[go: up one dir, main page]

Penterjemahan

(Dilencongkan daripada Terjemahan)

Penerjemahan[1] atau alih bahasa adalah kegiatan menafsirkan makna suatu teks dan menerbitkannya kembali dalam bahasa yang lain. Tujuan penerjemahan adalah untuk menghasilkan suatu karya terjemahan (teks sasaran) yang mempunyai makna yang sama dengan suatu karya bahasa asing (teks sumber). Penerjemahan merupakan suatu aktivitas yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan karena itu memungkinkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.

Papan Tanda Dwibahasa: Penterjemahan itu teras dalam masyarakat multi-bahasa

Seorang penerjemah seringkali berisiko untuk memperkenalkan kata-kata, tatabahasa atau sintaksis bahasa sumber secara tidak sengaja ke dalam bahasa sasaran yang dihasilkan.Pada masa yang sama, "pengkayaan" seperti ini biasanya mengimpor perhitungan dalam bahasa sumber dan pinjaman kata yang berguna yang memperkaya bahasa sasaran.Penerjemah, termasuk penerjemah awal teks keagamaan, telah membantu membentuk bahasa terjemahannya.[2]

Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi perkembangan teknologi telah ada boleh dibantu secara menggunakan mesin.

Etimologi

sunting

Kata dasar terjemah ترجمه‎ serapan Arab: تَرْجَمَة, rumi: tarjamah yang sewarisan Semitik dengan Ibrani: תִּרְגֵּם, rumi: tirgém mungkin sama ada berkaitan dengan kata bahasa Hitti turkummai- "menerangkan" mahupun dengan Akkadia: 𒅴𒁄 targumannu yang diakar r-g-m lalu seturunan Ibrani: רגן ragan "merungut" dan Arab: رَجَمَrajama "menyumpah".[3]

Teori terjemahan

sunting

Teori terjemahan dikemukakan awal oleh Etienne Dolet (1509-1546) pada awal tahun 1540. Prinsip-prinsipnya adalah:

  • Penerjemah sebaiknya benar-benar memahami isi dan harapan penulis teks asli.
  • Penerjemah harusnya menguasai dengan baik bahasa asli dan bahasa penerima terjemahan itu.
  • Penerjemah tidak boleh menerjemah kata demi kata dengan alasan kegiatan itu akan merusaka makna asli teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah dibaca, sedangkan teks aslinya mungkin sangat enak dan mudah dibaca.
  • Penerjemah sebaiknya menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa aslinya.
  • Penerjemah harusnya menciptakan kembali kesan dan semangat keseluruhan teks asli.

Dolet juga menyatakan bahawa amat penting untuk seorang penterjemah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. Selain itu, beliau juga menyeru para penterjemah supaya tidak melakukan kesilapan terjemahan harfiah. Kaedah yang terbaik adalah dengan menterjemah menggunakan gaya bahasa harian. Kaedah ini amat sesuai terjemahan untuk pembacaan orang awam. Manakala menurut beliau unsur stilistik penting hanya untuk terjemahan yang serius sahaja.

Prinsip penterjemahan

sunting

Penerjemahan merupakan satu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Ini adalah kerana penerjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan pembaca dan lebih-lebih lagi menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud pengarang teks sumber. Oleh itu, penterjemahan seharusnya dilakukan dengan berpandu kepada prinsip-prinsip yang tertentu.[4]

  • Tidak mengubah maksud pengarang teks asal.
    Prinsip ini adalah jelas untuk para penterjemah. Tetapi, pada praktikalnya para penterjemah sebenarnya sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud pengarang secara 100% kerana faktor perbezaan budaya dan bahasa. Tetapi, ini tidak bermaksud penterjemah diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan segaja.
  • Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca.
    Penterjemahan merupakan sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca dengan pengarang asal dapat dicapai.
  • Menghormati tatabahasa penerima.
    Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.
  • Menterjemah Makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.
    Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami.

Maka kesimpulannya, berpandukan kepada prinsip-prinsip ini, seorang penterjemah diharapkan dapat menghasilkan satu karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya yang boleh difahami serta selesa untuk dibaca.

Mazhab terjemahan

sunting

Terdapat dua mazhab terjemahan iaitu mazhab terjemahan linguistik dan mazhab terjemahan prgamatik.[5]

Terjemahan linguistik

sunting

Mazhab terjemahan linguistik mementingkan terjemahan semantik perkataan, istilah, frasa dan ayat. Ia menjadi mazhab penterjemahan utama di Malaysia.[5] Keburukan mazhab ini adalah penterjemah akan menterjemah setiap patah perkataan buku-buku tanpa memikirkan maksudnya asalkan ia diterjemahkan. Ini menghilangkan tujuan asal sesuatu terjemahan itu dilakukan iaitu supaya pembaca faham.

Terjemahan pragmatik

sunting

Mazhab terjemahan pragmatik membenarkan penterjemah untuk membuang mana-mana bahagian yang dianggap tidak berguna dibaca, penterjemah juga boleh menokok di sana sini dengan input-input tempatan apabila dirasakan perlu.[5] Pendekatan ini banyak diamalkan di Jepun, Korea, Thailand dan Indonesia. Mazhab ini memberi dua kelebihan. Pertama, penjimatan kos kewangan kerana terjemahan tidak dibayar berdasarkan jumlah perkataan yang diterjemah. Kedua, isi terjemahan pragmatik lebih bermutu kerana ia mengambil kira bahan-bahan yang relevan dengan keperluan setempat. Ia secara langsung mendukung proses meribumian ilmu, khususnya ilmu-ilmu sains yang diterokai oleh ahli sains Barat.

Penilaian hasil terjemahan

sunting

Secara umumnya, penilaian hasil terjemahan boleh dilakukan dari dua segi, yakni penilaian pragmatik dan penilaian semantik.

Pragmatik

sunting

Dalam penilaian pragmatik, nilai teks terjemahan ditentukan berdasarkan kesannya terhadap pengguna/pembaca. Dalam penilaian ini ketepatan makna tidak begitu dipentingkan. Penilaian ini adalah sesuai untuk terjemhan bahan-bahan yang "ringan" seperti iklan. Terjemahan iklan lebih mementingkan kesan promosi berbanding ketepatan makna teks asal. Walaupun demikian, penilaian ini tidak sesuai untuk terjemahan dalam bidang undang-undang dan juga bidang ilmiah.

Semantik

sunting

Bagi penilaian semantik, biasanya ia diterapkan ke dalam hasil terjemahan yang berat, seperti dokumen undang-undang, teks agama dan buku-buku ilmiah. Dalam keadaan ini, sesuatu teks terjemahan dituntut supaya mempunyai makna yang betul-betul sama dengan teks sumber. Maka untuk menilai teks terjemahan, ia boleh dilakukan dengan melihat sejauh manakah kesilapan tidak dilakukan. Kesilapan yang dimaksudkan ialah:

  1. Terbalikkan makna
  2. Peninggalan makna
  3. Penambahan makna (melainkan jika mengikut spesifikasinya)
  4. Percanggahan makna
  5. Pengubahsuaian makna

Kesilapan-kesilapan ini disusun mengikut tahap kesalahan yang teruk sehingga kurang teruk. Maka penilaian boleh dibuat dengan kriteria tersebut.

Proses terjemahan

sunting

Secara umumnya, terjemahan bermaksud untuk menerjemahkan makna teks sumber dan bukannya menerjemahkan bentuk bahasa teks sumber ke dalam bahasa sasaran. Maka penterjemahan seharusnya fokus kepada makna. Daripada itu, penterjemahan dimulakan dengan pentafsiran makna dan diakhiri dengan pengalihan makna itu ke dalam bahasa sasaran. Secara terperinci lagi, proses penerjemahan akan melalui peringkat seperti berikut:

Menterjemahkan kata

sunting

Kata-kata teks sumber harus ditafsir menurut konteks ayat. Ini adalah kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai lebih daripada satu makna(polisemi). Selepas sudah mengenal pasti makna kata-kata teks sumber, maka penterjemah harus mencari kata bahasa sasaran yang sepadan dengan makna kata itu. Kata yang dicarikan itu seharusnya mempunyai makna yang terdekat dengan istilah yang diterjemahkan.

Satu masalah umum yang sentiasa dihadapai oleh penterjemah ialah tiada kata-kata bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber. Keadaan ini akan timbul apabila sesuatu konsep itu tidak pernah ada dalam budaya bahasa sasaran. Maka, masalah ini harus diselesaikan melalui cara di bawah:

  • Memadankan perkataan bahasa sumber dengan serangkai kata bahasa sasaran.
  • Memadankan perkataan bahasa sumber dengan perkataan ciptaan penterjemah.
  • Mengambil terus perkataan bahasa sumber ke dalam teks terjemahan dengan mengubahsuai sebutan/ejaannya menurut ciri-ciri fonologi bahasa sasaran.

Menterjemahkan ungkapan

sunting

Dalam mentafsir makna teks sumber, penterjemah juga harus mentafsir makna pada peringkat ungkapan, yakni peringkat frasa. Ini bermaksud penterjemah akan menterjemah satu frasa demi satu frasa. Ini adalah kerana ungkapan ini mungkin akan membawa maksud kiasan dan dengan itu kita tidak boleh mentafsir makna ungkapan berkenaan berdasarkan makna kata-kata yang membentuknya. Contohnya, ungkapan "panjang tangan" tidak boleh diterjemahkan sebagai "long handed", kerana dalam bahasa Melayu "panjang tangan" membawa makna kiasan "suka mencuri".

Menterjemahkan ayat

sunting

Dalam menterjemahkan ayat, unsur makna dalam ayat teks asal boleh dipindahkan ke dalam sebuah ayat bahasa sasaran, ataupun ke dalam beberapa ayat bahasa sasaran. Ini bermaksud satu ayat daripada teks asal tidak semestinya dipadankan dengan satu ayat teks sasaran; tetapi boleh dipadankan dengan beberapa ayat teks sasaran.

Tindakan satu kepada banyak dalam penerjemahan adalah supaya ayat yang dihasilkan daripada penterjemahan tidak terlalu panjang dan bertele-tele sehingga menyusahkan pemahaman para pembaca. Dalam keadaan tertentu, ayat dalam teks asal mungkin terlalu panjang dan sekiranya diterjemah terus ke dalam satu ayat akan memberi kesan yang buruk.

Contohnya:

The content of school textbooks is often the issue of debate, as their target audience is young people, and the term "whitewashing" is the one commonly used to refer to selective removal of critical or damaging evidence or comment. (Bahasa Inggeris, satu ayat)

diterjemahkan sebagai:

Penapisan isi kandungan buku teks sekolah adalah satu isu pendebatan. Ini adalah kerana sasaran pembaca bagi buku teks ialah orang muda. Dalam pendebatan ini, perihal memindahkan dalil-dalil yang membahaya sentiasanya dikaitkan dengan konsep "penyucian".(Bahasa Melayu, 3 ayat)

Menterjemahkan wacana

sunting

Pada tanggapan umum, penterjemah wacana adalah himpunan daripada tindakan menterjemah perkataan, menterjemah ungkapan dan juga menterjemah ayat. Bagi penterjemahan yang baik, wacana seharusnya dijadikan fokus utama dalam penterjemahan. Penterjemahan wacana boleh dikaitkan dengan konsep "tiruan".

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ pengimbuhan alternatif: penerjemahan
  2. ^ Christopher Kasparek, "The Translator's Endless Toil", The Polish Review, vol. XXVIII, no. 2, 1983, pp. 84-87.
  3. ^ Rabin, Chaim (1963). "Hittite Words in Hebrew". Orientalia. 32 (2): 134–6. ISSN 0030-5367.
  4. ^ Juan C.Sager. 1995. Kualiti dan Piawai--Penilaian Penterjemahan dlm Panduan Penterjmahan. Catriona Picken(pny). Bashir M.M Basalamah(pntj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  5. ^ a b c Ainon, Mohd., dan Abdullah Hassan. 2010. Teori dan Teknik Terjemahan. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
  • Ainon Mohd, Abdullah Hassan. 2000. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur. Persatuan Penterjemahan Malaysia. ISBN 983-161-000-8

Pautan luar

sunting