[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Chikus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chikus
Klinik Desa Chikus
Klinik Desa Chikus
Chikus yang terletak di Malaysia
Chikus
Chikus
Kedudukan Chikus di Malaysia
Koordinat: 4°7′3″N 101°7′24″E / 4.11750°N 101.12333°E / 4.11750; 101.12333Koordinat: 4°7′3″N 101°7′24″E / 4.11750°N 101.12333°E / 4.11750; 101.12333
Negara Malaysia
Negeri Perak
Pentadbiran
 • Ahli Parlimen Pasir SalakTajuddin Abdul Rahman
 • ADUN Sungai ManikZainol Fadzi Paharudin
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
36750

Chikus (Jawi: چيكوس) atau secara rasminya Pekan Chikus (Jawi: ڤكن چيكوس) ialah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Mukim Sungai Manik yang di mana di bawah pentadbiran Daerah Hilir Perak, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia.[1] Antara pekan yang berhampiran dengan Chikus ialah Langkap di timur dan Pekan Degong di timur laut.[1] Chikus merupakan kawasan sawah padi dan kebanyakan penduduknya ialah orang Melayu.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Chikus merupakan "nama manja" bagi tikus. Harimau dipanggil 'Pak Belang' Buaya dipanggil 'Sang Bedal'. Masalah utama pesawah padi ialah tikus yang boleh memusnahkan pokok-pokok padi yang sedang masak menguning dalam satu malam sahaja. Kepercayaan animisme manyatakan datangnya tikus begitu banyak kerana mendapat bala dari Tuhan kerana melanggar pantang tertentu.Apabila hendak membunuh tikus, tidak bleh lebih tiga kali pukul kerana dianggap menyiksa binatang.

Tuhan dalam konteks ini 'Hyang' iaitu ibu padi. Sembahyang bermaksud menyembah Hyang atau ibu padi. Itulah sebabnya orang Islam yang tahu telah menukar istilah sembahyang kepada solat, pinjaman dari Bahasa Arab.

Pekan Chikus terletak di timur Mukim Sungai Manik dan bersempadan dengan Mukim Changkat Jong.

Pekan Chikus sepenuhnya terletak di dalam kawasan parlimen Pasir Salak dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Manik. Sejak 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Sungai Manik ialah Zainol Fadzi Paharudin dari parti Perikatan Nasional (PN).[2] Chikus juga merupakan salah satu daerah mengundi di dalam DUN Sungai Manik.[3]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berikut ialah senarai sekolah yang terletak berhampiran dengan Chikus pada tahun 2020 berserta kod sekolah, lokasi dan jumlah pelajar.[4]

Kod sekolah Peringkat Nama sekolah Lokasi Jumlah pelajar (2020)
ABA5062 Rendah Sekolah Kebangsaan Chikus Jalan Chikus 184
AEA5072 Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik Sungai Manik (4.2 km dari Chikus) 333
  1. ^ a b "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". Malaysia Geospatial Online Services. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 5, 2021. Dicapai pada April 12, 2021.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.
  3. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. m/s. 84–85. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  4. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link)