m (141 ft)
Penduduk
 • Jumlah36,030
 • Kepadatan9.1/km2 (23/batu persegi)
 • Tempat kediaman
11,711
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
96xxx
Kod kawasan+6084
Plat pendaftaran kenderaanQ

Daerah Kapit (Jawi: داءير٥ كاڤيت: Cina: 加帛县; Tamil: காப்பிட் மாவட்டம்) merupakan sebuah daerah pentadbiran di wilayah Sarawak, Malaysia.[1][2] Daerah ini merupakan sebahagian daripada Bahagian Kapit yang di mana merupakan gabungan daripada empat buah daerah iaitu Bukit Mabong, Belaga, Song dan Kapit serta dua buah daerah kecil iaitu Sungai Asap dan Nanga Merit.[3][4] Daerah Kapit mempunyai penduduk seramai 36,030 orang pada tahun 2020 dengan jumlah keseluruhan isi rumah sebanyak 8,959.[5]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Kapit terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kapit yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Kapit. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Kapit. Terdapat sebuah daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah ini iaitu Nanga Merit.

Daerah Kapit diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pelagus (N61) dan Bukit Goram (N63) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Kapit (P215) serta Belaga (N65) di bawah kawasan Parlimen Hulu Rajang (P216).

Daerah Kapit terletak di bahagian selatan negeri Sarawak dan bersempadan dengan Daerah Tatau dalam Bahagian Bintulu di bahagian utara, Daerah Belaga di bahagian timur laut, Daerah Bukit Mabong di bahagian selatan, Daerah Song di bahagain barat dan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu di bahagian barat laut.[6] Sebagai sebuah daerah pentadbiran dalam Bahagian Kapit, Daerah Kapit terletak di bahagian utara Bahagian Kapit.[6]

Daerah Kapit mempunyai keluasan kira-kira 3,973 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 1,104 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan tinggi dan berbukit. Namun kawasan yang berdekatan dengan sungai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata, menjadi kawasan penempatan penduduk.[7]

Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Rajang yang mengalir dari barat ke utara daerah ini dan Sungai Baleh yang merupakan anak sungai utama kepada Batang Rajang.

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970 51,312—    
1980 35,847−30.1%
1991 55,608+55.1%
2000 56,709+2.0%
2010 55,304−2.5%
2020 36,030−34.9%
Sumber: [5]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Iban
  
83.1%
Cina
  
7.0%
Bumiputera lain
  
4.4%
Melayu
  
3.8%
Melanau
  
1.4%
Lain-lain
  
0.3%

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Daerah Kapit mempunyai jumlah penduduk seramai 55,304 orang dengan pecahan jantina iaitu 27,320 orang penduduk merupakan lelaki dan 27,984 orang penduduk lagi merupakan perempuan.[5][8] Terdapat seramai 54,657 orang yang berwarganegara Malaysia dan 647 orang bukan warganegara Malaysia yang tinggal di daerah ini. Bumiputera Sarawak ialah kaum majoriti atau paling banyak yang bermastautin di Daerah Kapit dengan jumlah penduduk mencecah 50,670 orang, di mana merupakan gabungan daripada kaum Melayu Sarawak, Iban, Melanau dan Bidayuh dan lain-lain. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, kaum Iban merupakan kelompok paling besar. Selain itu, penduduk yang berbangsa Cina membentuk kelompok kedua terbesar di daerah ini.[5][8] Pada tahun tersebut juga, terdapat sebanyak 12,612 buah isi rumah dan 13,563 buah tempat kediaman iaitu rumah yang terbina di Daerah Kapit.[5][8]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2010.[8]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera Iban 45,405
Lain-lain 2,156
Melayu 2,067
Bidayuh 741
Melanau 301
Cina 3,824
India 68
Lain-lain 95
Bukan warganegara - 647
Jumlah 55,304

Pada bancian berikutnya iaitu pada tahun 2020, Daerah Kapit mempunyai jumlah penduduk seramai 36,030 orang. Seramai 18,134 orang penduduk merupakan lelaki dan selebihnya merupakan perempuan dengan jumlah sebanyak 17,896 orang.[5] Hampir 99 peratus penduduk di daerah ini merupakan warganegara Malaysia dengan jumlah sebanyak 35,643 orang dan selebihnya merupakan bukan warganegara dengan jumlah sebanyak 387 orang. Pada tahun tersebut juga, majoriti etnik yang tinggal di daerah ini ialah Bumiputera Sarawak yang membentuk peratus sebanyak 93 peratus. Daripada peratus tersebut, didapati bahawa terdapat seramai 33,110 orang yang merupakan Bumiputera Sarawak. Selebihnya iaitu tujuh peratus, merupakan penduduk yang beretnik Cina.[5] Terdapat sebanyak 11,711 buah tempat kediaman yang terbina di Daerah Kapit dengan 8,959 buah isi rumah pada tahun 2020.[5]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 1,257
Bumiputera lain 31,853
Cina 2,482
India 24
Lain-lain 27
Bukan warganegara - 387
Jumlah 36,030
Agama di Julau - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
89.6%
Islam
  
6.5%
Buddha
  
3.5%
Lain-lain
  
0.3%
Tidak beragama
  
0.1%

Di daerah Kapit, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 89 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih enam peratus. Penduduk beragama Buddha pula membentuk kelompok ketiga terbesar di daerah ini dengan peratusan lebih tiga peratus dari jumlah penduduk. Penduduk yang menganut agama lain-lain membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan kurang dari satu peratus.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 32,269
Islam 2,351
Buddha 1,266
Lain-lain 116
Tidak beragama 18
Hindu 10
Jumlah 36,030
  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ @news (7 Mei 2021). "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2021. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  3. ^ rakan07sarawak (2 April 2023). "50 Tahun Kapit. Dahulu dan Sekarang". RAKAN Sarawak. Dicapai pada 20 Julai 2023.
  4. ^ Jabatan Perangkaan Malaysia (2020). "Senarai Daerah Pentadbiran, Mukim dan Pihak Berkuasa Tempatan" (PDF). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus 2020). Dicapai pada 24 Februari 2023.
  5. ^ a b c d e f g h i "Dashboard Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (MyCenDash) – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2022. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia (14 September 2022). "Kolokium 2022: Pasca Banci 2020: Pengemaskinian Rangka Statistik" (PDF). Institut Latihan Statistik Malaysia, Perak. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ "Kapit topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-12.
  8. ^ a b c d "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 (PDF)". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. ISBN 978-983-9044-59-1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-01. Dicapai pada 2019-05-20.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]