[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Terier sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier sempadan
Terier sempadan jantan
Nama lainBorder terrier
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Berat Jantan 6–7 kg (13.2–15.4 lb)[1]
Betina 5–6.5 kg (11.0–14.3 lb)[1]
Bulu Kasar dan padat; dengan lapis bulu bawah rapat.
Warna Merah, gandum, grizzle, dan sawo matang, atau biru dan sawo matang.
Jangka hayat 14.2 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier sempadan atau border terrier[a] ialah satu baka terier kecil dan berbulu kasar British. Ia berasal dari kawasan sempadan England–Scotland dan mengongsi keleluhuran dengan terier Dandie Dinmont dan terier Bedlington dari kawasan sama.[2] Anjing ini digunakan secara tradisional dalam pemburuan rubah dan bekerja dengan pihak Border Hunt di Northumberland.

Baka ini diiktiraf secara rasmi oleh The Kennel Club di Great Britain pada tahun 1920 dan oleh American Kennel Club pada tahun 1930.[perlu rujukan]

Pada asalnya, terier sempadan dirujuk sebagai terier Coquetdale atau terier Redesdale sempena kawasan lokasi evolusinya, tetapi pada lewat tahun 1800-an ia pada umumnya dikenali sebagai terier sempadan, barang kali kerana sejarah panjangnya dengan Border Hunt di Northumberland.[perlu rujukan]

Ia mengongsi keleluhurannya dengan terier Bedlington dan terier Dandie Dinmont. Ia diiktiraf sebagai baka oleh The Kennel Club pada tahun 1920, tahun sama pengasasan The Border Terrier Club. Tujuan aslinya adalah untuk meluru ke arah rubah yang telah memasuki tanah. Ia juga digunakan untuk membunuh rodensia, tetapi telah digunakan untuk memburu berang-berang dan bejar juga.[perlu rujukan]

Terier sempadan pertama yang pernah didaftarkan oleh The Kennel Club ialah The Moss Trooper, seekor anjing yang dibapai oleh Jacob Robson's Chip pada tahun 1912 dan didaftarkan dalam penyenaraian Any Other Variety The Kennel Club pada tahun 1913. Terier sempadan ditolak untuk pengiktirafan formal The Kennel Club pada tahun 1914, tetapi memenangi slotnya pada tahun 1920, dengan piawaian pertama yang ditulis oleh Jacob Robson dan John Dodd. Jasper Dodd dilantik sebagai presiden pertama kelab itu.

Pada tahun 2006, terier sempadan menduduki tangga ke-81 dari segi bilangan pendaftaran oleh AKC,[3] manakala di United Kingdom pula ia menduduki tempat kesepuluh.[4]

Pada tahun 2008, terier sempadan menduduki tempat kelapan dari segi bilangan pendaftaran oleh The Kennel Club United Kingdom.

Potret terier sempadan

Terier sempadan dibiakbakakan untuk mempunyai tungkai cukup panjang untuk bersaing dengan kuda dan anjing pemburu rubah lain, yang mengembara bersama dengannya, dan tubuh cukup kecil untuk merangkak di dalam korok rubah dan mengejar rubah ke luar supaya pemburu dapat melepaskan tembakan langsung. Anjing pemburu rubah yang mengembara bersama dengannya tidak cukup kecil untuk melakukan tugas terier sempadan.[5][perlu rujukan]

Terier sempadan mempunyai tengkorak lebar, muncung sederhana pendek, gigi kuat.[6] Telinga berbentuk V berada di sisi kepala dan jatuh ke arah pipi.[6] Warna lapis bulu lazim merupakan grizzle dan sawo matang, biru dan sawo matang, merah atau gandum.[6] Misai adalah sedikit dan pendek.[6] Ekor adalah sederhana pendek dan tebal di pangkal dan menirus.[6]

Dengan tubuh sempit dan perkadaran baik, jantan berdiri setinggi 13–16 in (33–41 cm) pada paras bahu dan berukuran seberat 13–15.5 lb (5.9–7.0 kg); betina pula setinggi 11–14 in (28–36 cm) dan seberat 11.5–14 lb (5.2–6.4 kg).[6]

Terier sempadan mempunyai lapis bulu ganda yang terdiri daripada lapis bulu bawah pendek, padat, dan lembut dan lapis bulu luar kasar, mirip dawai, kalis cuaca, kalis kotoran, rapat, tanpa keriting atau alunan.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]
Terier sempadan merah betina
Terier sempadan grizzle merah
Terier sempadan yang melakukan lompat dalam ketangkasan anjing

Sindrom kekejangan epileptoid anjing ialah keadaan yang diakui berlaku pada terier sempadan.[7][8]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 14.2 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[9]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati predisposisi terhadap penyakit pundi hempedu pada terier sempadan. Baka ini didapati 86.48 kali lebih berkemungkinan menghidap mukosele pundi hempedu dan 28.7 kali lebih berkemungkinan menghidap bentuk lain bagi penyakit pundi hempedu berbanding dengan anjing lain. Kajian juga mendapati predisposisi terhadap kolangitis neutrofilia, dengan baka ini yang lebih berkemungkinan sebanyak 12.07 kali untuk menghidapnya.[10]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: تيريئر سمڤادن; بوردر تيريئر; bahasa Inggeris: border terrier
  1. ^ a b Border Terrier (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ "History of the Border Terrier" [Sejarah Terier Sempadan] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2014. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  3. ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 2 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2007. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  4. ^ "2006 Top 20 Breed Registrations" [Pendaftaran 20 Baka Teratas 2006] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 23 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2009. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  5. ^ "RUNNING WITH THE HOUNDS" [BERLARI DENGAN HOUND] (dalam bahasa Inggeris). 30 Jun 2021.
  6. ^ a b c d e f "American Kennel Club - Border Terrier" [American Kennel Club - Terier Sempadan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2009. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  7. ^ Marilyn A Reed - Small World Web Design. "Canine Epileptoid Cramping Syndrome" [Sindrom Kekejangan Epileptoid Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Borderterrier-cecs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2009. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  8. ^ "Canine Epileptoid Cramping Syndrome" [Sindrom Kekejangan Epileptoid Anjing]. Genetic Welfare Problems of Companion Animals (dalam bahasa Inggeris). Universities Federation for Animal Welfare. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2015. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  9. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  10. ^ Bandara, Yuvani; Bayton, W. A.; Williams, T. L.; Scase, T.; Bexfield, Nicholas H. (21 Jun 2021). "Histopathological frequency of canine hepatobiliary disease in the United Kingdom" [Kekerapan histopatologi penyakit hati hempedu anjing di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 62 (9): 730–736. doi:10.1111/jsap.13354. ISSN 1748-5827. PMID 34155648. S2CID 235595314 Check |s2cid= value (bantuan).