Teksi
Teksi (Mal., Sin.) atau taksi (Ind.) ialah sejenis kenderaan sewa yang dipandu oleh seorang pemandu untuk mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang ke destinasi pilihan mereka berbanding pengangkutan awam lain yang mana lokasi turun naik ditetapkan oleh pengendali perkhidmatan, bukannya penumpang.
Istilah ini berasal daripada istilah taxicab atau taximeter cab ciptaan Harry N. Allen, yang mengimport kereta teksi pertama ke Bandaraya New York dari Perancis, ia terdiri daripada:
- perkataan cab, singkatan untuk cabriolet, iaitu sejenis kereta kuda.
- taximeter pinjaman bahasa Perancis taximètre, berasal dari kata menggabungkan Bahasa Latin Pertengahan iaitu taxa yang bererti 'cukai', digabungkan dengan perkataan bahasa Yunani metron bermaksud 'ukuran'.[1]
Sejarah
suntingSistem pengangkutan terawal yang seumpama teksi moden bermula di Paris dan London pada awal abad ke-17, iaitu dalam bentuk kereta kuda yang boleh disewa. Kerajaan yang memerintah kota-kota tersebut mengawal bilangan kereta tersebut.
Pada tahun 1891, Wilhelm Bruhn dari Jerman mencipta meter teksi (peranti mekanik/elektronik yang menghitung tambang teksi), sekaligus melahirkan konsep teksi moden. Kereta teksi bermeter moden pertama ialah Daimler Victoria binaan Gottlieb Daimler pada tahun 1897; pada tahun ini juga dibukanya syarikat teksi bermotor pertama di Stuttgart.
Jenis
suntingBerkenderaan darat
suntingTerdapat juga perkhidmatan angkutan sewa yang menggunakan kenderaan selain kereta - antara contoh paling lazim diketahui ialah teksi motosikal (berasaskan motosikal) yang didapati dalam sesetengah kawasan Indonesia dan Malaysia
Berkenderaan air
suntingTeksi jenis ini dapat berupa sampan yang didayung ataupun dijana mesin (outboard) yang dapat disewa untuk satu perjalanan atau tempoh tertentu. Taksi air banyak ditemukan di kota-kota yang dilewati sungai besar seperti di Palembang, Banjarmasin, Samarinda ataupun di pinggir danau seperti Parapat, Tarutung.
Rujukan
sunting- ^ "taximeter" Diarkibkan 2001-07-12 di Wayback Machine, The American Heritage® Dictionary of the English Language: Fourth Edition, Bartleby, 2000
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Teksi |