[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

BM-27 Uragan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BM-27 di Muzium Artileri St Petersburg

BM-27 Uragan (Rusia: Ураган, 'taufan'; indeks GRAU 9P140) ialah sebuah sistem pelancar roket berganda terdorong diri yang direka di Kesatuan Soviet. Perkhidmatannya bermula dengan Tentera Darat Soviet pada tahun 1970-an. Sistem ini mampu melancarkan roket 220 mm dari 16 tiub pelancaran dipasang pada bahagian belakang sebuah casis 8x8 ZIL-135.

Kenderaan ini adalah amat serupa dengan yang digunakan dalam sistem roket penerbangan bebas FROG-7. Dengan berat 20 tan, ia mempunyai 2 enjin petrol yang mendorongnya kepada kelajuan maksimum 65 kilometer sejam. Satu enjin mendorong 4 roda di sebelah kiri lori manakala enjin lain mendorong 4 roda di sebelah kanan. ZIL-135 mempunyai pacuan 8 roda, tetapi hanya gandar depan dan belakang digunakan untuk stereng. Ia mempunyai jarak perjalanan maksimum 500 kilometer.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]