[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Timun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Timun
Pengelasan saintifik
Alam:
Tumbuhan
Divisi:
Magnoliophyta
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Cucurbitales
Keluarga:
Cucurbitaceae
Genus:
Cucumis
Nama binomial
Cucumis sativus

Timun (Jawi: تيمون turunan kata akar Proto-Austronesia *qatimu[1]) atau mentimun (Jawi: منتيمون, Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga diterapkan dalam masakan.

Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

Timun banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu.

Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*qatimun: cucumber, Cucumis sativa". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 10 November 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]