[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Anjing pengutip berbulu keriting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pengutip berbulu keriting
Seekor anjing pengutip berbulu keriting hitam ditunjukkan di sini. Curly juga dapat berwarna hati.
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pengutip berbulu keriting,[a] juga dipanggil curly sebagai singkatan, ialah satu baka anjing yang pada asalnya dibiakbakakan di England untuk pemburuan burung tanah tinggi dan unggas air. Ia merupakan yang tertinggi antara baka anjing pengutip dan mudah dibezakan dengan gumpalan keriting halus melitupi tubuhnya. Anjing pengutip berbulu keriting dan anjing pengutip berbulu beralun (kini dikenali sebagai anjing pengutip berbulu rata) merupakan dua baka anjing pengutip pertama yang diiktiraf setelah diasaskan seawal tahun 1860.[1]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pengutip berbulu keriting ialah anjing aktif dan cukup berotot dibiakbakakan untuk pemburuan burung tanah tinggi dan unggas air. Anjing pengutip berbulu keriting agak berbeza dari segi struktur berbanding dengan anjing pengutip lebih lazim. Anjing pengutip berbulu keriting kelihatan bertungkai lebih panjang sedikit tetapi sebenarnya lebih panjang sedikit daripada ketinggian. Ia seimbang dan tangkas dengan daya ketahanan, kekuatan, dan keanggunan ketara. Anjing pengutip berbulu keriting bermulut lembut dan kerap mengendalikan buruan dengan berhati-hati. Piawaian pertunjukan mensyaratkan jantan yang setinggi 25–27 inci (64–69 cm) pada paras kelasa dan betina yang setinggi 23–25 inci (58–64 cm), namun pelbagai saiz wujud, khususnya pada anjing yang dibiakbakakan untuk padang, yang pada umumnya lebih kecil. Piawaian baka negara asal (United Kingdom) mensyaratkan jantan dan betina lebih tinggi, dengan hanya 27 inci (69 cm) untuk jantan dan 25 inci (64 cm) untuk betina yang tersenarai. Berat patut berperkadaran dengan ketinggian anjing.

Baka ini memiliki lapis bulu keriting halus dan segar. Lapis bulu keriting halus pada anjing pengutip berbulu keriting menangkis air, gerigis, dan mencegah kerosakan yang tidak dapat dielakkan oleh anjing sukan lain dengan lapis bulu lebih lembut dan lebih nipis. Warna yang boleh diterima untuk anjing pengutip berbulu keriting merupakan hitam padu dan hati padu. Bulu putih sekali-sekala diizinkan, tetapi tompok putih besar ialah kecacatan serius. Mata patut sama ada berwarna hitam atau perang pada anjing hitam dan coklat atau ambar pada anjing hati. Mata kuning adalah luar biasa. Hidung patut sepenuhnya berpigmen dan berwarna sama dengan lapis bulu anjing.

Anjing pengutip berbulu keriting pada asalnya dikembangkan sebagai gundog penjaga mergastua dan perangai serta pengakurannya mencerminkan tujuan ini. Anjing pengutip berbulu keriting masih digunakan di banyak negara sebagai teman pemburuan burung, termasuk dalam pemburuan tanah tinggi dan unggas air.[perlu rujukan]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 12.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤڠوتيڤ بربولو کريتيڠ; bahasa Inggeris: curly-coated retriever
  1. ^ "Raad van beheer". Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland (dalam bahasa Belanda).
  2. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  • Howell, Elsworth S.; Dangerfield, Stanley, penyunting (1984). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Pelham Books. ISBN 9780720715613. OCLC 152414584.