[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Stamen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stamen Hippeastrum dengan cepu debunga menonjol

Stamen atau sulur bunga[1] ialah organ pembiakan penghasil debunga untuk bunga. Sekelompok stamen membentuk androesium.

Morfologi dan terminologi

[sunting | sunting sumber]

Stamen lazimnya terdiri daripada tangkai yang dipanggil filamen, dan anter (atau cepu debunga)[2] yang mengandungi mikrosporangium. Anter, biasanya bercuping dua dan bersambung dengan filamen sama ada pada pangkal atau bahagian tengah. Tisu mandul antara cupingnya dipanggil tisu penghubung iaitu pemanjangan filamen yang mengandungi lembar pengalir. Ia boleh dilihat semacam pemanjangan pada sisi belakang anter. Butir debunga berkembang daripada mikrospora dalam mikrosporangium dan mengandungi gametofit jantan.

Stamen dalam bunga bersamaan dipanggil androesium. Androesium boleh terdiri dari sekecil separuh stamen (cth. ruang tunggal) dalam spesies Canna, atau sebanyak 3,482 stamen yang dikira pada saguaro (Carnegiea gigantea).[3] Androesium dalam bermacam spesies tumbuhan membentuk bermacam-macam corak yang agung, beberapanya sangat rumit.[4][5] Ia sering mengelilingi ginoesium dan dikelilingi oleh sari salut. Beberapa ahli keluarga Triuridaceae lebih-lebih lagi Lacandonia schismatica dan Lacandonia braziliana bersama beberapa spesies Trithuria (keluarga Hydatellaceae) adalah luar biasa yang mana ginoesiumnya dikelilingi oleh androesium.

Bunga Hippeastrum menunjukkan sulur bunga di atas benang sari (dengan stigma penutupnya)
Jarak dekat sulur bunga dan stigma Lilium 'Stargazer'

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Istilah-istilah botani ini beberapanya diserap melalui bahasa Inggeris:

Sulur bunga pula adalah sebutan lain bagi stamen menunjuk pada bentuknya yang menjulur sedangkan anter disebut cepu debunga iaitu bekas di mana debunga tersimpan. Dalam bahasa Indonesia, anter disebut "kepala sari",[10] filamen disebut "tangkai sari"[10] manakala stamen disebut "benang sari"[10] atas keterkaitan dengan debunga (serbuk sari). Sebaliknya di Malaysia, "benang sari" dipakai untuk merujuk stil.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Sulur > sulur bunga". SEALang Library Malay Lexicography. SEALang Library. 2005.
  2. ^ "Cepu debunga". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Charles E. Bessey in SCIENCE Vol. 40 (November 6, 1914) p. 680.
  4. ^ Sattler, R. 1973. Organogenesis of Flowers. A Photographic Text-Atlas. University of Toronto Press. ISBN 0-8020-1864-5.
  5. ^ Sattler, R. 1988. A dynamic multidimensional approach to floral morphology. In: Leins, P., Tucker, S. C. and Endress, P. (eds) Aspects of Floral Development. J. Cramer, Berlin, pp. 1-6. ISBN 3-443-50011-0
  6. ^ a b Lewis, C.T. & Short, C. (1879). A Latin dictionary founded on Andrews' edition of Freund's Latin dictionary. Oxford: Clarendon Press.
  7. ^ Siebenhaar, F.J. (1850). Terminologisches Wörterbuch der medicinischen Wissenschaften. (Zweite Auflage). Leipzig: Arnoldische Buchhandlung.
  8. ^ Klein, E. (1971). A comprehensive etymological dictionary of the English language. Dealing with the origin of words and their sense development thus illustration the history of civilization and culture. Amsterdam: Elsevier Science B.V.
  9. ^ a b c d Liddell, H.G. & Scott, R. (1940). A Greek-English Lexicon. revised and augmented throughout by Sir Henry Stuart Jones. with the assistance of. Roderick McKenzie. Oxford: Clarendon Press.
  10. ^ a b c "Sari > /benang, kepala, tangkai/ sari". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa (Pusat Bahasa). 2012.