[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Emping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Emping
Emping melinjo
JenisLauk, chip Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianMakanan ringan
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauSeluruh Nusantara
Suhu penghidanganSuhu ruang bilik
Bahan utamaBiji Melinjo yang digoreng kering
Keragaman/variasibiasa, masin, manis, pedas
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Emping (disebut [ĕm.ping], Jawi: امڤيڠ) adalah sejenis makanan ringan yang dihasilkan dari seberapa bijirin nipis yang ditumbuk nipis dan digoreng tanpa minyak sehingga rangup.

Makanan disebutkan sebagai "emping" ini mempunyai dua jenis yang dihasilkan dari bahan yang berbeza: emping padi yang dihasilkan daripada padi pulut muda,[1][2][3] dan emping berupa keropok sedikit rasa pahit[4] terbuat dari biji belinjau atau melinjo (Gnetum gnemon) yang dijemur sebelum diempingkan.[1][3] Entri ini membincangkan emping yang dibuat dari buah belinjau.

Emping mentah

Pembuatan emping sering dilakukan dalam industri kecil-kecilan dalam rumah secara tradisional dengan tangan dalam proses padat tenaga banyak. Emping belinjo diproduksi di banyak wilayah di Indonesia, dari Limpung di Jawa Tengah, Pidie di Aceh hingga Sulawesi. Namun, daerah produksi utama berada di Jawa iaitu daerah produksi utama berada di Jawa, yaitu di Limpung dan Klaten di Jawa Tengah, Bantul di Daerah Istimewa Yogyakarta, Magetan di Jawa Timur dan Desa Karangtawang di Kabupaten Kuningan Jawa Barat,[5] Bantul di Yogyakarta, Klaten, Batang, dan Magetan di Jawa Tengah.

Pembuatan

[sunting | sunting sumber]

Biji melinjo disangrai dengan api sedang tanpa minyak atau kadangkala dengan pasir sebagai media. Biji melinjo ada juga direbus lanjut untuk memudahkan proses pengelupasan kulit luar yang lembut mahupun kulit dalam yang lebih keras dikupas.

Satu-persatu biji melinjo dipukul dengan alat mirip palu dari kayu atau ditekan dengan silinder batu untuk menjadikan emping pipih dan bulat, emping yang ditumbukkemudian disusun dalam nampan yang terbuat dari bambu berkelap dan dikeringkan selama seharian.

Setiap keping emping biasanya dibuat dari biji melinjo tunggal, walaupun ada varian yang menggabungkan beberapa biji untuk membuat emping lebih besar yang mirip krupuk. Emping besar ini sering dicampur dengan bahan lain seperti tepung jagung atau pati umbi.

Emping belinjo mentah yang belum digoreng biasanya tersedia di pasar tradisional atau berkemas bungkus di toko makanan ringan, pasar raya dan restoran; emping jenis mentah ini dikeringkan dahulu untuk mengurangkan kelembapan sebelum kemudian digoreng dengan minyak banyak sampai mengembang menjadi renyah dan berubah warna kuning keemasan.

Emping masak pula ada dalam dua jenis ketebalan emping iaitu yang nipis/tipis dan tebal. Emping tipis biasanya terdapat dalam perisa asli atau polos (yang disajikan dengan sedikit garam) atau masin, sedangkan emping tebal biasanya manis, dilapisi gula karamel atau diperisakan bumbu cabe rawit.

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]
Emping ditabur menghiasi hidangan lontong sayur.

Emping belinjo sering disajikan semata-mata sebagai makanan ringan atau menyampingi hidangan utama. Ia juga sering ditambahkan sebagai topping untuk soto, nasi uduk, sop buntut, gado-gado, lontong sayur, nasi goreng, nasi kuning, laksa dan bubur ayam.

Emping telah diekspor ke berbagai-bagai negara[6] di antaranya Belanda (kerana ikatan sejarah penjajahan dengan Indonesia), Amerika Syarikat dan Timur Tengah. Di Belanda, kemasan emping mentah juga tersedia untuk digoreng sendiri di rumah. Emping mentah ini dapat ditemukan di toko-toko khusus Indonesia yang diberi nama berhujung tertentu seperti "Toko" atau "Warung".

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "emping". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Manshhor Mansor; Mohd Kipli Abdul Rahman (2013). Merekayasa Kearifan Tempatan: Alam dan Manusia. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 20. ISBN 978-983-861-629-4.
  3. ^ a b "emping". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  4. ^ "Emping Melinjo Manis (Indonesian Sweetened Paddy Oats Crackers)". Indonesia eats. 23 Mei 2011. Dicapai pada 2 Julai 2012.
  5. ^ "Emping Khas Karangtawang Diminati" (dalam bahasa Indonesian). Kuningan News. 2 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2013. Dicapai pada 2 July 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Pandeglang Sudah Ekspor Emping Melinjo". Kompas. 6 November 2009. Dicapai pada 24 Februari 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]