AK-47
Senjata api AK-47, rasminya dikenali sebagai Avtomat Kalashnikova (bahasa Rusia: Автома́т Кала́шникова, tr. Avtomát Kaláshnikova, tts. Raifal Automatik Kalashnikov; juga dikenali sebagai Kalashnikov dan AK) adalah raifal yang direka pada tahun 1947 oleh Mikhail Kalashnikov, dihasilkan oleh pembuat senjata Rusia Izhmash, dan digunakan oleh banyak negara semasa Perang Dingin. Berbanding dengan raifal yang digunakan semasa Perang Dunia II, AK-47 mempunyai rekabentuk yang lebih ringan dan padat, jarak pendek, lebih ringan, dikebukkan untuk kartrij kaliber sederhana 7.62x39mm M43, dan kadar tembakan lebih tinggi (termasuk pilihan automatik penuh), menjadikannya sebagai raifal gempur (assault rifle) pertama.
Kalashnikov yang bermula sebagai pereka secara bersendirian berkembang sehingga menduduki jawatan utama sebagai Pereka Am (General Designer) senjata ringan bagi Tentera Soviet. Dalam jabatan kejuruteraannya, Hugo Schmeisser dan Dr. Gruner (MG42), pelopor dalam bidang teknologi terap kepingan logam (sheet metal embossing), berkhidmat sehingga 1950-an. Selain itu, beberapa orang pekerja Jerman diambil bekerja atau dipaksa di KRSS sebagai perekabentuk teknikal.
AK-47 juga mempunyai reputasi legenda sebagai senjata yang tahan lasak, boleh diharap, dan mudah dibaikpulih di lapangan (field maintenance). Disebabkan rekod ini dan kos penghasilan yang rendah, AK-47 merupakan senjata yang paling banyak dihasilkan: dianggarkan antara 55 sehingga 100 juta laras telah dihasilkan. Walaupun secara rasmi ia diketepikan oleh tentera Rusia, senjata ini dan seumpamanya masih dihasilkan dan digunakan secara meluas, terutamanya di kebanyakan negara Dunia Ketiga.
Operasi
[sunting | sunting sumber]Untuk menembak, masukan kelopak peluru berisi, pusing tuil pilihan (selector lever) ke kanan pada bahagian kanan kedudukan bawah, dan tarik kebelakang dan lepaskan tuil pencekah (cocking lever) pada bahagian atas. Acu dan petik picu.
Tuil pilihan adalah tuil besar pada bahagian kanan, senang dikendali walaupun dengan sarung tangan dibawah keadaan artik. Tuil pilihan melindungi selak dan pemegang pencekah (cocking handle) apabila ia berada dalam keadaan selamat, oleh itu raifal AK-47 hanya boleh diisi peluru dengan keselamatan dibuka. Kalashnikov memutuskan reka bentuk ini kerana apabila tuil keselamatan berada dalam keadaan ke atas, ia melindungi bukaan pada sebelah penerima di belakang pemegang pencekah, dengan itu menghalang pasir dan kotoran memasuki mekanisma.
Tuil pilihan menghasilkan bunyi "KA-CHUNK!" yang kuat dan jelas berlainan apabila beralih dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain.
Kedudukan tertinggi tuil pilihan adalah kedudukan selamat. Kedudukan selamat menghalang pergerakan picu dan selak, dan tuil pilihan melindungi bukaan di belakang pemegang pencekah agar dapat menghalang pasir dan habuk daripada masuk. Dalam kebanyakan model, kedudukan ini tidak ditanda. Senjata buatan antarabangsa mungkin mempunyai tanda "0" pada kedudukan ini.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]- Afghanistan
- Albania
- Algeria
- Angola
- Armenia
- Azerbaijan
- Bangladesh
- Belarus
- Benin
- Bosnia dan Herzegovina
- Botswana
- Bulgaria
- Burkina Faso
- Burundi
- Kemboja
- Tanjung Verde
- Republik Afrika Tengah
- Chad
- Chile
- Republik Rakyat China:Jenis Raifal gempur Jenis-56
- Comoros
- Congo
- Cuba
- Republik Demokratik Congo
- Djibouti
- Mesir
- Guinea Khatulistiwa
- Eritrea
- Habsyah
- Gabon
- Georgia (negara)
- Greece
- Guinea
- Guinea-Bissau
- Guyana
- Hungary
- India
- Indonesia
- Iran
- Iraq
- Israel:Dirampas Dari Tentera Arab semasa Konflik Arab-Israel
- Kazakhstan
- Kyrgyzstan
- Laos
- Lubnan
- Lesotho
- Liberia
- Libya
- Madagaskar
- Mali
- Moldova
- Mongolia
- Maghribi
- Malaysia
- Mozambique
- Nicaragua
- Korea Utara
- Korea Selatan:Dirampas daripada Tentera Rakyat Vietnam dan Việt Cộng semasa Perang Vietnam
- Macedonia Utara
- Pakistan
- Negara Palestin
- Peru
- Poland
- Qatar
- Romania
- Rusia:Digantikan dengan AKM pada 1959 dan AK-74 pada 1974.
- Rwanda
- São Tomé dan Príncipe
- Arab Saudi
- Serbia
- Seychelles
- Sierra Leone
- Somalia
- Sudan
- Suriname
- Syria
- Tajikistan
- Tanzania
- Thailand
- Togo
- Turki
- Turkmenistan
- Ukraine
- Amerika Syarikat
- Uzbekistan
- Vietnam
- Yaman
- Zambia
- Zimbabwe
- Kesatuan Soviet
- Yugoslavia
- Rhodesia
- Vietnam Utara
- Vietnam Selatan:Dirampas daripada Tentera Rakyat Vietnam dan Việt Cộng
- Jerman Timur
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
AKM buatan Romania, AIM. Penerima Jenis 4A.
-
Kbk. AK/PMK buatan Poland. Penerima Jenis 3A.
-
Kbk. AKS/PKMS buatan Poland. Penerima Jenis 3B.
-
Kbk. Ak PNG60 buatan Poland. Dengan pelontar grenad dan kelopak khusus untuk menembak grenad. Penerima Jenis 3A.
Sila Lihat
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan AK-47 |
Senarai senjata api | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain. |