Pengangkutan
Pengangkutan (Jawi: ڤڠڠكوتن ; bahasa Inggeris: Transport ) merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh dibahagi kepada beberapa pembahagiaan bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagiaan yang biasa ialah seperti di bawah:-
- Pengangkutan darat
- Pengangkutan laut
- Pengangkutan udara
Jenis pengangkutan juga dikira seperti :-
- Pengangkutan manusia
- umum
- individu
- Pengangkutan kargo
Contoh-contoh bentuk pengangkutan ialah kapal terbang, kapal, kereta dan kereta api.
Peranan pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Mengelakkan lebihan dan kekurangan barang di pasaran
[sunting | sunting sumber]Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat yang mengalami lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan supaya penawaran dan permintaan dapat diselaraskan. Penawaran yang berlebihan akan menyebabkan harga menurun sementara penawaran yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kenaikan harga. Dengan bantuan pengangkutan, harga akan dapat distabilkan kerana lebihan penawaran dapat diagihkan ke tempat yang mengalami kekurangan.
Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Pengangkutan membantu meluaskan pasaran kerana dapat mengagihkan barang ke merata tempat dan dapat meningkatkan keuntungan. Perniagaan import dan eksport dapat dijalankan dengan lancar dengan adanya sistem pengangkutan yang moden dan canggih. Contohnya, udang galah yang segar dapat dieksport ke Jepun dengan terdapatnya sistem pengangkutan udara. Perkembangan pernigaan antarabangsa juga dapat mengeratkan perhubungan diplomatik antara negara di dunia.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pengangkutan |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]{{#switch:||Kategori=