[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Jambu batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jambu batu
Buah jambu batu
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
P. guajava
Nama binomial
Psidium guajava

Jambu batu (Jawi: جمبو باتو) atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari cabang Myrtoideae keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.

Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

Morfologi

[sunting | sunting sumber]
Buah jambu batu.

Pokok sederhana besar, setinggi 10 m. Kulit licin, nipis, warna merah perang, kulit tua melekang mendedahkan kulit muda yang berwarna kuning atau kehijau-kehijauan. Daun ringkas, susunan bertentangan, panjang 5-15 cm, lebar 3-6 cm. Bunga di ketiak daun, tunggal atau 2 kuntum, putih, lebar 3-3.5 cm, banyak stamen. Buah jenis beri, bentuk bebola, bujur telur seperti pir, kecil atau besar, panjang 2-12 cm, hujung buah ada kelopak kaliks yang kekal, muda hijau, setelah masak masih hijau atau kuning, isi yang keras menjadi lembut setelah masak, warna putih, kuning, merah jambu atau merah, rasa manis atau masam, wangi, isi ada sel batu dan banyak biji kecuali kultivar tanpa biji.

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]
Jambu batu
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 0.32 kJ (0.076 kcal)
Karbohidrat 9.1-17 mg
- Serabut diet 0.9-1.0
Lemak 0.43-0.7 g
Protein 0.1-0.5 g
- beta-karotena 0.046 μg (0%)
Tiamina (vit. B1) 0.03-0.04 mg (-3%)
Riboflavin (vit. B2) 0.6-1.068 mg (-88%)
Vitamin C 80 mg (96%)
Kalsium 270 mg (27%)
Fosforus 0.30-0.70 mg (0%)
Kalium 17.8-30 mg (17%)
J. V. Kamath, Nair Rahul, C. K. Ashok Kumar, S. Mohana Lakshmi (2008), "Psidium guajava L: A review", International Journal of Green Pharmacy (dalam bahasa Inggeris), TIFAC CORE in Green Pharmacy, 2CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.

Buah yang masak dimakan mentah; isi lembut dan berbau wangi dibuat jem, jeli, jus, kordial, kek, pai, sup dan manisan. Isi atau jus jambu batu ditinkan atau dijadikan serbuk. Daun jambu batu boleh digunakan sebagai ganti daun teh.

Perubatan

[sunting | sunting sumber]

Jambu batu lazimnya digunakan sebagai ubat dalam perubatan tradisional dalam masyarakat Asia, Amerika Tengah, Caribbean dan Afrika.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Gutiérrez, RM; Mitchell, S; Solis, RV (2008). "Psidium guajava: A review of its traditional uses, phytochemistry and pharmacology". Journal of Ethnopharmacology. 117 (1): 1–27. doi:10.1016/j.jep.2008.01.025. PMID 18353572.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]