[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kapal pemecah air batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapal pemecah air batu Kawalan Pantai US berhampiran Stesen McMurdo, Februari 2002

Kapal pemecah air batu adalah kapal direka khusus untuk bergerak melalui persekitaran yang diselitupi dengan air batu. Kapal sebegini memecahkan air batu dengan menggunakan kuasa dan momentum mereka untuk menolak bahagian hadapan kapal ke atas lapisan air batu. Berat kapal memaksa air batu ditolak turun yang mengakibatkan air batu itu pecah berkecai berketul-ketul. Bentuk badan yang direka khas membenarkan ketulan air batu ditolak ketepi, dengan itu membenarkan kapal pemecah air batu bergerak kehadapan. Kapal pemecah air batu memerlukan badan kapal yang diperkukuhkan khas bagi berfungsi dikawasan berair batu. Kapal biasa tanpa sebarang pengukuhan badan kapal akan mengambil risiko untuk menyentuh air batu sedikitpun, tidak kira betapa perlahan sekalipun. Apabila kapal moden yang seberat beribu-ribu tan bertembung dengan air batu seberat kemungkinannya dua kali ganda, atau sehingga seribu kali ganda, mampu mencetus kerosakan yang memerlukan pembaikpulih yang besar atau cukup besar untuk menengelamkannya. Air batu juga mampu membocorkan kapal yang tidak diperkukuhkan dengan mudah. Ini jelas kelihatan dengan tenggelamnya RMS Titanic.

Walaupun diawal penjelajahan kutub, kapal diperkukuh terhadap air batu telah digunakan. Kapal ini pada asalnya merupakan kapal kayu berasaskan reka bentuk asal, tetapi diperkukuhkan. Terutamanya di bahagian paras air dengan dua lapis pada badan kapal, mengukuhkan palang bahagian dalam kapal. Gelung besi dipasang sekeliling bahagian luar. Kadang kala kepingan logam diletakkan di bahagian hadapan, belakang dan lunas kapal. Pengukuhan sedemikian direka bagi membantu kapal bergerak melalui air batu dan juga, dalam kes kapal di "kepit" oleh air batu. Ini berlaku apabila air batu terapung sekeliling kapal ditolak kearah kapal memerangkapnya seperti dalam pengepit dan menyebabkan kerosakan. Tindakan seperti pengepit disebabkan oleh kuasa angin dan pasang-surut yang bergerak melalui formasi air batu yang, walaupun berbatu jauhnya, menyalurkan tekakan tersebut.

Pada permulaan abad ke 20 beberapa negara mulai mengendalikan kapal pemecah air batu khas; kebanyakannya merupakan kapal pemecah air batu persisiran, tetapi Russia dan kemudiannya Soviet Union turut membina beberapa kapal pemecah air batu laut dalam sekitar 10,000 tan sesaran. Beberapa kemajuan teknologi diperkenalkan selama beberapa tahun, tetapi hanyalan dengan penggunaan kuasa nuklear (kapal pemecah air batu Lenin, 1959) barulah kapal pemecah air batu mencapai potensi penuh mereka.

Fungsi kapal pemecah air batu

[sunting | sunting sumber]

Kapal pemecah air batu diperlukan bagi mengekalkan laluan perdagangan terbuka di mana terdapat keadaan berair batu bermusim ataupun kekal. Kapal pemecah air batu amat mahal untuk dibina dan digunakan, samaada ia berkuasa turbin gas, ataupun kapal pemecah air batu berkuasa nuklear. Ia tidak selesa untuk belayar di laut terbuka: Kesemua kapal pemecah air batu mempunyai lunas tebal, tumpul dan tanpa unjuran (protuberances) untuk kestabilan ia beroleng walaupun dilaut tenang. Ia juga tidak selesa untuk berlayar walaupun ketiuka bergerak melalui kepingan air batu akibat pergerakan, bunyi, dan getaran berkekalan akibat berlanggar dengan air batu.

Kapal pemecah air batu moden biasanya mempunyai bilah berperisai dibahagian hadapan dan belakang kapal, termasuk juga penujah sisi; pum untuk mengalihkan pemberat air dari sisi ke sisi; dan liang dibadan kapal dibawah paras air bagi memancutkan gelombang buih, kesemuanya direka bagi membenarkan kapal pemecah air batu yang tersangkut dikepingan tebal air batu membebaskan diri. Kebanyakan kapal pemecah air batu turut membawa kapal terbang ((dahulunya kapal terbang laut dan kini helikopter) bagi membantu peninjauan dan perhubungan.

Kapal pemecah air batu masa hadapan

[sunting | sunting sumber]

Bentuk yang membenarkan kapal pemecah air batu bergerak melalui air batu menjadikan kapal tidak selesa di laut terbuka dan mempunyai penggunaan minyak yang kurang berkesan.

Kapal pemecah air batu cenderung untuk beroleng dari sisi-ke-sisi menyebabkan ketidakselesaan kepada anak kapal. Sesetengah kapal pemecah air batu baru seperti USCGC Healy menggunakan tangki oleng. Tangki oleng menggunakan pum dikawal komputer bagi mengalih air pemberat dari sisi-ke-sisi dengan pantas bagi mengekalkan kapal tegak.

Kerisauan penting adalah berapa baik kapal bergerak membelah ombak. Keupayaan kapal membelah ombak memberi kesan besar bagi penggunaan minyak dan keselamatannya ketika ribut. Kebanyakan kapal mempunyai hujung yang tajam bagi membelah ombak dan membantu menghalang ombak daripada menghentam bahagian hadapan. Kapal pemecah air batu mempunyai bahagian hadapan yang bulat; berbentuk lungsur salji untuk mendaki air batu; cenderung untuk menghentam ombak dan berisiko di laut lepas. Kemajuan kini dalam tujahan kapal telah menghasilkan kapal pemecah air batu ujian yang baru.

Penujah menggunakan kuasa elektrik diletakkan pada lenggai boleh di kawal pada bahagian bawah kapal. Penujah Lenggai Azimuthing ini (Azimuthing Podded Propulsors), atau lenggai Azi, meningkatkan kecekapan bahan api, pengawalan kapal, kapal berlabuh, dan keperluan bagi kemudi. Azipods juga membenarkan sesebuah kapal bergerak ke belakang semudah ia bergerak kehadapan. Kapal pemecah air batu dua tindakan ini juga adalah unik kerana bentuk belakangnya sama seperti bentuk hadapan. Biasanya bergerak kehadapan, kapal pemecah air batu dua tindakan ini menggunakan haluan kapal biasa bagi perjalanan yang lebih selesa. Apabila bertemu air batu, kapal itu berpusing dan bergerak kebelakang melalui air batu. MT Mastera dan MT Tempera adalah dua kapal yang menggunakan teknologi baru ini.

Sesetengah kapal pemecah air batu

[sunting | sunting sumber]
tentera laut Argentine
Pegawai Pantai Kanada
Pedagangan
Marine Atlantic
  • MV Caribou (feri Gulfspan)
  • MV Joseph and Clara Smallwood (feri Gulfspan)
Ontario Hydro
Finnish Maritime Administration
Commercial

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]