Tujuh Biang Keladi
Filem Tujuh Biang Keladi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1984. Filem Tujuh Biang Keladi diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Tujuh Biang Keladi | |
---|---|
Pengarah | Aziz Sattar |
Lakon layar | Aziz Sattar |
Cerita oleh | Osman Abadi |
Dihasilkan oleh | Zulkifli Haji Ahmad |
Dibintangi | Raffi Hussain Norlida Ahmad Liza Abdullah Ismail Hutson |
Muzik oleh | Omar Taib |
Diedarkan oleh | Nirwana Film Production Sdn Bhd |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM251,965.82 |
Filem ini mula ditayangkan pada 3 April 1984 di pawagam seluruh negara.
Pengarah
suntingFilem Tujuh Biang Keladi diarah oleh pengarah Aziz Sattar pada 1984.
Sinopsis
suntingFilem ini mengisahkan Mona telah membawa diri dari Kelantan ke Kuala Lumpur kerana telah dimarahi oleh ayahnya akibat membuat sumbang di kampungnya. Di Kuala Lumpur, Mona menumpang tinggal bersama 6 orang gadis iaitu Esah, Afidah, Nina, Shamsiah, Ramlah dan Zakiah.
Mona hanyut dengan kehidupan di kota. Dia banyak terpengaruh dengan kehidupan rakan-rakan serumahnya. Selepas tiga tahun Mona langsung tidak mengirim khabar pada ayahnya di kampung. Ayah Mona yang sedang sakit dan sangat merindui anaknya telah meminta bantuan anak muridnya Mail untuk mencari Mona di Kuala Lumpur.
Dengan bantuan Salleh, akhirnya Mail berjaya menemui Mona dan mengajak dia balik ke kampung untuk melawat ayahnya yang sakit. Mona berdegil dan tidak mahu pulang ke kampung sehinggalah satu kejadian buruk yang telah menimpa dirinya yang telah mengubah kehidupan Mona.
Pelakon
suntingPelakon Utama
sunting- Raffi Hussain sebagai Mail@Abang Lebai
- Norlida Ahmad sebagai Mona@Maimunah
Pelakon Pembantu
sunting- Liza Abdullah sebagai Esah@Aishah
- Norehan Yaakob sebagai Afidah
- Rose Hazira Sudin sebagai Zakiah
- Yusma Laili Md Suhaimi sebagai Shamsiah
- Aini Noor sebagai Ramlah
- Nor Akma Yunus sebagai Ana
- Ismail Hutson sebagai Jalal
- Megat Hashim sebagai Tahir
- Shamsudin Baslah sebagai Zamri
- M. Rajoli sebagai Salleh
- M. Shahdan sebagai Peminta Derma
Penampilan Istimewa
sunting- Osman Zailani sebagai Ayah Mona
- Rohaya Rahman sebagai Mak Aji Hawa
- A.R Ayappan sebagai Mamat