NASDAQ
Penampilan
NASDAQ نسدق | |
---|---|
Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan National Association of Securities Dealers Automated Quotation | |
Maklumat am | |
Jenis | Bursa saham |
Bentuk sah | Bursa saham |
Ditubuhkan | 8 Februari 1971 |
Pengendali | Nasdaq, Inc. |
Pengawal selia | Financial Industry Regulatory Authority |
Bil. penyenaraian | 3,554[1] |
Permodalan pasaran | ▼ AS$19.4 trilion (2021)[2] |
Indeks |
|
Laman sesawang | https://www.nasdaq.com |
Maklumat lokasi | |
Negara | Amerika Syarikat |
Lokasi | Bandaraya New York, New York |
Koordinat | 40°45′23″N 73°59′10″W / 40.7565138°N 73.9859832°W |
sunting · sunting di Wikidata |
NASDAQ ialah sebuah bursa saham Amerika Syarikat. Nama penuhnya ialah National Association of Securities Dealers Automated Quotation (Sebut Harga Automatik Persatuan Peniaga Sekuriti Kebangsaan). NASDAQ ialah pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.[3]
Sebut harga
[sunting | sunting sumber]Sebut harga NASDAQ terdiri daripada tiga tahap:
- Tahap 1 menunjukkan bidaan tertinggi dan tawaran terendah, iaitu sebut harga dalamannya.[4]
- Tahap 2 menunjukkan semua sebut harga awam penggerak pasaran bersama maklumat penggerak pasaran yang berhasrat untuk menjual atau membeli saham dan pesanan-pesanan yang baru dilaksanakan.[5]
- Tahap 3 digunakan oleh penggerak pasaran untuk membolehkan mereka memasukkan sebut harga dan melakukan pesanan.
Waktu perdagangan
[sunting | sunting sumber]NASDAQ bermula dengan sesi pra-pasaran dari jam 7.00 hingga 9.30 pagi, diikuti sesi perdagangan biasa dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang, dan sesi pasca-pasaran dari 4.00 hingga 8.00 malam (semua waktu dinyatakan dalam EST).[6]
Indeks
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Nasdaq Companies" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 6, 2019.
- ^ "Market Statistics - Focus". focus.world-exchanges.org (dalam bahasa Inggeris). Persekutuan Bursa Dunia. Mac 2021. Dicapai pada 14 April 2021.
- ^ "NASDAQ Performance Report". NASDAQ Newsroom. The Nasdaq Stock Market. 2007-01-12. Dicapai pada 2007-02-15.
- ^ Carta dan Sebut Harga NASDAQ , TradingView, Dicapai pada 19 Oktober 2017.
- ^ "Order Book, Level 2 Market Data, and Depth of Market". daytrading.about.com.
- ^ Market Hours, NASDAQ via Wikinvest
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan NASDAQ |
- Tapak web rasmi
- A history of major Indexes - Dow Jones Industrial Average, NASDAQ-100, S&P 500 Index, Russell 2000 Index
- NASDAQ OMX Group to Complete Acquisition of the Philadelphia Stock Exchange
- NASDAQ OMX Group Completes Acquisition of the Boston Stock Exchange
{{#switch:||Kategori=