Ayam
Ayem | |
---|---|
Ayam jantan (kiri) dan ayam betina (kanan) | |
Dibelajinakkan
| |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Galliformes |
Keluarga: | Phasianidae |
Genus: | Gallus |
Spesies: | |
Subspesies: | G. g. domesticus
|
Nama trinomial | |
Gallus gallus domesticus |
Ayam (Jawi: ايم ; Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah. Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011.[1] Manusia membela ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya. Ayam umumnya tidak dapat terbang, dapat dijinakkan dan dipelihara.
Kajian genetik menunjuk ke arah pelbagai asal-usul sakanya di Asia Selatan, Tenggara dan Timur,[2] bahkan dengan kladnya ditemui di benua-benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Afrika yang berasal dari subbenua India. Ayam bela jinak diimport dari India ke negara Lydia di barat Asia Kecil, kemudian ke Yunani menjelang abad ke-5 Sebelum Masehi.[3][4] Ayam sudah dikenali di Mesir sejak pertengahan abad ke-15 Sebelum Masehi, dengan kedatangan "burung yang beranak setiap hari" ke Mesir dari tanah di antara Syria dan Shinar, Babylonia, menurut babad Thutmose III.[5][6][7] Genom ayam kurang sekali berubah daripada leluhur berbulu pelepah yang terhapus oleh peristiwa kepupusan Kapur–Paleogen berbanding genom dinosaur keburungan yang telah dijujukkan setakat ini.[8]
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Perkataan "ayam" turunan akar Melayu-Polinesia *qayam₂ yang umumnya ditafsirkan bermaksud sebarang haiwan dijinakkan - dalam bahasa Iban perkataan "ayam" bermaksud "haiwan peliharaan" (contohnya udok ayam = "anjing peliharaan") manakala áyam dalam bahasa Tagalog bermaksud "anjing";[9] penyempitan makna yang mengkhusus kepada suatu jenis burung tertentu itu dicetuskan dalam turunan-turunan bahasa-bahasa serumpun bahasa Melayu itu sendiri termasuk bahasa-bahasa Sunda, Bali dan Jawa Lama.[9]
Manuskrip-manuskrip lama pada abad ke-14 turut pernah mengeja burung ini sebagai hayam هايم.
Terdapat pelbagai istilah untuk ayam-ayam dengan sifat yang tertentu, seperti yang berikut:[10]
- ayam bogel/togel: ayam yang tidak berbulu
- ayam (bulu) balik: ayam yang bulunya terbalik (keriting)
- ayam cemani: ayam yang hitam seluruhnya
- ayam katik: baka ayam yang kerdil, misalnya baka ayam serama
- ayam lemba: ayam yang rendah badan
- ayam meluruh: ayam yang keguguran bulu
- ayam selasih: ayam yang bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu
Ayam jantan juga dikenali sebagai (ayam) jaguh, manakala ayam jantan yang dikembiri dipanggil ayam kasi. Tambahan pula ada istilah tertentu mengikut corak warnanya, seperti yang berikut:[10]
- ayam bangkas: ayam jantan yang borek (berbintik-bintik putih)
- ayam belorong, ayam cenantan/kenantan/sinantan: ayam jantan putih
- ayam biring: ayam jantan berkaki kuning
- ayam jalak: ayam jantan yang rupanya seperti perling dan berkaki kuning
- ayam pilas: ayam jantan yang hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik)
- ayam tedung: ayam jantan hitam yang besar dan tegak bulu suanya
Ayam jantan yang digunakan untuk berlaga umum dipanggil ayam sabung atau sabungan (juga ayam aduan).[10] Ayam yang tidak dipakaikan taji dipanggil ayam pupuh.[10] Ayam sabung yang enggan bertarung digelar ayam bacul.[10]
Ayam betina yang belum pernah bertelur atau sudah hampir bertelur dipanggil ayam dara.[10] Ayam betina yang tidak bertelur dipanggil ayam mandul dan ayam betina yang pernah bertelur tetapi sudah tidak lagi dipanggil ayam pencen.[10] Anak ayam yang tidak dibesarkan oleh ibu ayam dipanggil ayam didik dan sebaliknya dijaga oleh manusia yang memeliharanya.[10] Ayam kembar yang menetas dari sebiji telur dipanggil ayam sebandung.[10]
Ayam yang dipelihara khusus untuk telur dipanggil ayam penelur atau ayam telur, manakala yang khusus untuk daging dipanggil ayam pedaging atau ayam daging (juga ayam peranggang atau ayam potongan). Ayam yang dipelihara secara ternak lepas dipanggil ayam kampung; begitu juga dengan dagingnya.
Spesies lain yang memakai nama ayam
[sunting | sunting sumber]Terdapat unggas seperti ayam yang berpial tetapi tidak berbalung malah ekornya mengigal yang dipanggil ayam belanda (Meleagris gallopavo). Juga terdapat sejenis burung kuang yang dipanggil ayam pegar (Lophura ignita). Semua unggas yang memakai nama ayam ini dikira serumpun dengan ayam dalam konteks sains moden di bawah order Galliformes (rumpun bentuk ayam).
Biologi umum dan habitat
[sunting | sunting sumber]Ayam merupakan haiwan maserba (omnivor).[11] Ayam liar lazimnya mengais tanah dengan cakar untuk mencari benih, serangga ataupun haiwan yang lebih besar seperti cicak, ular kecil ataupun tikus muda.[12]
Ayam boleh hidup selama lima ke sepuluh tahun bergantung pada bakanya.[13] Ayam yang tertua di dunia pernah tercatat merupakan Matilda si ayam betina yang mati akibat kegagalan jantung pada umur 16 tahun, menurut Guinness World Records.[14]
Ayam jantan sering dibezakan daripada ayam betina dengan bulu ekor yang lebih panjang dan berkilat dan bulu sua yang runcing di leher, yang lazimnya berwarna cerah dan garang berbanding ayam betina yang sama bakanya. Akan tetapi dalam sesetengah baka, misalnya ayam Sebright, yang jantan bulu suanya tidak terlalu runcing, apatah lagi sama warna dengan yang betina. Jantina ayam dikenal pasti dengan memandang bentuk balung ataupun perkembangan cakar susuh atau jalu pada kaki ayam jantan (dalam sesetengah baka, anak ayam pun dibezakan jantina daripada warna). Ayam dewasa mempunyai jambul yang berisi pada kepala yang dipanggil balung, dan kelepak kulit yang terjuntai pada paruh yang dipanggil pial. Kesemua bonggol daging yang terdedah pada kepala dan leher ini dipanggil karunkel. Ayam jantan dan betina sekali gus berbalung lagi berpial, tetapi lebih ketara pada yang jantan kebanyakan baka.
Sesetengah baka ayam mengalami mutasi yang berupa seakan-akan "janggut" iaitu bulu yang lebih lebat di bawah muka ayam. Ayam yang dibela jinak tidak mampu terbang jarak jauh, sungguhpun ayam yang ringan-ringan pada umumnya mampu terbang jarak dekat, misalnya secukup melompat pagar atau menghinggap pokok (iaitu tempat bertenggek semula jadinya). Sekali-sekala ada ayam yang terbang sekejap-sekejap untuk menjelajah sekeliling, tetapi pada umumnya hanya untuk melarikan diri dari bahaya.
Kelakuan
[sunting | sunting sumber]Kelakuan sosial
[sunting | sunting sumber]Ayam merupakan unggas yang gemar hidup berkelompok dalam kawanan dan mengambil pendekatan gotong-royong untuk mengeram telur dan membesarkan anak. Setiap kawanan dikuasai oleh beberapa ekor ayam dalam suatu sistem bertatatingkat (pecking order) di mana ayam yang berkuasa diberi keutamaan untuk peruntukan makanan dan tempat bersarang. Mengalihkan ayam jantan mahupun betina dari kawanan menyebabkan gangguan sementara dalam aturan sosial kawanan sehingga tatatingkat baharu ditubuhkan. Menambahkan ayam betina baharu ke dalam kawanan lama, lebih-lebih lagi yang muda-muda, boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan.[15] Apabila ayam jantan mencari makanan, ia boleh menyuruh ayam lain untuk makan dahulu dengan berkokok nyaring-nyaring sambil memungut lalu meletakkan makanan. Kelakuan ini boleh diperhatikan pada ayam betina yang menyuruh anak-anak makan dahulu.
Mengawan
[sunting | sunting sumber]Untuk memulakan pengawanan, sesetengah ayam jantan menari di keliling ayam betina sambil menurunkan kepak yang dekat sekali dengan si betina itu.[16] Tarian ini menggesa ayam betina untuk menyahut pelawaan si jantan[16] dan apabila ia menyahut, si jantan boleh menunggang si betina dan terus mengawan.
Bersarang dan bertelur
[sunting | sunting sumber]Selalunya ayam betina cuba bertelur dalam sarang yang sudah pun mengandungi telur, malah diketahui ia gemar memindahkan telur dari sarang jiran ke sarang sendiri. Kesan daripada perilaku ini ialah kawanan akan menggunakan beberapa lokasi yang diutamakan sahaja daripada merelakan setiap ekor bersarang sendiri. Ayam betina pun cenderung untuk bertelur di lokasi yang sama sahaja. Ada juga dua tiga ekor ayam berkongsi satu sarang sekali gus. Jika sarangnya kecil ataupun ada seekor ayam yang terlalu nekad, jadilah ayam cuba bertelur di atas satu sama lain. Terbukti bahawa setiap ekor ayam sama ada lebih gemar bersarang dengan bersendirian atau berkelompok.[17] Ada penternak yang menggunakan telur tiruan daripada plastik, batu mahupun bola golf untuk menggalakkan ayam bertelur di lokasi tertentu.
Naluri mengeram
[sunting | sunting sumber]Lazimnya ayam bertelur hanya sehingga lengkap satu sangkak (sepenuh sarang, iaitu lebih kurang 12 biji telur), dan kemudian ia mengeram semua telur dengan "duduk" di atas sangkaknya. Jarang sekali ia turun dari sarang, itu pun hanya untuk makan, minum atau bermandi debu. Jika diganggu atau diangkat, si ayam akan melawan dengan berkepak, mencakar atau mematuk. Ayam yang sedang mengeram itu menjaga sarang pada suhu dan kelembapan yang malar dan juga sering menggolekkan telurnya di awal-awal pengeraman. Untuk merangsang rasa hendak mengeram, penternak boleh meletakkan telur tiruan di dalam sarang, ataupun untuk menghentikan eraman dia boleh meletakkan ayamnya di dalam sangkar tinggi dengan dasar dawai berliang-liang.
Sesetengah baka ayam petelur moden kurang naluri mengeramnya dan sering berhenti mengeram sekerat jalan. Akan tetapi, sesetengah baka "kegunaan am" seperti ayam koci, Cornish dan ayam sutera seringkali mengalami naluri mengeram, malah cemerlang sebagai induk, bukan sahaja dalam kalangan ayam bahkan juga segala spesies burung, termasuklah yang lain saiz telur atau tempoh mengeramnya seperti puyuh, kuang, ayam belanda mahupun angsa. Telur ayam juga boleh menetas di bawah itik mengeram, tetapi tidak semestinya berhasil.
Menetas dan awal umur
[sunting | sunting sumber]Di akhir tempoh mengeram (kira-kira 21 hari),[16] telur yang subur akan menetas. Perkembangan telur hanya bermula apabila pengeraman bermula, jadi semua telur menetas masing-masing dalam selang satu dua hari antara satu sama lain walaupun dieram sekata selama kira-kira dua minggu. Sebelum menetas, si ayam betina boleh terdengar anaknya berkicau-kicau di dalam telur dan akan berkokok perlahan-lahan untuk merangsang anaknya itu untuk keluar dari telur.
Anak ayam mula keluar dengan mematuk-matuk kulit telur dengan "gigi telur" untuk menebuk lubang pada di sekitar puncak telur. Kemudian si anak berehat berjam-jam untuk menyerap kuning telur yang tinggal serta menyedut bekalan darah dari membran di dasar kulit (yang digunakan untuk bernafas melalui kulit dahulu). Kemudian ia membesarkan lubang hingga beransur-ansur bulat, dan akhirnya mematahkan puncak telur hingga menjadi "tudung". Kemudian ia merangkak keluar dari sisa kulit telur, dan punggungnya yang lembab mengering dalam kehangatan sarang.
Si ayam betina lazimnya kekal dalam serang selama dua hari selepas telur pertama menetas, dan ketika ini anak yang baru menetas bergantung hidup pada kuning telur yang diserapnya sejurus sebelum menetas. Sebarang telur yang belum disuburkan oleh ayam jantan tidak akan menetas, dan akhirnya si ayam betina putus harapan pada telur-telur berkenaan dan meninggalkan sarang. Setelah menetas, si ayam betina menjaga anak dengan bengis, mula-mula sering kembali ke sarang pada malam hari, malah akan mengerami mereka untuk memanaskan apabila perlu. Si ibu ayam memimpin anak-anaknya kepada makanan dan air; ia memanggil mereka ke arah benda-benda yang boleh dimakan, tetapi jarang menyuap secara terus. Ia terus menjaga anak hingga umur beberapa minggu, kemudian ia memutuskan hubungan dengan anak-anak yang sudah besar dan kembali bertelur semula.
Embriologi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2006, saintis yang menyelidik keturunan burung telah "menghidupkan" gen resesif ayam talpid2 lalu mendapati bahawa rahang embrio memulakan pembentukan gigi seperti yang terdapat pada fosil burung purba. John Fallon selaku penyelia projek menyatakan bahawa ayam telah "...mengekalkan kemampuan untuk bergigi dalam keadaan tertentu... ."[18]
Pembiakbakaan
[sunting | sunting sumber]Asal-usul
[sunting | sunting sumber]Ayam bela jinak adalah keturunan langsung daripada ayam hutan merah (Gallus gallus), malah kedua-dua ayam ini terbilang sebagai satu spesies yang sama menurut sains.[19] Oleh itu ayam bela jinak boleh bebas membiak baka dengan ayam hutan merah.[19] Analisis genetik mendapati bahawa setidak-tidaknya gen kulit kuning diterapkan ke dalam ayam bela jinak melalui pengacukan dengan ayam hutan kelabu (G. sonneratii).[20] Pada mulanya diandaikan bahawa ayam mula-mula dibela jinak untuk tujuan menyabung di Asia, Afrika, dan Eropah, daripada pengeluaran telur dan daging. Akhir-akhir ini terdapat beberapa kajian genetik untuk menerangkan asal-usul ayam. Menurut satu kajian, satu peristiwa pembelajinakan yang berlaku di kawasan yang kini wilayah Thailand telah mencipta ayam moden dengan peralihan kecil-kecilan yang mengasingkan sesama baka-baka moden.[21] Akan tetapi kajian itu didapati berdasarkan data yang tidak lengkap, malah kajian terbaharu menunjukkan pelbagai asal-usul saka ayam dengan kladnya yang terdapat di benua-benua Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, berasal dari subbenua India di mana terdapat sejumlah besar haplotip (kumpulan genetik dari satu induk) yang unik.[22][23] Diandaikan bahawa ayam hutan merah merupakan sejenis burung kuang istimewa yang cukup tersesuai diri untuk memanfaatkan bekalan buah-buahan melimpah-ruah yang terhasil di akhir kitaran pembenihan buluh 50 tahun untuk menggalakkan pembiakan sendiri.[24] Dalam membela jinak ayam, manusia mengambil kesempatan ke atas pembiakan ayam hutan yang peridi apabila terdedah kepada jumlah bekalan makanan yang besar.[25]
Pernah dihujahkan (berdasarkan andaian paleoklimatik) bahawa ayam dibela jinak di China Selatan sejak tahun 6000 SM.[26] Namun menurut kajian 2007,[27] tidak jelas sama ada ayam-ayam tersebut adalah leluhur kepada ayam masa kini. Sebaliknya mungkin bahawa ayam bela jinak berasal dari budaya Harappa di Lembah Indus. Lama-kelamaan ayam berpindah ke lembangan Tarim di Asia Tengah. Ayam mencapai Eropah Timur (kawasan Romania, Turki, Yunani, Ukraine) sekitar 3000 SM.[28]
Ayam diperkenalkan ke Eropah Barat lewat lagi, sekitar alaf pertama SM. Kaum Phoenicia menyebarkan ayam di sepanjang pantai Mediterranean hinggalah Iberia. Pembiakbakaan ayam meningkat pada zaman Empayar Rom, tetapi merosot pada Zaman Pertengahan.[28] Kesan kewujudan ayam di Timur Tengah keluar seawal 2000 SM di Syria; ayam tersebar ke selatan hanya dalam alaf pertama SM. Ayam dibawa ke Mesir untuk tujuan menyabung sekitar 1400 SM, kemudian dibiakbakakan secara meluas hanya pada zaman Ptolemy (sekitar 300 SM).[28] Tidak banyak yang diketahui tentang pengenalan ayam ke dalam Afrika. Terdapat tiga jalan yang berkemungkinan bagi pengenalan ayam pada alaf pertama Masihi iaitu melalui lembah Nil Mesir, daripada perdagangan dengan Yunani-Rom atau India di Afrika Timur, ataupun daripada negara Carthage dan Barbar merentasi Sahara. Tinggalan ayam yang terawal diketahui datang dari kawasan Mali, Nubia, Pantai Timur, dan Afrika Selatan, bertarikh seawal pertengahan alaf pertama Masihi.[28] Ayam bela jinak di benua Amerika sebelum penaklukan Barat masih dibincangkan, tetapi adanya ayam bertelur biru yang hanya terdapar di Amerika dan Asia yang membayangkan asal-usul Asia bagi ayam Amerika terawal.[28]
Kekurangan data dari Rusia, subbenua India, Asia Tenggara dan Afrika Sub-Sahara menyukarkan pemetaan penyebaran ayam di kawasan-kawasan tersebut; pemerian yang lebih baik serta analisis genetik terhadap baka-baka tempatan yang diancam kepupusan boleh juga membantu penyelidikan dalam bidang ini.[28]
Amerika Selatan
[sunting | sunting sumber]Terdapat sejenis ayam luar biasa yang berasal di Amerika Selatan dengan gelaran araucana yang dibela di Chile selatan oleh bangsa Mapuche. Ada yang tidak tumbuh ekor dan ada yang berjambul di telinga, sudah pastinya araucana bertelur biru ke hijau. Sekian lama diusulkan bahawa ayam jenis ini sudah lama ada sebelum kedatangan ayam Eropah yang dibawa oleh Sepanyol dan merupakan bukti adanya hubungan antara Amerika Selatan dengan kaum-kaum Asia atau Lautan Pasifik (Polinesia) pada zaman pra-Columbia. Pada tahun 2007, sepasukan penyelidik pelbagai bangsa melaporkan hasil analisis tulang ayam yang ditemui di Semenanjung Arauco di rantau selatan tengah Chile. Penarikhan radiokarbon mengusulkan bahawa ayam purba berkenaan datang dari zaman Pra-Columbia, bahkan analisis DNA menunjukkan bahawa ia bersaudara dengan populasi ayam prasejarah di Polinesia.[29] Nampaknya hasil ini menunjukkanb bahawa ayam datang dari Polinesia, malah terdapat hubungan trans-Pasifik antara Polinesia dan Amerika Selatan sebelum ketibaan Columbus di benua Amerika.[30]
Bagaimanapun, kajian selanjutnya terhadap spesimen yang sama menyimpulkan keraguan terhadap teori pengenalan ayam ke Amerika Selatan dari Polinesia kerana urutan genetik ayam purba Chile pra-Columbia tersebut dan enam spesimen Polinesia pra-Eropah sebenarnya serumpun dengan urutan genetik ayam yang umum sekali dari Eropah-India-Asia Tenggara.[31]
Penternakan
[sunting | sunting sumber]Menurut kajian Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), jumlah bekalan ayam sedunia berjumlah 21.3 bilion ekor pada tahun 2014; 55.1% peratus daripada itu keluar di Asia.[33]
Majoriti besar ayam kini diternak secara intensif atau "kilang". Menurut Worldwatch Institute, 74 peratus daripada bekalan ayam dan 68 peratus bekalan telur sedunia dihasilkan dengan cara ini.[34] Antara alternatif kepada penternakan ayam intensif termasuk kaedah ternak lepas.
Perselisihan antara dua kaedah utama ini telah menimbulkan isu kepenggunaan beretika jangka panjang. Pembangkang penternakan intensif berhujah bahawa kaedah berkenaan menjejaskan alam sekitar, menjejaskan kesihatan manusia malah tidak berperikemanusiaan. Penyokong penternakan intensif pula bertegas bahawa sistemnya yang amat efisien menjimatkan sumber tanah dan makanan kerana produktiviti yang meningkat, malah ternakan dijaga dalam kemudahan tercanggih yang terkawal alam sekitar.
Pedaging
[sunting | sunting sumber]Ayam yang diternak untuk dagingnya dipanggil ayam pedaging (broiler). Jangka hayat semula jadi ayam sekurang-kurangnya enam tahun, tetapi ayam pedaging boleh mengambil masa tak lebih enam minggu untuk membesar secukupnya untuk disembelih.[35] Ayam pedaging ternak lepas atau organik lazimnya akan disembelih pada umur 14 minggu.
Penelur
[sunting | sunting sumber]Ayam yang diternak untuk telurnya digelar ayam penelur atau ayam telur. Sesetengah baka ayam boleh mengeluarkan lebih 300 biji telur setahun, dengan rekod kadar bertelur tertinggi yang ditentusahkan pada 371 biji dalam 364 hari.[36] Selepas 12 bulan bertelur, kemampuan bertelur ayam komersial mula merosot ke tahap di mana kawanannya tidak berdaya lagi. Sesetengah ayam penelur, apatah lagi yang dari sistem sangkar bersekat, menjadi rengsa atau keguguran banyak bulu, malah jangka hayatnya merosot dari sekitar tujuh tahun ke kurang dua tahun.[37] Bahkan di Eropah, ayam petelur yang lesu akhirnya disembelih untuk digunakan dalam makanan proses atau dijual sebagai "ayam sup".[37] Di sesetengah negara lain pula, ada kalanya kawanan ayam dipaksa bersalin bulu daripada disembelih untuk menggalakkan semula ayam bertelur. Ini melibatkan larangan diberi makan (dan ada kalanya juga larangan minum air) sepenuhnya selama 7–14 hari[38] ataupun tempoh yang cukup lama untuk menyebabkan berat badan susut sebanyak 25 ke 35 peratus,[39] ataupun 28 hari dalam keadaan eksperimental.[40] Ini merangsang ayam betina untuk keguguran bulu tetapi juga menggalakkan semula pengeluaran telur. Boleh jadi kawanan ayam dipaksa bersalin bulu berkali-kali. Pada 2003, lebih 75% daripada kesemua kawanan dipaksa salin di Amerika Syarikat.[41]
Pengeraman artifisial
[sunting | sunting sumber]Pengeraman artifisial boleh dijadikan dalam mesin-mesin pengeram atau "inkubator" yang menyediakan persekitaran terkawal yang betul untuk anak ayam yang berkembang.[42][43][44][45] Purata tempoh pengeraman untuk ayam sekitar 21 hari tetapi tertakluk kepada suhu dan kelembapan dalam inkubator. Kawalan suhu paling penting untuk menjayakan penetasan. Ralat yang melebihi 1 °C dari suhu optima 37.5 °C (99.5 °F) pun akan mengurangkan kadar penetasan. Kelembapan juga penting kerana kadar kehilangan air telur akibat penyejatan bergantung kepada kelembapan relatif sekitar. Penyejatan boleh dinilai dengan mendian telur untuk melihat sebesar mana pundi udara, ataupun menimbang susut berat. Kelembapan relatif haruslah dipertingkat ke sekitar 70% dalam tiga hari terakhir pengeraman untuk mengelak membran di keliling anak ayam yang hendak menetas dari mengering setelah anak ayam menebuk kulit telur. Kelembapan rendah adalah lazim dalam 18 hari pertama untuk memastikan sejatan memadai. Kedudukan telur di dalam inkubator juga boleh mempengarui kadar penetasan. Untuk hasil terbaik, telur harus terletak songsang (puncak ke bawah) dan kerap diputarkan (sekurang-kurangnya tiga kali sehari) hingga satu ke tiga hari sebelum menetas. Jika tidak diputarkan, maka embrio di dalam terlekat pada kulit telur dan menetas dengan kecacatan fizikal. Perlunya pengudaraan yang memadai untuk membekalkan oksigen kepada embrio, lebih-lebih lagi bagi telur yang sudah lama.
Banyak inkubator komersial bersaiz industri dan lengkap dengan tingkat-tingkat rak yang menampung puluhan ribu telur sekali gus, bahkan memutarkan telur secara automatik sepenuhnya. Inkubator kegunaan rumah merupakan kotak yang menampung enam hingga 75 biji telur; lazimnya berkuasa elektrik tetapi dahulunya dipanaskan dengan pelita.
Penyakit
[sunting | sunting sumber]Ayam terdedah kepada jangkitan parasit seperti kutu, hama, sengkenit, pinjal dan cacing usus, di samping penyakit-penyakit lain.
Yang berikut adalah antara penyakit yang boleh menjangkiti ayam:
Nama | Punca |
---|---|
Aspergilosis | kulat |
Botulisme | toksin |
Bronkitis berjangkit[46] | virus |
Bursa berjangkit (Gumboro) | virus |
Cacar ayam | virus |
Dermanyssus gallinae (hama merah) | parasit |
Diskondroplasia tibia | pertumbuhan cepat |
Enteritis nekrosis[47] | bakteria |
Enteritis ulseratif[48] | bakteria |
Erisipelas | bakteria |
Hati berlemak berdarah | makanan tinggi tenaga |
Herpesvirus ayam 1 (laringotrakeitis berjangkit) | virus |
Histomoniasis (kepala hitam) | parasit protozoa |
Influenza burung (selesema burung) | virus |
Kaki bersisik | parasit |
Kampilobakteriosis | kecederaan tisu usus |
Karsinoma sel skuamus | kanser |
Koksidiosis | parasit |
Kolera unggas | bakteria |
Koriza berjangkit | bakteria |
Lesu ayam telur bersangkar | kurang mineral, kurang bersenam |
Leukosis limfoid | virus |
Marek, penyakit | virus |
Mikoplasma | organisma seakan bakteria |
Moniliasis (jangkitan yis atau kandida) | kulat |
Newcastle, penyakit | virus |
Omfalitis (anak ayam lembik) | tunggul tali pusat |
Peritonitis[49] | jangkitan di abdomen dari kuning telur |
Pododermatitis ulseratif (tapak bengkak) | bakteria |
Prolaps | |
Psitakosis | bakteria |
Pullorum (salmonella) | bakteria |
Selesema | virus |
Syngamus trachea (cacing kuap/melongo) | parasit cacing |
Telur tersumbat | telur terlebih besar |
Tembolok tersumbat | pemakanan tidak betul |
Tifoid unggas[50] | bakteria |
Toksoplasmosis | parasit protozoa |
Ayam dalam peradaban manusia
[sunting | sunting sumber]Dalam sejarah
[sunting | sunting sumber]Aktiviti memelihara ayam sudah sekian lama bertapak di Asia Tenggara kerana adanya perkataan untuk ayam (*manuk) dalam bahasa rekonstruksi Proto-Austronesia (rujuk rumpun bahasa Austronesia). Ayam di samping anjing dan babi merupakan haiwan bela jinak utama dalam kebudayaan Lapita,[51] iaitu kebudayaan Neolitik yang pertama di Oseania.[52]
Ayam disebarkan oleh kaum pelaut Polinesia lalu mencapai Pulau Easter pada abad ke-12 M di mana ayam merupakan satu-satunya haiwan bela jinak. Ayam ditempatkan di reban ayam batu-batan yang teramat kukuh yang mula-mula dilaporkan sedemikian kepada Linton Palmer pada tahun 1868, biarpun Palmer sendiri meluahkan keraguan.[53]
Gambaran ayam yang sulung di Eropah ditemui pada barang tembikar Corinth dari Yunani abad ke-7 SM.[54][55] Pujangga Cratinus (dari pertengahan abad ke-5 SM, menurut pengarang Yunani Athenaeus) menggelar ayam "penggera Parsi". Dalam karya seloroh Aristophanes yang berjudul Burung-burung (414 SM), ayam bergelar "burung Medes" (sebuah kerajaan purba dekat Parsi), iaitu menandakan pengenalan ayam dari timur. Gambar-gambar ayam terdapat pada barang tembikar Yunani purba.
Dalam agama, mitos dan budaya rakyat
[sunting | sunting sumber]Sejak dahulu kala hingga sekarang, ayam diangkat sebagai haiwan suci dalam sesetengah budaya,[56] malah dimantapkan lagi dalam sistem kepercayaan dan pemujaan keagamaan. Orang Yunani setelah bertembung dengan Parsi menggelar ayam jantan sebagai "burung Parsi" atas "keunggulan dan kegunaan keagamaan di kalangan bangsa Parsi".[57]
Sesungguhnya ayam sebati dalam budaya masyarakat Melayu dan Nusantara, bukan sahaja sebagai haiwan ternakan bahkan juga sebagai watak cerita teladan, terutamanya kisah dongeng ayam dengan helang yang mana ayam meminjam jarum emas daripada helang semata-mata untuk mendapat kebolehan terbang seperti helang, tetapi tidak menjaga jarum dengan baik sehingga menyebabkan helang mengugut untuk memakan ayam dan keturunannya selagi jarumnya tidak dijumpai, dan oleh itulah ayam sering mengais-ngais tanah, kononnya untuk mencari jarum emas sampai dapat.[58]
Menurut kitab Perjanjian Baru, Jesus meramalkan penderhakaan oleh Petrus: "Tetapi dia berkata, 'Petrus, aku berkata kepadamu: Sebelum ayam jantan berkokok hari ini, kamu akan berkata sebanyak tiga kali bahawa kamu tidak mengenal aku.'"[59] Sesungguhnya demikian,[60] maka Petrus menangis dengan kesal. Oleh itu ayam jantan dijadikan lambang kewaspadaan dan penderhakaan.
Sebelum itu, Jesus membandingkan dirinya dengan ibu ayam ketika berbincang tentang Baitulmaqdis: "Yerusalem, Yerusalem, kamu membunuh para nabi dan merejam orang yang diutus kepada kamu. Sudah banyak kali aku ingin mengumpulkan anak-anak kamu sepertimana seekor ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya! Tetapi kamu semua tidak mahu."[61]
Pada abad keenam, Paus Gregory I mengisytiharkan ayam jantan sebagai lambang agama Kristian,[62] disusuli pula oleh satu lagi enakmen pada abad ke-9 oleh Paus Nicholas I[56] yang memerintahkan patung ayam terletak di setiap menara gereja.[63]
Ayam merupakan salah satu daripada 12 bintang zodiak dalam kalendar Cina. Dalam agama rakyat Cina, ayam masak sebagai sembahan keagamaan terhad kepada upacara penghormatan untuk nenek moyang dan juga memuja dewa-dewi kampung.
Sebagai haiwan kesayangan
[sunting | sunting sumber]Sesetengah orang membela ayam sebagai haiwan kesayangan untuk tujuan hiburan dan pendidikan.[64] Ayam boleh dijinakkan dengan suap tangan, tetapi ayam jantan kadangkala garang lagi bising dan perlu ditangani dengan cermat. Bahkan juga disaran agar dijauhkan ayam jantan daripada kanak-kanak. Sesetengah baka seperti ayam sutera dan ayam katik lazimnya jinak dan sering dijadikan saranan untuk haiwan kesayangan keluarga.[65]
Sebagai makanan
[sunting | sunting sumber]Disebabkan kos pengeluaran yang rendah, daging ayam adalah antara daging yang paling digunakan di dunia. Hampir kesemua anggota badan ayam boleh digunakan untuk makanan, apatah lagi dagingnya boleh dimasak dengan pelbagai cara. Antara hidangan ayam yang terkenal ialah ayam panggang, ayam goreng, sup ayam, ayam tanduri, dan nasi ayam. Daging ayam juga lazim dihidangkan di kedai makanan segera.
Telur
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2000, terdapat 50.4 juta tan telur yang dikeluarkan di dunia (Executive guide to world poultry trends, 2001)[66] dan kira-kira 53.4 juta tan telur meja dihasilkan pada tahun 2002.[67] Pada tahun 2009, kira-kira 62.1 juta tan metrik telur dihasilkan di seluruh dunia daripada sebanyak 6.4 bilion ayam telur.[68]
Telur ayam lazim digunakan dalam pelbagai jenis hidangan. Telur boleh dimasak secara hancur, goreng, rebus keras, rebus lembut, rebus carak dan jeruk. Putih telur atau albumen mengandungi protein tetapi kurang atau tiada lemak, bahkan boleh dimasak berasingan daripada kuning telur. Ada kalanya kulit telur kisar digunakan sebagai bahan tambahan makanan untuk menambah kalsium. Ayam betina tidak memerlukan ayam jantan untuk mengeluarkan telur, tetapi hanya untuk menyuburkan telur. Maka kawanan ayam betina sahaja masih bertelur tetapi semua telurnya mandul.
Dalam sukan
[sunting | sunting sumber]Menyabung ayam adalah sejenis sukan purbakala yang terdapat di pelbagai negara seluruh dunia sepanjang zaman, apatah lagi masih diamalkan zaman sekarang terutamanya di kawasan kampung, melibatkan pertarungan sesama dua ayam jantan yang diperlagakan oleh manusia untuk mengisi masa lapang atau sebagai upacara adat, antara lainnya. Sukan menyabung ayam semakin berkurangan dewasa ini ekoran pengharaman oleh undang-undang atas alasan melindungi haiwan daripada penderaan dan kekejaman manusia.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ UN's Food and Agriculture Organisation reported in the Economist: [1].
- ^ Xiang, H.; Gao, J.; Zhou, H.; Cai, D.; Zhang, Y.; Zhao, X. (2014). "Early Holocene chicken domestication in northern China". Proceedings of the National Academy of Sciences. 111 (49): 17564–17569. doi:10.1073/pnas.1411882111. Unknown parameter
|laast3=
ignored (bantuan); Unknown parameter|last-author-amp=
ignored (bantuan);|first3=
missing|last3=
(bantuan) - ^ Toussaint-Samat, Maguelonne (2009). "11: The History of Poultry". The History of Food. Diterjemahkan oleh Bell, Anthea (ed. dikemas). Blackwell. m/s. 306. ISBN 978-0631177418.
- ^ Perry-Gal, Lee; Erlich, Adi; Gilboa, Ayelet; Bar-Oz, Guy (11 August 2015). "Earliest economic exploitation of chicken outside East Asia: Evidence from the Hellenistic Southern Levant". Proceedings of the National Academy of Sciences. 112 (32): 9849–9854. Bibcode:2015PNAS..112.9849P. doi:10.1073/pnas.1504236112. PMC 4538678. PMID 26195775.
- ^ Carter, Howard (April 1923). "An Ostracon Depicting a Red Jungle-Fowl (The Earliest Known Drawing of the Domestic Cock)". The Journal of Egyptian Archaeology. 9 (1/2): 1–4..
- ^ Pritchard, "The Asiatic Campaigns of Thutmose III" Ancient Near East Texts related to the Old Testament, p240.
- ^ Roehrig, Catharine H.; Dreyfus, Renée; Keller, Cathleen A. (2005). Hatshepsut: From Queen to Pharaoh. New York: Metropolitan Museum of Art. m/s. 268. ISBN 978-1-58839-173-5.
- ^ Herrema, Martin (12 Disember 2014). "Chickens 'closer to dinosaurs' than other birds". Universiti Kent. Dicapai pada 20 Jun 2016.
- ^ a b Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*qayam₂: domesticated animal". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 16 Julai 2022.
- ^ a b c d e f g h i Rujuk entri "ayam", Kamus Dewan Edisi Keempat.
- ^ "Info on Chicken Care". ideas4pets. 2003. Dicapai pada August 13, 2008.
- ^ Gerard P.Worrell AKA "Farmer Jerry". "Frequently asked questions about chickens & eggs". Ferry Landing Farm & Apiary. Dicapai pada August 13, 2008.
- ^ "The Poultry Guide – A to Z and FAQs". Ruleworks.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-28. Dicapai pada August 29, 2010.
- ^ Smith, Jamon. Tuscaloosanews.com "World’s oldest chicken starred in magic shows, was on 'Tonight Show’", Tuscaloosa News (Alabama, USA). August 6, 2006. Retrieved on February 26, 2008.
- ^ Stonehead. "Introducing new hens to a flock « Musings from a Stonehead". Stonehead.wordpress.com. Dicapai pada August 29, 2010.
- ^ a b c Grandin, Temple; Johnson, Catherine (2005). Animals in Translation. New York, New York: Scribner. m/s. 69–71. ISBN 0-7432-4769-8.
- ^ Sherwin, C.M.; Nicol, C.J. (1993). "Factors influencing floor-laying by hens in modified cages". Applied Animal Behaviour Science. 36: 211–222. doi:10.1016/0168-1591(93)90011-d.
- ^ Scientists Find Chickens Retain Ancient Ability to Grow Teeth Ammu Kannampilly, ABC News, February 27, 2006. Retrieved October 1, 2007.
- ^ a b Wong, GK; dll. (December 2004). "A genetic variation map for chicken with 2.8 million single-nucleotide polymorphisms". Nature. 432: 717–722. Bibcode:2004Natur.432..717B. doi:10.1038/nature03156. PMC 2263125. PMID 15592405.[pautan mati kekal]
- ^ Eriksson, J; Larson, G; Gunnarsson, U; Bed'hom, B; Tixier-Boichard, M; dll. (2008). "Identification of the Yellow Skin Gene Reveals a Hybrid Origin of the Domestic Chicken". PLoS Genet. doi:10.1371/journal.pgen.1000010.
- ^ Fumihito, A; Miyake, T; Sumi, S; Takada, M; Ohno, S; Kondo, N (December 20, 1994), "One subspecies of the red junglefowl (Gallus gallus gallus) suffices as the matriarchic ancestor of all domestic breeds", PNAS, 91 (26): 12505–12509, Bibcode:1994PNAS...9112505F, doi:10.1073/pnas.91.26.12505
- ^ Liu, Yi-Ping; Wu, Gui-Sheng; Yao, Yong-Gang; Miao, Yong-Wang; Luikart, Gordon; Baig, Mumtaz; Beja-Pereira, Albano; Ding, Zhao-Li; Palanichamy, Malliya Gounder; Zhang, Ya-Ping (2006), "Multiple maternal origins of chickens: Out of the Asian jungles", Molecular Phylogenetics and Evolution, 38 (1): 12–19, doi:10.1016/j.ympev.2005.09.014
- ^ Zeder; dll. (2006). "Documenting domestication: the intersection of genetics and archaeology". Trends in Genetics. 22 (3): 139–155. doi:10.1016/j.tig.2006.01.007. PMID 16458995.
- ^ King, Rick (February 24, 2009), "Rat Attack", NOVA and National Geographic Television
- ^ King, Rick (February 1, 2009), "Plant vs. Predator", NOVA
- ^ West, B.; Zhou, B.X. (1988). "Did chickens go north? New evidence for domestication". J. Archaeol. Sci. 14: 515–533.
- ^ Al-Nasser, A.; dll. (2007). "Overview of chicken taxonomy and domestication". World's Poultry Science Journal. 63: 285–300. doi:10.1017/S004393390700147X.
- ^ a b c d e f CHOF : The Cambridge History of Food, 2000, Cambridge University Press, vol.1, pp496-499
- ^ DNA reveals how the chicken crossed the sea Brendan Borrell, Nature, June 5, 2007. Retrieved October 1, 2007.
- ^ A. A. Storey et al., "Radiocarbon and DNA evidence for a pre-Columbian introduction of Polynesian chickens to Chile", Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America, www.pnas.org/cgi/doi/10.1073/pnas.0703993104; John Noble Wilford, "First Chickens in Americas were Brought from Polynesia, New York Times, June 5, 2007.
- ^ Gongora, Jaime; Rawlence, Nicolas J.; Mobegi, Victor A.; Jianlin, Han; Alcalde, Jose A.; Matus, Jose T.; Hanotte, Olivier; Moran, Chris; Austin, J.; Ulm, Sean; Anderson, Atholl J.; Larson, Greger; Cooper, Alan (2008). "Indo-European and Asian origins for Chilean and Pacific chickens revealed by mtDNA". PNAS. 105 (30): 10308–10313. Bibcode:2008PNAS..10510308G. doi:10.1073/pnas.0801991105. PMC 2492461. PMID 18663216.
A published, apparently pre-Columbian, Chilean specimen and six pre-European Polynesian specimens also cluster with the same European/Indian subcontinental/Southeast Asian sequences, providing no support for a Polynesian introduction of chickens to South America. In contrast, sequences from two archaeological sites on Easter Island group with an uncommon haplogroup from Indonesia, Japan, and China and may represent a genetic signature of an early Polynesian dispersal. Modeling of the potential marine carbon contribution to the Chilean archaeological specimen casts further doubt on claims for pre-Columbian chickens, and definitive proof will require further analyses of ancient DNA sequences and radiocarbon and stable isotope data from archaeological excavations within both Chile and Polynesia.
- ^ Jones, E.K.M. and Prescott, N.B., (2000). Visual cues used in the choice of mate by fowl and their potential importance for the breeder industry. World's Poultry Science Journal, 56: 127-138. doi:10.1079/WPS20000010
- ^ FAOSTAT > Production: Live Animals > Regions: World (Total) > Elements: Stocks > Items: Chickens > To Year: 2014. Dicapai pada 5 Ogos 2016.
- ^ "Towards Happier Meals In A Globalized World". World Watch Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-29. Dicapai pada 2016-08-05.
- ^ "Broiler Chickens Fact Sheet // Animals Australia". Animalsaustralia.org. Dicapai pada August 29, 2010.
- ^ Guinness World Records 2011 ed. by Craig Glenday – page 286
- ^ a b Browne, Anthony (March 10, 2002). "Ten weeks to live". The Guardian. London. Dicapai pada April 28, 2010.
- ^ Patwardhan, D.; King, A. (2011). "Review: feed withdrawal and non feed withdrawal moult". World's Poultry Science Journal. 67: 253–268. doi:10.1017/s0043933911000286.
- ^ Webster, A.B. (2003). "Physiology and behavior of the hen during induced moult". Poultry Science. 82: 992–1002. doi:10.1093/ps/82.6.992. PMID 12817455.
- ^ Molino, A.B.; Garcia, E.A.; Berto, D.A.; Pelícia, K.; Silva, A.P.; Vercese, F. (2009). "The Effects of Alternative Forced-Molting Methods on The Performance and Egg Quality of Commercial Layers". Brazilian Journal of Poultry Science. 11: 109–113. doi:10.1590/s1516-635x2009000200006.
- ^ Yousaf, M.; Chaudhry, A.S. (2008). "History, changing scenarios and future strategies to induce moulting in laying hens". World's Poultry Science Journal. 64: 65–75. doi:10.1017/s0043933907001729.
- ^ Joe G. Berry. "Artificial Incubation" (PDF). Oklahoma Cooperative Extension Service, Oklahoma State University. Dicapai pada September 29, 2010.
- ^ Phillip J. Clauer. "Incubating Eggs" (PDF). Virginia Cooperative Extension Service, Virginia State University. Dicapai pada October 1, 2010.
- ^ "Incubation Handbook" (PDF). Brinsea Products Ltd. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 5, 2010. Dicapai pada September 30, 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "How To Hatch Chicken Eggs". www.backyardchickens.com. Dicapai pada September 30, 2010.
- ^ [2]
- ^ [3]
- ^ [4]
- ^ "Clucks and Chooks: guide to keeping chickens".
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2013. Dicapai pada 27 September 2016.
- ^ [2] The Cambridge History of the Pacific Islanders By Donald Denoon, Malama Meleisea – Cambridge University Press, March 25, 2004 – page 56
- ^ [3] Anthropological Genetics: Theory, Methods and Applications edited by Michael H. Crawford – Cambridge University Press, November 30, 2006 – page 411
- ^ [12] The Enigmas of Easter Island By Paul Bahn, John Flenley – Oxford University Press, May 29, 2003 – page 96
- ^ [4] Regional Greek Cooking By Dean Karayanis, Catherine Karayanis – Hippocrene Books, March 1, 2008 – page 176
- ^ [5] Cooking With the Bible: Biblical Food, Feasts, And Lore By Anthony F. Chiffolo, Rayner W. Hesse – Greenwood Publishing Group, August 30, 2006 – page 207
- ^ a b Adler, Jerry; Lawler, Andrew (June 2012). "How the Chicken Conquered the World". Smithsonian.
- ^ Peters, John P. (1913). "The Cock". Journal of the American Oriental Society. 33: 381. JSTOR 592841.
- ^ Himpunan 366 cerita rakyat Malaysia. Utusan Publications. 1995. m/s. 234.
- ^ Lukas 22:34
- ^ Luke 22:61
- ^ Matius 23:37; juga Lukas 13:34.
- ^ The Antiquary: a magazine devoted to the study of the past, Volume 17 edited by Edward Walford, John Charles Cox, George Latimer Apperson – page 202
- ^ The Philadelphia Museum bulletin, Volumes 1-5, Pennsylvania Museum of Art, Pennsylvania Museum and School of Industrial Art, p 14, 1906
- ^ United Poultry Concerns. "Providing a Good Home for Chickens". Dicapai pada 4 Mei 2009.
- ^ "Clucks and Chooks: A guide to keeping chickens". Diarkibkan daripada yang asal pada July 30, 2009. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ [13] Poultry Genetics, Breeding and Biotechnology edited by W. M. Muir, S. E. Aggrey – CABI, September 4, 2003 – page 5
- ^ [14] International Egg Commission IEC London Egg Conference – Sep 9 to 13, 2012
- ^ [15] WATT Ag Net – Watt Publishing Co
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
| ||
|
- Institut Kemajuan Ternakan Ayam Malaysia Diarkibkan 2005-04-28 di Wayback Machine
- "Panduan Poultry One untuk Menternak Ayam" — Rencana-rencana mengenai penternakan ayam
- "Panduan Ayam" — A ke Z dan Pangkalan Pengetahuan Soalan Biasa / Panduan Rujukan Ayam
- "Panduan Telur Dadar — panduan menyeluruh mengenai pemeliharaan ayam oleh sebuah syarikat UK
- Panduan Baka Telur Dadar — gambar-gambar ayam
- Pertemuan Ayam Kesayangan - bertemu dengan orang tempatan yang memeliharakan ayam kesayangan
- Penternakan Kemanusian — piawai-piawai untuk memeliharakan ayam secara kemanusian
{{#switch:||Kategori=