[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Impala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Impala
Impala jantan
Impala betina
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Aepycerotinae

Gray, 1872
Genus:
Aepyceros

Sundevall, 1847
Spesies:
A. melampus
Nama binomial
Aepyceros melampus
(Lichtenstein, 1812)
Subspesies

Impala (Aepyceros melampus) ialah sejenis antelop Afrika bersaiz sederhana daripada genus Aepyceros dan tergolong dalam keluarga Bovidae. Ia pertama kali diperincikan oleh ahli zoologi Jerman Martin Hinrich Carl Lichtenstein pada tahun 1812. Dua subspesies impala telah dikenal pasti: impala biasa (A. m. melampus) dan impala muka hitam (A. m. petersi).

Impala biasanya bersaiz antara 120–160 cm (47–63 in) panjang. Tinggi impala jantan sekitar 75–92 cm (30–36 in) pada paras bahu dan seberat 53–76 kg (117–168 lb), sementara impala betina 70–85 cm (28–33 in) dan 40–53 kg (88–117 lb). Kedua-dua jantina memiliki ciri-ciri seperti warna kulit coklat-merah bersinar. Hanya impala jantan yang memiliki tanduk panjang dan tirus yang boleh membesar sehingga 45–92 cm (18–36 in).

Taburan dan habitat

[sunting | sunting sumber]

Impala biasanya hidup di kawasan hutan jarang yang cenderung memberikan teduhan, tetapi ia juga boleh didapati di kawasan peralihan antara hutan jarang dengan savana. Ia juga lebih memilih kawasan yang dekat dengan sumber air. Di selatan benua Afrika pula, bilanggan impala yang ada sering berkaitan dengan kewujudan spesies Colophospermum mopane and Acacia di hutan-hutan jarang.[2][3]

Kawasan asal haiwan ini yang merangkumi sepanjang selatan dan timur benua Afrika kekal pada satu tahap, namun taburan di tempat-tempat tertentu seperti di Burundi telah lama menghilang. Habitat impala menjangkau dari tengah dan selatan Kenya serta timur laut Uganda di sebelah barat hingga ke utara KwaZulu-Natal, Afrika Selatan di bahagian selatan, dan dari Namibia hingga ke selatan Angola di sebelah barat. Taburan impala muka hitam terhad di barat daya Angola and Kaokoland di barat laut Namibia; status subspesies ini tidak diperhatikan sejak tahun 2000an. Impala biasa mempunyai taburan yang lebih meluas dan turut diperkenalkan di kawasan-kawasan perlindungan di Gabon dan sekitar selatan benua Afrika.

Tabiat dan ekologi

[sunting | sunting sumber]
Sekumpulan impala bermuka hitam yang diperkenalkan ke Taman Negara Etosha

Impala aktif terutamanya di siang hari, namun aktivitinya cenderung berkurangan ketika waktu tengah hari yang panas; pada sebelah malam pula kawanan haiwan ini pula akan mencari makanan dan berehat pada waktu in.[2] Terdapat tiga kumpulan yang tersendiri yang dapat diperhatikan dalam sesebuah kawanan: kumpulan jantan berwilayah, kumpulan jantan tidak berpasangan dan kumpulan betina.[4] Kumpulan yang pertama ini akan memegang kawasan di mana impala-impala ini akan membentuk kawanan pasangan sendiri, dengan wilayah masing-masing ditandakan sempadannya oleh najis serta dilindungi daripada penceroboh muda mahupun yang jantan.[2] Kawanan jantan yang tidak berpasangan cenderungnya kecil dengan bilangan kurang daripada 30 ekor. Setiap individu jantan mengekalkan jarak sesama mereka sejauh 2.5–3 meter (8.2–9.8 kaki) ; Individu jantan yang tua dan muda barangkali boleh bersemuka tanpa sebarang masalah, tetapi jantan yang berusia pertengahan pula akan mengelakkan diri daripada bertembung melainkan untuk tujuan berlaga. Saiz kawanan betina berbeza deri segi bilangan mereka dari 6 to 100 ekor; kawanan-kawanan ini secara keseluruhannya meliputi kawasan kediaman seluas 80–180 hektar (200–440 ekar; 0.31–0.69 m²).

Impala memakan tumbuhan monokot, dikot, forb, buah-buahan dan lenggai pokok Acacieae (jika ada). Haiwan ini menggemari kawasan yang berdekatan dengan sumber air dan akan memakan tumbuh-tumbuhan sukulen (yang menyimpan air)[5] jika sumber air tersebut menjadi kurang.[2] Sebuah analisis yang dilakukan mengenai diet pemakanan impala menunjukkannya terdiri daripada 45% tumbuhan monokot, 45% dikot and 10% buah-buahan; kadar kandungan rumput dalam diet bertambah secara ketara (sehingga setinggi 90%) selepas mulanya musim hujan, tetapi kemudiannya menurun pada musim kemarau.[6]

  1. ^ Templat:IUCN2014.3
  2. ^ a b c d Estes, R.D. (2004). The Behavior Guide to African Mammals: Including Hoofed Mammals, Carnivores, Primates (ed. 4th). Berkeley, US: University of California Press. m/s. 158–66. ISBN 978-0-520-08085-0. OCLC 19554262.
  3. ^ Skinner, J.D.; Chimimba, C.T. (2005). The Mammals of the Southern African Subregion (ed. 3rd). Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 703–8. ISBN 978-0-521-84418-5. OCLC 62703884.
  4. ^ Schenkel, R. (1966). "On sociology and behaviour in impala (Aepyceros melampus) Lichtenstein". African Journal of Ecology. 4 (1): 99–114. doi:10.1111/j.1365-2028.1966.tb00887.x.
  5. ^ "'succulent' - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 September 2017.
  6. ^ Meissner, H.H.; Pieterse, E.; Potgieter, J.H.J. (1996). "Seasonal food selection and intake by male impala Aepyceros melampus in two habitats". South African Journal of Wildlife Research. 26 (2): 56–63. ISSN 0379-4369.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]