[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sima Qian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sima Qian
Kelahirans. 145[1] atau 135 SM
Longmen, Dinasti Han (kini Hejin, Shanxi)
Meninggal dunias. 86 SM (selepas 91 SM)
PekerjaanAhli astrologi
Sejarawan
Penyajak
Terkenal keranaShiji
HubunganSima Tan (bapa)
Sima Qian
Tulisan Cina Tradisional司馬遷
Tulisan Cina Ringkas司马迁
Nama sopan
Tulisan Cina Tradisional子長
Tulisan Cina Ringkas子长
Maksud harfiah(Nama kesopanan)

Sima Qian (Cina Tradisional: 司馬遷, Cina Ringkas: 司马迁 sekitar 145 SM –90 SM) ialah seorang Pengawas Jurutulis Agung (太史令) Dinasti Han. Beliau dianggap sebagai bapa historiografi Cina kerana pengarangan mahakarya beliau iaitu Shiji (史記 - "Catatan Sejarawan Agung") yang membawa gambaran keseluruhan sejarah China yang meliputi lebih dua ribu tahun mulai dari zaman pemerintahan Maharaja Kuning hingga Maharaja Han Wudi (漢武帝).[2][3][4][5] Karya tetap beliau menyediakan asas kepada historiografi Cina zaman-zaman seterusnya.

Awal hidup dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Sima Qian dilahirkan tahun 145 SM di Longmen (sekarang Provinsi Shanxi), yang bertepatan pada tahun kelima pemerintahan Maharaja Jing dari Dinasti Han Timur (25 SM220 SM).[2] Ayahnya, Sima Tan dilantik sebagai Sejarawan atau Jurutulis Agung pada tahun 140 SM, seluruh keluarganya berpindah ke Mao Ling, sebuah kota yang dibangunkan oleh Maharaja Han Wu sebagai suatu makam diraja persendirian, tidak lama selepas itu.[3]

Pada usia 10 tahun, Sima Qian mulai berguru dengan Kong Anguo mempelajari karya-karya lama Tionghua.[5] Beliau turut banyak bergaul dengan penghuni kota Mao Ling sehingga bakatnya terasah.[3]

Ketika berusia 20 tahun, beliau mengadakan perjalanannya yang pertama.[2][3][4][5] Beliau bepergian dari utara ke selatan, sepanjang Sungai Kuning dan Sungai Yangtze.[2][3][4][5] Beliau juga mendaki gunung Hui Ji untuk menjelajah kuburan Yu, pendiri Dinasti Xia yang terkenal dan pergi ke gunung Jinyi di provinsi Hunan untuk menyelidiki tanah pemakaman Shun, raja terkenal dari Cina kuno.[4] Perjalanan berikutnya melalui sungai Yuan dan Xiangjiang kemudian menuju utara sepanjang sungai Wen dan Si.[4] Kemudian ke Sungai Buluo tempat penyair patriotik Qu Yuan melompat bunuh diri setelah mengalami ketidakadilan.[4] Tempat bersejarah lain yang dia kunjungi adalah kota benteng Xiehe yang merupakan tempat raja-raja Chu dan Han bertempur demi kekuasaan. Dan dalam perjalanan pulang ke Chang'an, dia melalui negara bagian Liang dan Chu.[4]

Kerjaya dalam kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Sekembalinya dari perjalanannya, beliau dilantik sebagai pegawai istana yang akhirnya membawanya kembali dalam perjalanan dinas yang kali ini menuju provinsi Hunan dan Sichuan.[4] Beliau berjalan melalui provinsi Guichuan, Guangxi, Yunnan, dan Kunming.[4] Kemudian mengunjungi bahagian barat daya China tempat suku Yi tinggal dan kemudian beliau kembali pulang ke ibukota saat ayahnya dalam keadaan tenat akibat penyakit yang dideritanya.[4][5] Di saat ayahnya menghembuskan nafas terakhir, dia meminta Qian agar meneruskan usaha para leluhurnya sebagai seorang Sejarawan Agung[3] sepertimana yang dilakukan Kongzi yang telah mencatat peristiwa penting sepanjanh 500 tahun pertama dalam catatan musim bunga dan musim gugur namun setelah 500 tahun setelah kematian Konfusius, tidak ada yang tertarik terhadap sejarah.[3] Ayahnya memintanya untuk melengkapi Catatan Musim Bunga dan Musim Luruh yang telah dikerjakan Kongzi yakni catatan 500 tahun yang berikutnya.[3] Sima Qian sendiri berusia 36 tahun saat ayahnya meninggal dunia.[3][5]

Tiga tahun kemudian, Sima Qian menggantikan mendiang ayahnya sebagai sejarawan agung kenegaraan.[3] Dalam posisi ini, beliau bisa membaca semua catatan dan dokumen bersejarah milik istana.[3] Pada tahun 104 SM, Sima Qian mula menggunakan waktu senggangnya untuk menulis suatu catatan yang menyeluruh mengenai sejarah kerajaan-kerajaan Tionghua.[3]

Insiden perselisihan Li Ling

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 99 SM, suatu serangan dilaksanakan dalam suatu usaha meluaskan kuasa Maharaja Wu dari Han dipimpin oleh Li Guang, Wei Qing, dan Huo Quibing terhadap orang-orang Tatar yang saat itu menunjukkan keberhasilan.[6] Baginda Maharaja Wu mengarahkan cucu Li Guang, Li Ling, menemani Li Guang ke gunung Hao Lian untuk bertempur melawan puak-puak Tatar. Li Ling hanya mampu membawa 5,000 pasukan untuk mengalihkan pasukan Tatar dihadapi oleh 80.000 askar utama Tatar di bawah pimpinan Dan Yu. Li Ling kehilangan separuh kekuatan pasukannya dalam masa lapan hari namun berhasil menghancurkan lebih dari 10,000 askar Tatar. Namun, Li Ling lama-kelamaan semakin dikepung dan terpaksa menyerah diri.[4]

Perkara ini menyebabkan baginda Maharaja murka lalu menitahkan Li Ling dihukum mati; hal ini lagi diburukkan dengan adanya khabar angin palsu bahawa Li Ling berpaling tadah melatih pasukan Tatar[4] sedangkan yang melatih puak Tatar adalah Li Xu yang secara kebetulannya mempunyaii nama keluarga sama.[5] Hal ini yang menyebabkan Sima Qian yang juga teman dari Li Ling mengajukan keberatan atas keputusan maharaja dengan memberikan gambaran yang sebenarnya dalam peperangan yang berjalan tidak seimbang.[5] Bahkan Sima Qian membantah titah perintah kemaraan tentera yang diusulkan kebijakan ekspansi militer maharaja.[5] Qian berkata pada baginda:

“Li Ling hanya membawa 5000 askar tentera masuk ke daerah musuh, membasmi ribuan musuh. Biarpun beliau kalah namun beliau telah membunuh banyak musuh, masih terhitung dapat dipertanggungjawabkan kepada bumi dan langit. Bukan hanya Li Ling yang akan meninggal, tetapi pengetahuannya juga. Jika beliau diberikan kesempatan beliau pasti akan menebusnya.“[5]

Pernyataan menyanggah ini menaikkan kemurkaan Maharaja Wu lalu baginda menghukum mati Sima Qian atas protesnya.[5] Tapi pernyataan inilah yang akhirnya diingat Maharaja yang menjadi tolak ukur pertimbangannya untuk kasus-kasus lain.[5]

Pada ketika ini tahanan yang dihukum mati boleh dilepaskan dengan dua cara: sama ada dengan suatu bayaran jaminan pembebasan ataupun pengasian setelah dipenjarakan. Baik keluarga Sima mahupun kawan-kawannya terlalu miskin untuk menyediakan wang pampasan, maka Qian memutuskan agar hukumannya diringankan kepada dikasi. Keputusan ini sangat ditakuti kerana kebanyakan sarjana yang dihukum sebegini lebih rela membunuh diri kerana tidak mampu menanggung malu,[5] namun janji Qian kepada ayahnya menjadikannya tekad atas pilihannya.[2][3][4][5] Qian tetap meneruskan kerja mencatat sejarahnya meskipun dengan rasa sakitnya hukuman yang diberikan ke atasnya.

Penulisan Shiji

[sunting | sunting sumber]

Sima Qian berjaya menghabiskan catatan sejarahnya Shiji (Cina Tradisional: 史記, Cina Ringkas: 史记, pinyin: shǐjì - "Catatan Sejarah") pada sekitar 91 SM. Teks ini kesemuanya ada 130 jilid kesemuanya serta dibahagikan menjadi lima kategori.[3] Ia merangkumi dua belas pemerintahan terpenting dari Maharaja Kuning sampai masa pemerintahan terkini,[2][4][5] di mana beliau banyak menyentuh hasil kajiannya mengenai kehidupan masyarakat semasa, pergantian dinasti, hubungan antara negara, perkembangan dalam budaya dan sebagainya dari Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh ke Zaman Negeri-negeri Berperang hingga ke Dinasti Qin dan awal Dinasti Han. Catatan bersejarah ini biasanya diakhiri dengan komentar dan catatan tambahan dari Sima Qian hasil penyelidikan peribadinya atau untuk mengelakkan salah faham dalam kandungan.

Hal lain dalam karyanya adalah dalam proses pembuatannya, beliau sering bepergian untuk mencari bahan-bahan sejarah, mencatat arsip dasarnya berdasarkan pemilihan materi yang cermat dan kemudian membuktikan faktanya dengan membandingkan dengan versi sedia ada.[5] Dalam tulisannya, beliau tidak mengabaikan peranan tempatnya sebagai pahlawan terkalahkan dalam sejarah dan beliau tidak menganggap wanita kalah penting dari pria.[3] Selain itu, beliau juga orang yang jujur dengan sikap benar dan salah yang kuat.[3]

Beliau menulis dengan terus terang dan jujur mengenai perbuatan dan tingkahlaku buruk para penguasa sambil mengecam dan mengutuk tindakan sebegini dengan jelas.[3] Pendekatan sebegini banyak menyinggung kaum penguasa, malah ada beberapa rakannya yang mengatakan karyanya seumpama suatu "buku fitnah".[3] Namun, hal itu yang membuat Sima Qian dikenal sebagai penegak keadilan dan jurubicara rakyat jelata.[3]

  1. ^ "...most systematically presented in The Grand Scribe’s Records written by Sima Qian (c. 145–86 BC) in the Western Han Dynasty" Early China - A Social and Cultural History, m/s. 48, Cambridge University Press.
  2. ^ a b c d e f Ren Haozhi [任浩之] (2003). 中国通史-上 [Sejarah China - Bahagian Pertama] (dalam bahasa Cina). Beijing: Beijing Publishing House (北京出版社). m/s. 272-275.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s Persatuan Sejarah Negara China [中国历学会] (2005). 中国通史 第二册 [Sejarah China Jilid ke-2]. Haiyan: Haiyan Chu Ban She [海燕出版社].
  4. ^ a b c d e f g h i j k l m n Guo Man (郭漫) (2006). 中华上下五午前年 [Sejarah Selok Belok Negara China 5 Ribu Tahun Lalu] (dalam bahasa Cina). Beijing: Hangkong Gongye Chubanshe (航空工业出版社). m/s. 56.
  5. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Tang Qi [唐麒] (2004). 中国历史故事中集 卷1 [Kisah Sejarah Bersiri China Jilid 1] (dalam bahasa Cina). Changchun: Shidai Wenyi Chubanshe [时代文艺出版社].
  6. ^ Asiapac Editorial. (2009). Chinese History. Jakarta: PT Elex Media Komputindo

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]