1984
Tahun
1984 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Ahad. Ia berlangsung dari 27 Rabiulawal 1404 hingga 7 Rabiulakhir 1405.
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
sunting- Kokaina diperkenalkan buat pertama kali ke kawasan Los Angeles dan kemudian merebak ke seluruh Amerika Syarikat.
Januari
sunting- 1 Januari - Brunei menjadi sebuah negara merdeka.
- 1 Januari - Penjualan anak-anak syarikat Sistem Bell memecahkan AT&T menjadi 24 unit yang bebas.
- 3 Januari - Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan bertemu dengan Leftenan Tentera Laut Robert Goodman, dan Reverend Jesse Jackson di Rumah Putih, selepas pembebasan Leftenan Goodman daripada penangkapan Syria.
- 5 Januari - Richard Stallman memulakan pembangunan GNU.
- 7 Januari - Brunei menjadi ahli Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang keenam.
- 9 Januari - Clara Peller ditonjolkan buat pertama kali dalam "Di mananya Daging Lembu?", kempen iklan Wendy's.
- 10 Januari - Amerika Syarikat dan Vatican mengasaskan hubungan diplomatik penuh.
- 23 Januari - Perjanjian Perdamaian dan Persahabatan dimeterai antara Argentina dan Chile di Kota Vatican.
- 23 Januari - Hulk Hogan menewaskan The Iron Sheik dalam Kejohanan Persekutuan Gusti Dunia di Taman Dataran Madison. Gerakan kebudayaan yang dikenali sebagai Hulkamania dilahirkan.
- 24 Januari - Apple Macintosh pertama dijual.
- 27 Januari - Kulit kepala bintang pop Michael Jackson terbakar dengan parah oleh piroteknik semasa memfilemkan iklan Pepsi.
Februari
sunting- 1 Februari - Medicare dikuatkuasakan di Australia.
- 2 Februari - Akhbar Melbourne, The Age, menerbitkan pemasangan pengesan suara telefon yang membabitkan seorang hakim yang tidak diketahui.
- 3 Februari - STS-41-B: Bolak-Balik Angkasa Lepas Challenger dilancarkan untuk misi kesepuluhnya.
- 7 Februari - Angkasawan Bruce McCandless II dan Robert L. Stewart berjalan di angkasa lepas tanpa tali penambat buat pertama kali.
- 8 Februari - Sukan Olimpik Musim Sejuk 1984 bermula di Sarajevo.
- 9 Februari - Pemimpin Soviet, Yuri Andropov, meninggal dunia.
- 9 Februari - Pendedahan kata-kata Jesse Jackson yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai penghinaan anti-Semitisme menjejaskan kempen kepresidenannya.
- 13 Februari - Konstantin Chernenko mewarisi mendiang Yuri Andropov sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.
- 18 Februari - Vatican dan kerajaan Itali memeterai sebuah perjanjian baru yang membubarkan Gereja Katolik Rom.
- 26 Februari - Angkatan Tentera Marin Amerika Syarikat berundur dari Beirut, Lubnan.
- 29 Februari - Pierre Trudeau, Perdana Menteri Kanada, mengumumkan persaraannya.
Mac
sunting- 5 Mac - Iran menuduh Iraq kerana menggunakan senjata kimia; PBB mengutuk penggunaannya pada 30 Mac.
- 5 Mac - Perdana Menteri India Indira Gandhi mengarahkan serangan terhadap Harimandir Sahib, tempat suci Sikh.
- 6 Mac - Mogok selama setahun bermula dalam industri batu arang British (lihat Mogok Pelombong UK (1984-1985)).
- 14 Mac - Gerry Adams dan tiga orang lain daripada gerakan Sinn Féin menerima cedera parah, akibat serangan senapang oleh UVF.
- 16 Mac - William Buckley, ketua stesen CIA di Beirut, diculik oleh Jihad Islam dan kemudian mati dalam penangkapan.
- 22 Mac - Guru-guru di Prasekolah McMartin, Pantai Manhattan, California dituduh kerana penganiayaan kanak-kanak di sekolah melalui upacara amal syaitan. Tuduhan itu kemudian dibatalkan kerana langsung tidak berasas.
- 23 Mac - Jeneral Rahimuddin Khan menjadi orang pertama dalam sejarah Pakistan untuk memerintah salah dua daripada provinsi-provinsinya, selepas menjadi Gabenor interim Sindh.
- 27 Mac - Starlight Express dipersembahkan di Teater Apollo Victoria, London.
April
sunting- 2 April - Rakesh Sharma, Ketua Skuadron India, bertolak ke angkasa lepas di dalam Soyuz T-11.
- 4 April - Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat, menyuruh pengharaman antarabangsa senjata kimia.
- 12 April - Perampas bersenjata api mengambil Bas Nombor 300 Israel sebagai tebusan. Pasukan khas Israel membuat serangan tiba-tiba terhadap bas itu dan membebaskan orang-orang tebusan (seorang tebusan dan 2 orang perampas dibunuh). Dua orang perampas ditangkap dan kemudian dibunuh dalam soal siasat Perkhidmatan Rahsia. Kejadian ini mengakibatkan skandal besar dan pergolakan dalam perkhidmatan rahsia.
- 13 April - India melancarkan Operasi Meghdoot, apabila kebanyakan Glasier Siachen di Kashmir dikuasainya.
- 16 April - Majlis Pengisytiharan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Pulau Labuan, Sabah. Pengisytiharan tersebut menjadikan Labuan sebagai Wilayah kedua bagi Malaysia diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Mahathir Mohamad yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan Harris Salleh yang mewakili kerajaan Sabah telah menandatangani watikah pengisytiharan tersebut. Dalam amanat di majlis pengisytiharan tersebut, Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sabah yang telah bersetuju menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.
- 17 April - Yvonne Fletcher, konstabel polis wanita, ditembak mati oleh seorang bersenjata api terasing di luar Kedutaan Libya di London.
- 19 April - Advance Australia Fair diisytiharkan sebagai lagu kebangsaan Australia, dan warna hijau dan emas sebagai warna negara.
- 25 April - Tempoh perkhidmatan Sultan Ahmad Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-7 berakhir.
- 26 April - Sultan Johor Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-8.
Mei
sunting- 2 Mei - Perayaan Taman Antarabangsa Liverpool bermula di Liverpool.
- 5 Mei - The Herreys memenangi Pertandingan Lagu Eurovisi 1984 untuk Sweden, dengan lagu Diggi-Loo, Diggi-Ley.
- 8 Mei - Kesatuan Soviet mengumumkan pemulauan Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, California.
- 8 Mei - Denis Lortie membunuh tiga orang kakitangan di bangunan Dewan Undangan Quebec.
- 8 Mei - Permainan paling lama dalam sejarah Liga Besbol Utama bermula pada pukul 7.30 petang antara Milwaukee Brewers dan Chicago White Sox. Permainan 25 pusingan itu dimain selama dua hari, dengan jangka masa 8 jam dan 6 minit.
- 11 Mei - Transit Bumi dari Marikh terjadi.
- 12 Mei - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengumumkan Kerajaan British bersetuju menyerahkan kembali Bukit Carcosa kepada Kerajaan Malaysia. Bukit Carcosa yang berkeluasan 7.2 hektar dan terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, telah diserahkan kepada Kerajaan British pada 12 September 1956 sebagai tanda penghargaan kerana telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957.
- 14 Mei - Duit syling sedolar diperkenalkan di Australia.
Jun
sunting- 5 Jun - Kerajaan India memulakan Operasi Blue Star, serangan terancang terhadap Kuil Keemasan di Amritsar.
- 6 Jun - Angkatan tentera India membuat serangan tiba-tiba terhadap Kuil Keemasan di Amritsar, kuil Sikh yang paling suci, dan membunuh lebih kurang 300 orang.
- 8 Jun - Puting beliung F5 hampir memusnahkan bandar Barneveld, Wisconsin, dan membunuh 9 orang, mencederakan lebih kurang 200 orang, serta mengakibatkan kerosakan melebihi AS$25 juta.
- 8 Jun - Filem Ghostbusters ditayangkan dan menjadi filem musim panas kegemaran ramai, dengan lagu "Ghostbusters" oleh Ray Parker Jr. menjadi lagu laris Top 40.
- 20 Jun - Rombakan peperiksaan terbesar dalam sistem pendidikan British sejak melebihi 10 tahun diumumkan, dengan peperiksaan peringkat biasa (O-level) dan CSE digantikan oleh GCSE, peperiksaan baru.
- 22 Jun - Nama rasmi Urfa, bandar raya Turki, ditukarkan menjadi Sanliurfa.
- 22 Jun - Virgin Atlantic membuat penerbangan sulung.
- 27 Jun - Perancis menewaskan Sepanyol 2-0 untuk memenangi Euro 84.
- 30 Jun - John Turner menjadi Perdana Menteri Kanada ke-17.
Julai
sunting- 4 Julai - Richard Petty mencapai kemenangan NASCARnya yang ke-200 dalam Firecracker 400 di Daytona, Florida.
- 9 Julai - Kilat membakar York Minster.
- 12 Julai - Di San Francisco, Konvensyen Nasional Demokratik mencalonkan Walter F. Mondale sebagai President Amerika Syarikat, dan Geraldine Ferraro sebagai Naib Presiden.
- 14 Julai - Perdana Menteri New Zealand, Robert Muldoon, mengadakan pilihan raya kilat dan ditewaskan dengan teruk oleh David Lange, ketua parti pembangkang Buruh.
- 18 Julai - Restoran Culver's yang pertama dibuka di Bandaraya Sauk, Wisconsin.
- 18 Julai - Di San Ysidro, California, James Oliver Huberty yang berumur 41 tahun menghujani restoran McDonald's dengan peluru, dan membunuh 21 orang sebelum ditembak mati.
- 21 Julai - Di Jackson, Michigan, sebuah robot kilang memenyekkan seorang pekerja pada palang keselamatan dan mengakibatkan kematian berkait robot pertama di Amerika Syarikat.
- 23 Julai - Vanessa Williams menjadi Miss America pertama untuk menyerahkan mahkotanya selepas gambar-gambar foto bogelnya muncul dalam "majalah Penthouse".
- 25 Julai - Svetlana Savitskaya, angkasawan Salyut 7, menjadi wanita pertama untuk berjalan di angkasa lepas.
- 28 Julai - Sukan Olimpik Musim Panas 1984 bermula di Los Angeles, California.
Ogos
sunting- 1 Ogos - Pembatalan kawal selia bank-bank Australia.
- 4 Ogos - Volta Atas, sebuah republik Afrika, menukarkan namanya menjadi Burkina Faso.
- 16 Ogos - John De Lorean dibebaskan daripada kesemua lapan tuduhan memiliki dan mengedarkan kokaina.
- 21 Ogos - Setengah juta orang di Manila menunjuk perasaan terhadap rejim Ferdinand Marcos.
- 23 Ogos - Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan dan Naib Presiden George H. W. Bush dicalonkan semula dalam Konvensyen Nasional Republikan di Dallas, Texas.
- 30 Ogos - STS-41-D: Bolak-Balik Angkasa Lepas Discovery bertolak untuk perjalanan sulungnya.
September
sunting- 2 September - Tujuh orang ditembak mati dan 12 orang dicederakan dalam suatu kejadian tembak-tembakan motosikal antara geng pesaing Bandidos dan Comancheros di subbandar Milperra, Sydney.
- 4 September - Parti Konservatif Progresif Kanada yang diketuai oleh Brian Mulroney memenangi 211 kerusi dalam Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan majoriti yang terbesar dalam sejarah Kanada.
- 4 September - Siri televisyen Thomas the Tank Engine and Friends disiarkan buat pertama kali dalam ITV.
- 5 September - STS-41-D: Bolak-balik angkasa lepas Discovery mendarat selepas perjalanan sulungnya.
- 5 September - Australia Barat menjadi negeri terakhir Australia untuk memansuhkan hukuman mati.
- 14 September - Anugerah Muzik Video MTV yang pertama diadakan di Dewan Muzik Bandaraya Radio, Bandaraya New York.
- 16 September - Miami Vice disiarkan buat pertama kali dalam NBC.
- 26 September - United Kingdom dan Republik Rakyat China memeterai perjanjian permulaan untuk mengembalikan Hong Kong kepada China pada 1997.
- 27 September - Malaysia-Itali memasuki satu era baru bidang kerjasama dengan temeterainya memorandum persefahaman antara Perbadanan Pelaburan Luar Negeri Malaysia (MOIC) dengan Persatuan bagi Penggalakkan Pekerja-pekerja Itali di negara-negara ketiga (ASSTER). Persefahaman yang dimeteri adalah rentetan dari lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad selama tiga hari ke Itali mulai dari 24 September.
Oktober
sunting- 4 Oktober - Tim Macartney-Snape dan Greg Mortimer menjadi orang-orang Australia pertama untuk mencapai kemuncak Gunung Everest.
- 5 Oktober - STS-41-G: Marc Garneau di dalam bolak-balik angkasa lepas Challenger menjadi orang Kanada pertama di angkasa lepas.
- 11 Oktober - Angkasawan Kathryn D. Sullivan daripada bolak-balik angkasa lepas Challenger menjadi wanita Amerika pertama untuk berjalan di angkasa lepas.
- 12 Oktober - Angkatan Tentera Republikan Ireland Sementara (PIRA) mencuba membunuh Kabinet British dalam pengeboman hotel Brighton.
- 19 Oktober - Polis rahsia Poland menangkap Jerzy Popiełuszko, paderi Katolik yang menyokong gerakan Solidarity. Jasadnya dijumpai di sebuah takungan, 11 hari kemudian pada 30 Oktober.
- 22 Oktober - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad merasmikan pembukaan Kampus Utama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kampus yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur dilengkapi dengan kemudahan yang serba moden dan lengkap serta berkeupayaan menampung perkembangan pesat INTAN.
- 31 Oktober - Perdana Menteri India Indira Gandhi dibunuh oleh dua orang pengawal keselamatan Sikh. Rusuhan tercetus tidak lama kemudian di New Delhi, dan lebih kurang 2,700 orang Sikh yang tidak berdosa dibunuh.
November
sunting- 2 November - Hukuman mati: Velma Barfield menjadi wanita pertama di Amerika Syarikat untuk dihukum mati sejak 1962, di Raleigh, Carolina Utara.
- 6 November - Ronald Reagan menewaskan Walter F. Mondale dalam Pilihan Raya Kepresidenan Amerika Syarikat dengan 59% undi, bilangan undi tertinggi sejak kemenangan 61% Richard Nixon pada 1972. Reagan memenangi 49 negeri; Mondale hanya memenangi Minnesota, negeri asalnya, dengan kelebihan 3,761 undi sahaja, serta Daerah Columbia.
- 9 November - Pertayangan A Nightmare on Elm Street bermula di pawagam-pawagam Amerika Syarikat.
- 9 November - Cesar Chavez menyampaikan ucapan "Apakah Masa Depan bagi Pekerja-pekerja Ladang dan Orang-orang Amerika-Sepanyol" di Kelab Komanwel di San Francisco.
- 19 November - Satu siri letupan di tempat simpanan petroleum PEMEX di San Juan Ixhuatepec, Bandaraya Mexico mengakibatkan kebakaran besar yang membunuh hampir 500 orang.
- 20 November - Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad merasmikan pembukaan Markas Panglima Armada dan Sistem Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.
- 21 November - Persidangan Keempat Ketua-ketua Polis ASEAN telah berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.
- 23 November - Doug Flutie dari Kolej Boston memberi 'hantaran Hail Mary' kepada Gerald Phelan dan menyebabkan kemenangan Kolej Boston 47-45 terhadap Miami Hurricanes.
- 25 November - Tiga puluh enam orang ahli muzik pop Britain dan Ireland yang terkenal berkumpul di studio Bukit Notting untuk membentuk Band Aid dan merakamkan lagu "Do They Know It's Christmas" untuk memungut derma bagi bantuan kebuluran di Ethiopia.
- 25 November – Kereta api Landasan Timur tergelincir di antara stesen Sheung Shui dan Fanling, Hong Kong.
- 28 November - Melebihi 250 tahun selepas kematian mereka, William Penn dan isterinya, Hannah Callowhill Penn, dijadikan Rakyat Kehormat Amerika Syarikat.
- 30 November - Harimau Pembebasan Tamil Eelam memulakan penyingkiran orang Sinhala dari Sri Lanka utara dan timur; 127 orang dibunuh.
Disember
sunting- 2 Disember - Kerajaan Bob Hawke dipilih semula di Australia dengan majoriti yang dikurangkan.
- 3 Disember - Bencana Bhopal: Kebocoran metil isosianat di kilang racun perosak Union Carbide di Bhopal, Madhya Pradesh, India, membunuh melebihi 2,000 orang dengan serta merta dan mencederakan antara 150,000 hingga 600,000 orang lain (lebih kurang 6,000 orang ini kemudian mati daripada kecederaan mereka) dalam salah satu bencana perindustrian yang paling teruk dalam sejarah.
- 3 Disember - Telekom British diswastakan.
- 19 Disember - Republik Rakyat China dan United Kingdom memeterai Pengisytiharan Bersama China-British tentang masa hadapan Hong Kong.
- 22 Disember - Empat orang pemuda Amerika-Afrika, (Barry Allen, Troy Canty, James Ramseur, and Darrell Cabey) menaiki kereta api ekspres di boro Bronx, Bandaraya New York, dan mencuba merompak Bernhard Hugo Goetz yang menembak mereka. Peristiwa ini mencetuskan perdebatan negara tentang jenayah bandar yang melanda Amerika Syarikat pada 1980-an.
- 22 Disember - Di Malta, Perdana Menteri Dom Mintoff meletakkan jawatan.
- 28 Disember - Sebuah peluru berpandu krus Soviet terjatuh ke dalam tasik Inarinjärvi di Lapland Finland. Pihak berkuasa Finland mengumumkan fakta itu pada 31 Januari 1985.
- 31 Disember - Rajiv Gandhi menjadi perdana menteri India.
Tarikh tepat tidak pasti
sunting- Kebuluran bermula di Ethiopia.
- Perjanjian perdamaian antara Kenya dan Somalia dimeterai di Cairo, ibu negara Mesir, pada Disember 1984. Dengan penjanjian ini, Somilia melepaskan tuntutan wilayah sejarahnya dan hubungan antara kedua-dua negara mula bertambah baik.
- Limbungan Chatham di Medway, England, tutup selepas digunakan untuk membina kapal selama melebihi 400 tahun sejak pemerintahan Raja Henry VIII.
- Boeing 737-300 memasuki perkhidmatan.
- Bas XT digantikan dengan bas ISA.
- Intel 80286, sebuah mikropemproses dengan struktur bas data 16-bit dan mampu mengalamatkan RAM 16MB, digunakan dalam komputer peribadi IBM AT dan beroperasi pada 20 MHz. Komputer ini adalah lima kali lebih pantas daripada 8086.
- Komputer Apple Macintosh mula dikeluarkan.
- Bahagian Komputer Peribadi IBM memperkenalkan IBM Portable PC, komputer mudah alihnya yang pertama yang beratnya 30 paun.
- Istilah "virus" digunakan buat pertama kali dalam terbitan akademik oleh Fred Cohen.
- Dell diasaskan oleh Michael Dell pada 4 November di Austin Texas dengan nama, "PC's Limited".
- Lenovo diasaskan dengan nama New Technology Developer Inc. oleh pengerusi pengasas, Liu Chuanzhi, bersama-sama dengan 10 orang rakan sekerjanya. Modal permulaannya sebanyak hanya RMB200,000 (AS$25,000) dibiayai oleh Akademi Sains Cina.
Kelahiran
suntingJanuari
sunting- Januari 1 - Keyra Ogosina, peragawati
- Januari 1 - Michael Witt, pemain liga ragbi Australia
- Januari 3 - Meia Ababadjani, seniwati
- Januari 3 - Charlotte Marshall, peragawati
- Januari 12 - Scott Olsen, pemain besbol Amerika Syarikat
- Januari 13 - Eleni Ioannou, ahli silat Greece (maut 2004)
- Januari 15 - Megan Quann, perenang
- Januari 17 - Calvin Harris, DJ Scotland
- Januari 19 - Zakia Mrisho Mohamed
- Januari 22 - Raica Oliveira, peragawati super Brazil
- Januari 25 - Ines Cudna, peragawati
- Januari 26 - Rebecca Ritters, seniwati
- Januari 26 - Luo Xuejuan, perenang
- Januari 29 - Natalie du Toit, perenang Afrika Selatan
Februari
sunting- Februari 10 - Kim Hyo Jin, seniwati Korea
- Februari 12 - Alexandra Dahlström, seniwati
- Februari 15 - Dorota Rabczewska, penyanyi dan peragawati Poland
- Februari 25 - Xing Huina, ahli olahraga Cina
- Februari 28 - Karolina Kurkova, peragawati
- Februari 29 - Alicia Hollowell, pembaling sofbal
Mac
sunting- Mac 1 - Naima Mora, pemenang Next Top Model Amerika Syarikat (pusingan 4)
- Mac 7 - Dani Woodward, pelakon lucah
- Mac 10 - Olivia Wilde, seniwati Amerika Syarikat
- Mac 20 - Christy Carlson Romano, seniwati
- Mac 20 - Marcus Vick, pemain bola sepak Amerika Syarikat
- Mac 20 - Nomura Yuka, seniwati Jepun
- Mac 24 - Chris Bosh, pemain bola sepak Amerika Syarikat yang kini bermain untuk Toronto Raptors
- Mac 25 - Yuriy Leonovich, pemain selo Ukraine-Amerika
- Mac 25 - Katharine McPhee, peserta akhir American Idol
- Mac 26 - Stéphanie Lapointe, penyanyi Quebec serta pemenang Star Académie 2004
- Mac 28 - Nikki Sanderson, seniwati British
April
sunting- April 1 - Amanda Righetti, seniwati Amerika Syarikat
- April 3 - Allana Slater, ahli gimnastik Australia
- April 4 - Sean Mei, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
- April 8 - Kirsten Storms, seniwati Amerika Syarikat
- April 9 - Adam Loewen, pembaling besbol Kanada
- April 10 - Mandy Moore, penyanyi dan seniwati Amerika Syarikat
- April 10 - Cara DeLizia, seniwati Amerika Syarikat
- April 11 - Kelli Garner, seniwati Amerika Syarikat
- April 13 - Kris Britt, pemain kriket Australia
- April 17 - Rosanna Davison, peragawati Ireland
- April 18 - America Ferrera, seniwati Amerika Syarikat
- April 22 - Michelle Ryan, seniwati British
- April 23 - Alexandra Kosteniuk, pemain catur Rusia
- April 23 - Lil Eazy-E, anak lelaki kepada penyanyi rap, Eazy-E.
- April 24 - Tyson Ritter, penyanyi/penyanyi bes Amerika Syarikat
- April 27 - Patrick Stump, penyanyi Amerika Syarikat (Fall Out Boy)
- April 29 - Taylor Cole, seniwati dan peragawati Amerika Syarikat
- April 29 - Lina Krasnoroutskaya, pemain dan pengulas tenis Rusia
Mei
sunting- Mei 1 - Farah Fath, seniwati Amerika Syarikat
- Mei 1 - Alexander Farnerud, pemain bola sepak Sweden
- Mei 3 - Dion Wiyoko, pelakon lelaki Indonesia.
- Mei 5 - Wade MacNeil, pemain gitar Kanada
- Mei 11 - Andres Iniesta, pemain bola sepak Sepanyol
- Mei 14 - Mark Zuckerberg, pengasas Facebook
- Mei 16 - Katie Downes, peragawati glamor British, dikenali untuk kemunculannya sebagai "Wanita Halaman Ketiga"
- Mei 17 - Christine Robinson, pemain polo air Kanada
- Mei 21 - Syamsul Yusof, pelakon Malaysia
- Mei 24 - Sarah Hagan, seniwati Amerika Syarikat
- Mei 25 - Unnur Birna Vilhjálmsdóttir, "Miss Iceland", dimahkotai Miss World pada 2005
- Mei 29 - Carmelo Anthony, pemain besbol Amerika Syarikat
- Mei 31 - Jason Smith, pelakon Australia
Jun
sunting- Jun 1 - Oliver Tielemans, pelumba kereta Belanda
- Jun 9 - Wesley Sneijder, pemain bola sepak Belanda
- Jun 11 - Vagner Love, pemain bola sepak Brazil
- Jun 13 - Berangere Schuh, pemanah Perancis
- Jun 16 - Rick Nash, pemain hoki Kanada, Columbus Blue Jackets
- Jun 24 - J.J. Redick, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
- Jun 25 - Lauren Bush, peragawati Amerika Syarikat
- Jun 25 - Amrita Hunjan, penyanyi RnB British
- Jun 26 - Raymond Felton, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
Julai
sunting- Julai 3 - Corey Sevier, pelakon Kanada
- Julai 11 - Tanith Belbin, pemain luncur ais berbunga Kanada
- Julai 12 - Gareth Gates, penyanyi Inggeris
- Julai 12 - Michael McGovern, pemain bola sepak Ireland Utara
- Julai 19 - Adam Morrison, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
- Julai 22 - Kinzie Kenner, seniwati lucah Amerika Syarikat
- Julai 24 - Tyler Kyte, pelakon/penyanyi Kanada
- Julai 26 - Sabri Sarıoğlu, pemain bola sepak Turki
Ogos
sunting- Ogos 07 - Ullas das, penulis dan pemuisi Bengal
- Ogos 12 - Sherone Simpson, ahli olahraga Jamaica
- Ogos 13 - Luke Thompson, usahawan Amerika Syarikat yang gagal
- Ogos 20 - Mirai Moriyama, pelakon Jepun
- Ogos 21 - Alizée Jacotey, penyanyi Perancis
- Ogos 21 - Melissa Schuman, penyanyi dan seniwati Amerika Syarikat
September
sunting- September 1 - Joe Trohman, ahli muzik Amerika Syarikat
- September 3 - Garrett Hedlund, pelakon Amerika Syarikat
- September 7 - Ayu Dewi, pelakon wanita Indonesia
- September 7 - Dimas Aditya, pelakon lelaki Indonesia
- September 7 - Farveez Maharoof, pemain kriket Sri Lanka
- September 7 - Vera Zvonareva, pemain tenis Rusia
- September 13 - J.R. Writer, Penyanyi rap bawah tanah Amerika Afrika (ahli The Diplomats)
- September 14 - Adam Lamberg, pelakon Amerika Syarikat
- September 15 - Putera Harry dari Wales
- September 16 - Katie Melua, penyanyi Georgia
- September 23 - Anneliese van der Pol, seniwati Belanda
- September 25 - Rashad McCants, pemain besbol Amerika Syarikat
- September 27 - Avril Lavigne, penyanyi Kanada
- September 28 - Helen Oyeyemi, penulis novel British
- September 30 - Megan Ewing, peragawati Amerika Syarikat
Oktober
sunting- Oktober 3 - Ashlee Simpson, penyanyi dan seniwati Amerika Syarikat
- Oktober 4 - Eric Staal, pemain hoki Kanada
- Oktober 10 - Chiaki Kuriyama, seniwati Jepun
- Oktober 14 - Santino Quaranta, pemain bola sepak Amerika Syarikat
- Oktober 16 - Melissa Lauren, seniwati lucah
- Oktober 18 - Holly Dunaway, petinju
- Oktober 20 - Balqees Ahmed Fathi, penyanyi dan pelakon wanita Yaman dan Emiriah Arab Bersatu
- Oktober 25 - Katy Perry,penyanyi Amerika Syarikat
- Oktober 26 - Sasha Cohen, pemain luncur ais berbunga Amerika Syarikat
- Oktober 27 - Kelly Osbourne, penyanyi Inggeris
November
sunting- November 7 - Amelia Vega, Miss Universe 2003, dari Republik Dominika
- November 9 - Delta Goodrem, seniwati dan penyanyi Australia
- November 9 - Se7en, penyanyi Korea Selatan
- November 21 - Jena Malone, seniwati Amerika Syarikat
- November 22 - Scarlett Johansson, seniwati dan pelakon Amerika Syarikat
- November 22 - Kate Ground, peragawati internet Kanada, pemilik Katesplayground.com
- November 28 - Mary Elizabeth Winstead, seniwati Amerika Syarikat
- November 28 - Andrew Bogut, pemain bola keranjang Australia
- November 28 - Trey Songz, penyanyi Amerika Syarikat
- November 28 - Marc-Andre Fleury, pemain hoki Kanada
Disember
sunting- Disember 7 - Robert Kubica, pelumba kereta Formula One Poland yang pertama
- Disember 14 - Chris Brunt, pemain bola sepak Ireland Utara
- Disember 17 - Asuka Fukuda, bekas penyanyi Jepun
- Disember 22 - Jonas Altberg (Basshunter), pemain muzik Sweden
- Disember 25 - The Veronicas, penyanyi Australia
- Disember 27 - Tye'sha Fluker, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
- Disember 30 - LeBron James, pemain bola keranjang Amerika Syarikat
Kematian
suntingJanuari
sunting- Januari 7 - Alfred Kastler, ahli fizik Perancis, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1902)
- Januari 20 - Johnny Weissmuller, perenang dan pelakon yang berasal dari Austria (lahir 1904)
- Januari 21 - Jackie Wilson, penyanyi Amerika Syarikat (lahir 1934)
- Januari 22 - Sir Count Michael Gonzi, Ketua Biskop Malta dan bekas ahli politik (lahir 1885)
- Januari 30 - Luke Kelly, penyanyi lagu rakyat Ireland (lahir 1940)
Februari
sunting- Februari 8 - Karel Miljon, petinju Belanda (lahir 1903)
- Februari 9 - Yuri Andropov, Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet (lahir 1914)
- Februari 10 - David Von Erich, ahli gusti profesional (lahir 1958)
- Februari 12 - Julio Cortázar, penulis Argentina (lahir 1914)
- Februari 15 - Ethel Merman, penyanyi dan seniwati Amerika Syarikat (lahir 1908)
- Februari 21 - Michail Aleksandrovich Sholokhov, penulis Rusia, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1905)
- Februari 22 - Jessamyn West, penulis Amerika Syarikat (lahir 1902)
Mac
sunting- Mac 1 - Jackie Coogan, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1914)
- Mac 5 - Tito Gobbi, pemain bariton Itali (lahir 1915)
- Mac 5 - William Powell, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1892)
- Mac 12 - Arnold Ridley, dramatis dan pelakon Inggeris (lahir 1896)
- Mac 16 - John Hoagland, jurugambar Amerika Syarikat (lahir 1947)
- Mac 18 - Charlie Lau, pemain besbol Amerika Syarikat (lahir 1933)
- Mac 21 - Sir Michael Redgrave, pelakon Inggeris (lahir 1908)
- Mac 24 - Sam Jaffe, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1891)
April
sunting- April 1 - Marvin Gaye, penyanyi Amerika Syarikat (lahir 1939)
- April 8 - Pyotr Leonidovich Kapitsa, ahli fizik Rusia, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1894)
- April 11 – Edgar V. Saks, negarawan dan ahli sejarah Estonia (lahir 1910)
- April 15 - Tommy Cooper, pelawak dan ahli silap mata Wales (lahir 1921)
- April 20 - Hristo Prodanov, pendaki gunung Bulgaria (lahir 1943)
- April 22 - Ansel Adams, jurugambar Amerika Syarikat (lahir 1902)
- April 26 - Count Basie, ahli muzik dan penggubah Amerika Syarikat (lahir 1904)
Mei
sunting- Mei 2 - Jack Barry, juruacara dan penerbit televisyen Amerika Syarikat (lahir 1918)
- Mei 16 - Andy Kaufman, pelakon lucu Amerikat Syarikat (lahir 1949)
- Mei 16 - Irwin Shaw, penulis Amerika Syarikat (lahir 1913)
- Mei 19 - John Betjeman, pemuisi Inggeris (lahir 1906)
- Mei 28 - Eric Morecambe, pelakon lucu British (lahir 1926)
Jun
sunting- Jun 16 - Lew Andreas, jurulatih bola keranjang Amerika Syarikat (lahir 1895)
- Jun 26 - Michel Foucault, ahli falsafah Perancis (lahir 1926)
Julai
sunting- Julai 1 - Moshé Feldenkrais, pengasas Ukraine untuk Kaedah Feldenkrais (lahir 1904)
- Julai 8 - Brassaï, jurugambar yang berasal dari Hungary (lahir 1899)
- Julai 14 - Philippe Wynne, ahli muzik Amerika Syarikat (lahir 1941)
- Julai 24 - Armando Morales Barillas, pemain gitar Nicaragua (lahir 1936)
- Julai 26 - Ed Gein, pembunuh bersiri Amerika Syarikat (lahir 1906)
Ogos
sunting- Ogos 2 - Quirino Cristiani, pengarah filem animasi Argentina (lahir 1896)
- Ogos 5 - Richard Burton, pelakon Wales (lahir 1925)
- Ogos 11 - Alfred A. Knopf, penerbit Amerika Syarikat (lahir 1892)
- Ogos 11 - Paul Felix Schmidt, pemain catur Estonia–Jerman (lahir 1916)
- Ogos 13 - Tigran Petrosian, pemain catur Georgia (lahir 1929)
- Ogos 14 - J. B. Priestley, dramatis dan penulis novel Inggeris (lahir 1894)
- Ogos 25 - Waite Hoyt, pemain besbol (lahir 1899) dan Truman Capote, penulis. (lahir 1924)
September
sunting- September 9 - Osman Talib - Datuk Bendahara seri Maharaja Perak (lahir 1919)
- September 25 - Walter Pidgeon, pelakon Kanada (lahir 1897)
Oktober
sunting- Oktober 5 - Leonard Rossiter, pelakon British (lahir 1926)
- Oktober 12 - Sir Anthony Berry, ahli politik British (pengeboman) (lahir 1925)
- Oktober 14 - Martin Ryle, ahli astronomi radio Inggeris, pemenang Hadiah Nobel Fizik (lahir 1918)
- Oktober 20 - Carl Ferdinand Cori, ahli biokimia yang berasal dari Austria, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1896)
- Oktober 20 - Paul Dirac, ahli fizik Inggeris, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1902)
- Oktober 21 - François Truffaut, pengarah filem Perancis (lahir 1932)
- Oktober 31 - Indira Gandhi, Perdana Menteri India (dibunuh) (lahir 1917)
November
sunting- November 6 - Gastón Suárez, penulis novel dan dramatis Bolivia (lahir 1929)
- November 16 - Vic Dickenson, pemain trombon Amerika Syarikat (lahir 1906)
- November 16 - Leonard Rose, pemain selo Amerika Syarikat (leukemia) (lahir 1918)
- November 18 - Mary Hamman, penulis dan editor Amerika Syarikat, editor LIFE, majalah kehidupan moden, dan ketua editor Bride & Home (lahir 1907)
Disember
sunting- 8 Disember - Luther Adler, pelakon Amerika Syarikat (lahir 1903)
- 11 Disember - Oskar Seidlin, cendekiawan kesusasteraan Amerika Yahudi yang berasal dari Silesia (lahir 1911)
- 14 Disember - Vicente Aleixandre, penulis Sepanyol, pemenang Hadiah Nobel (lahir 1898)
- 15 Disember - Jan Peerce, penyanyi tenor Amerika Syarikat (lahir 1904)
- 16 Disember - J. Roderick MacArthur, peniaga dan dermawan Amerika Syarikat (lahir 1920)
- 20 Disember - Gonzalo Márquez, pemain Liga Besbol Utama Venezuela (lahir 1946)
- 28 Disember - Sam Peckinpah, pengarah filem Amerika Syarikat (lahir 1926)
Hadiah Nobel
suntingRujukan fiksyen
sunting- Novel Sembilan Belas Lapan Puluh Empat yang ditulis oleh George Orwell pada 1948 memberikan pandangan distopia tentang bagaimana kehidupan mungkin akan terjadi pada tahun protagonis mempercayai sebagai tahun 1984. Sebuah padanan filem sanjungan bagi novel ini difilemkan di London dan persekitarannya dari April hingga Jun 1984 di tempat-tempat dan pada tarikh-tarikh yang sama dengan yang difikirkan oleh penulis.
- Dalam filem The Terminator, kedua-dua watak judul serta Kyle Reese dihantar balik melalui masa dari tahun 2029 ke 12 Mei 1984.
- Dalam kartun, The Transformers, Autobot dan Decepticon terjaga selepas 4 juta tahun.
- Permainan video, Grand Theft Auto: Vice City Stories, berlaku pada tahun 1984.
- Cerpen, "Transit of Earth", oleh Arthur C. Clarke, berlaku pada tahun 1984.
- Pancaragam Anti-Flag menulis sebuah lagi yang dipanggil Selamat Datang ke 1984. Satu ayat lagu mengatakan: "...what I thought was the new millenium- is 1984..."
- Dalam The Iron Heel, novel distopia oleh Jack London, penciptaan Asgard, bandar raya ajaib, siap.