[go: up one dir, main page]

Dato' Ismail bin Haji Omar (1938 – 21 Julai 2012) atau lebih dikenali sebagai Ismail Hutson merupakan seorang pelakon filem Melayu di Malaysia.


Ismail Hutson
Kelahiran
Ismail bin Haji Omar

1938 (1938)
Meninggal dunia21 Julai 2012(2012-07-21) (umur 73–74)
Sebab kematianDemam panas dan komplikasi jantung
PekerjaanPelakon, Presiden Persatuan Zoologi Malaysia
Tahun aktif1978–2012
PasanganZaiton Osman
Hafidzah Khasbullah
Anak-anak7

Beliau dilahirkan di Selangor pada tahun 1938. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Beliau dianugerahkan pingat DPMS, KMN, PJK dan JP daripada kerajaan.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia

sunting

Selaku Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, beliau berkeras agar lokasi Zoo Negara agar tidak dipindahkan ke lokasi lain. Usaha mendapatkan geran tapak Zoo Negara telah diusahakan sejak 40 tahun lalu, tetapi masih tidak berhasil. Tapak Zoo Negara yang berkeluasan 48.5 hektar dimiliki oleh syarikat HSBC (Malaysia) Trustee Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kerajaan negeri Selangor. Zoo Negara perlu dikekalkan kerana ia cetusan Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman. [1] Geran tanah masih tidak diperolehi kerana nilai tanah di situ begitu tinggi. Perjanjian kerjasama telah diadakan pada 09 Disember 1977.

Bagi mengenang jasa-jasa beliau dalam mempertahankan kedudukan Zoo Negara, dataran utama di Zoo Negara telah dinamakan sempena beliau, iaitu Dataran Dato' Ismail Hutson.

Perfileman

sunting

Beliau terlibat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun , sejak 1970-an. Filem terakhirnya ialah Mr Cinderella (2003) yang dibintangi oleh Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira. Filem lain ialah Layar Lara (1997), Pesona Cinta (1995), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986) dan Dayang Suhana (1978).[2] Beliau adalah Presiden Persatuan Artis Veteran yang memperjuangkan nasib dan kebajikan artis tempatan .

Meninggal dunia

sunting

Ismail Hutson meninggal dunia pada 21 Julai 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pada usia 74 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9. Isteri keduanya, Hafidzah Khasbullah memaklumkan bahawa Ismail Hutson demam panas yang agak teruk dan komplikasi penyakit jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikan. Isteri pertamanya Zaiton Osman mempunyai 7 orang anak.[3] Mereka menetap di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam.

Filemografi

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting