Kampung Lingga
Lingga | |
---|---|
Daerah Kecil Sarawak | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Sri Aman |
Daerah | Sri Aman |
Daerah Kecil | Lingga |
Pentadbiran | |
• Pentadbiran | Majlis Daerah Sri Aman Pejabat Daerah Kecil Lingga |
• DUN | N.28 Lingga |
• Wakil Rakyat | YB. Puan Hajah Simoi Bte Haji Peri |
Keluasan | |
• Jumlah | 945.35 km2 (365.00 batu persegi) |
Aras | 900 m (3,000 ft) |
Penduduk (2010[1]) | |
• Jumlah | 3,484 |
• Kepadatan | 3.7/km2 (9.5/batu persegi) |
Poskod | 94900 |
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa | +6083 (Talian tetap) |
Laman sesawang | Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sri Aman [1] |
Daerah Lingga merupakan sebuah daerah yang berada dalam Bahagian Sri Aman, Sarawak. Lingga merupakan sebuah kampung pedalaman yang masih membangun dan sememangnya memerlukan pembangunan bagi kepentingan penduduk yang mediami kawasan tersebut. Dalam pilihan raya ADUN tahun 2006, Lingga telah diletakkan sebagai kerusi baru yang dinamakan DUN Lingga (ADUN kini Hajjah Simoi Peri). Jarak antara Lingga ke Pekan Sri Aman ialah dalam lingkungan 50 kilometer. Sepanjang perjalanan Lingga ke Sri Aman kita akan diperlihatkan suasana kampung dan beberapa buah perkampung rumah panjang masyarakat Iban. Majoriti penduduk Lingga terdiri daripada masyarakat Islam.
Terdapat banyak tarikan yang terdapat di Lingga, antaranya adalah Gunung Lesung yang mampu menarik perhatian peminat-peminat alam sekitar dan juga peminat yang suka acara lasak seperti mendaki gunung. Di samping masyarakat Melayu terdapat juga masyarakat Iban yang sama-sama mendiami kawasan perkampungan Lingga, kehidupan aman dan harmoni.
Dari segi pendidikan Lingga hanya mempunyai sebuah sekolah Kebangsaan dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Lingga. Bagi menyambung pelajaran pelajar-pelajar kawasan ini terpaksa pergi ke Pekan Sri Aman. Keperluan untuk mendirikan sekolah menengah sangat penting bagi masyarakat Lingga yang rata-ratanya terdiri daripada kalangan ibu bapa yang miskin dan tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah ke Pekan Sri Aman. Akibat daripada itu banyak berlaku keciciran pelajar setelah tamat pengajian di peringkat sekolah rendah.
Lingga sebenarnya mampu dijadikan sebagai pelabuhan singgah kerana berada di Muara Sungai Batang Lupar yang menghadap Laut Cina Selatan. Tambahan Lingga terlindung daripada tiupan kencang angin monsun. Seandainya penerokaan lebih lanjut dilakukan di persekitaran Gunung Lesung pasti industri perlancongan bertambah rancak. Penduduk di sekitar akan dapat membuka inapan keluarga dan jualan makanan kepada para pelancong.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Sejarah
[sunting | sunting sumber]Demografi
[sunting | sunting sumber]Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Kecil Lingga, Malaysia, 2010.[1]
Bil. | Etnik | Jumlah | Peratusan (%) |
---|---|---|---|
1 | Iban | 2,235 | 64.15 |
2 | Melayu | 1,069 | 30.68 |
3 | Cina | 95 | 2.73 |
4 | Bumiputera Lain | 37 | 1.06 |
5 | Bukan Warganegara | 22 | 0.63 |
6 | Melanau | 14 | 0.40 |
7 | Bidayuh | 5 | 0.14 |
8 | India | 4 | 0.11 |
9 | Lain-Lain | 3 | 0.09 |
JUMLAH | 3,484 | 100 |
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah kecil ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil Lingga di bawah seliaan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA).
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Aktiviti pertanian merupakan sumber ekonomi utama penduduk Lingga. Antara produk yang diusahakan ialah padi, lada, getah, damar dan rotan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga diusahakan secarah kecil-kecilan. Aktiviti perikanan yang turut dijalankan sebagai sumber ekonomi menjadikan Lingga terkenal dengan ikan terubok.[2] Ikan ini diperolehi mengikut musim, dua kali setahun. Aktiviti keusahawanan juga dijadikan sumber ekonomi dan contoh produk tempatan yang lahir dari aktiviti ini ialah produk Rempah 5 Serangkai atau Rempah Anak.[3]
Kemudahan Awam Lain
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-Undang
[sunting | sunting sumber]- Balai Polis Lingga, Jalan Kampung Hilir.
Penjagaan Kesihatan
[sunting | sunting sumber]- Klinik Kesihatan Lingga. Dibina pada tahun 1987 dan masih menggunakan bangunan asal sehingga sekarang.
Lain-Lain
[sunting | sunting sumber]- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Perikanan
- PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti)
- PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas)
- PEDi (Pusat Ekonomi Digital)
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atas swasta (IPTS) di Lingga setakat ini. Antara institusi persekolahan menengah, rendah dan pendidikan awal yang ada di daerah kecil ini ialah :
- Sekolah Kebangsaan Lela Pahlawan
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Lingga
- Sekolah Kebangsaan Engkranji
- Tabika KEMAS
- Pusat Sedidik
Tarikan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
- ^ "Pejabat Daerah Kecil Lingga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-05. Dicapai pada 2016-10-04.
- ^ "Produk Tempatan". 12 Oktober 2015.[pautan mati kekal]