[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Humoralisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Humoralisme atau humorisme merupakan sebuah sistem kedoktoran yang menjelaskan susunan dan cara kerja tubuh manusia, yang digunapakai oleh sistem pengobatan Ayurveda dari India, para filsuf dan doktor dari Romawi dan Yunani Kuno menganggap bahawa kelebihan atau kekurangan salah satu dari empat [[bendalir tubuh] (body fluid) pada seseorang — yang dikenal sebagai humor (cairan) — berpengaruh secara langsung pada kesihatan dan temperamen pesakit. Sistem humoralis ini sangat individualistis, kerana setiap pesakit dikatakan mempunyai komposisi humoral tersendiri yang unik.[1] Selain itu, humoralisme mirip dengan suatu pendekatan holistik terhadap kedoktoran sebagai penghubung antara proses fizikal dan mental yang ditekankan oleh kerangka ini.[2] Mulai dari Hippokrates dan seterusnya, teori humoral dipakai oleh para doktor Persia (misalnya Ibnu Sina), Romawi, Yunani, dan menjadi pandangan yang paling umum dianuti mengenai tubuh manusia dalam kalangan tabib Eropah sehingga wujudnya penelitian kedoktoran modern pada abad ke-19, lalu ia tidak digunakan lagi dalam kedokteran sejak saat itu.[3][4]

Keempat-empat humor (cecair) dari kedoktoran Hippokratik ini adalah:

  • cairan hempedu hitam (Yunani: µέλαινα χολή, melaina chole);
  • cairan hempedu kuning (Yunani: χολή, chole);
  • lendir atau flegma (Yunani: φλέγμα, phlegma), dan;
  • darah (Yunani: αἷμα, haima).

Masing-masingnya sesuai dengan salah satu temperamen dalam teori empat temperamen. Suatu humor juga disebut sebagai suatu cambium.[5]

  1. ^ (Inggeris) Bynum, edited by W.F.; Porter, Roy (1997). Companion Encyclopedia of the History of Medicine (ed. 1st pbk. ed.). London: Routledge. m/s. 281. ISBN 978-0415164184. |edition= has extra text (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ (Inggeris) Bynum, edited by W.F.; Porter, Roy (1997). Companion Encyclopedia of the History of Medicine (ed. 1st pbk. ed.). London: Routledge. ISBN 978-0415164184. |edition= has extra text (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^ (Inggeris) NY Times Book Review Bad Medicine
  4. ^ (Inggeris) "Humoralism" entry, p 204 in Webster's New World Medical Dictionary, 3rd Edition. Houghton Mifflin Harcourt, 2009 ISBN 978-0-544-18897-6
  5. ^ Burton, Bk. I, p. 147