[go: up one dir, main page]

Swafoto

Potret gambar yang diambil sendiri

Swafoto[1] (Jawi: سوافوتو) atau selfie (/ˈselfiː/)[2] merupakan satu bentuk fotografi potret sendiri, biasanya diambil dengan menggunakan kamera digital ataupun telefon bimbit berkamera yang dipegang dengan tangan ataupun disokong menggunakan kayu penyokong khas.

Beberapa gadis mengambil gambar sendiri di Pohela Falgun, Bangladesh.

Gambar swafoto sering dikongsikan di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dan ia biasanya dilakukan dalam keadaan yang santai dan kasual. Kebanyakan swafoto diambil dengan kamera dipegang pada jarak satu lengan atau dipantulkan pada cermin dan bukannya menggunakan pemasa sendiri. Kayu swafoto boleh digunakan untuk meletakkan kedudukan kamera lebih jauh daripada subjek, membolehkan lebih banyak subjek yang boleh disertakan pada kamera.

Peristilahan

sunting

Perkataan sumber yang menggambarkan konsep ini, iaitu selfie, pertama kali dijumpai dalam satu forum internet di Australia bertajuk 'Dr Karl Self-Serve Science Forum' bertarikh 13 September 2002 ditulis Nathan Hope, salah seorang pengguna forum tersebut:[3][4]

"Um, drunk at a mates 21st, I tripped ofer (sic) and landed lip first (with front teeth coming a very close second) on a set of steps. I had a hole about 1cm long right through my bottom lip. And sorry about the focus, it was a selfie."

Sementara itu, istilah terjemahan yang dipadankan di Nusantara iaitu swafoto pertama kali diciptakan di Indonesia lalu merebak penggunaannya dalam media negara tersebut. Ia pertama kali digunakan pakai media cetak dan elektronik di luar Indonesia pada 19 Oktober 2016 dalam akhbar Sinar Harian di Malaysia.[5]

Perkataan selca (kependekan self camera - "kamera diri").[6][7][8] turut disinonimkan terutamanya dalam konteks hiburan dan selebriti di Korea Selatan.

Sejarah

sunting
Potret sendiri sebelum fotografi digital
Gambar foto sendiri oleh Robert Cornelius, 1839
Seorang wanita tidak dikenali mengambil gambarnya sendiri di dalam cermin, c. 1900

Robert Cornelius, seorang perintis Amerika dalam fotografi, menghasilkan daguereotaipe bagi dirinya pada tahun 1839 yang juga merupakan gambar foto pertama bagi seorang manusia. Oleh kerana proses tersebut lambat, dia sempat membuka kanta, mengambil gambar dalam masa seminit atau lebih, dan kemudiannya memasang kembali penutup kanta.[9] Dia merekodkan di belakangnya, "Gambar cahaya pertama yang pernah diambil. 1839."[9][10]

Penampilan sulung kamera kotak Kodak Brownie mudah alih pada tahun 1900 membawa kepada gambar fotografik sendiri yang menjadi teknik yang lebih meluas. Cara tersebut biasanya dengan menggunakan cermin dan menstabilkan kamera sama ada pada objek berhampiran ataupun pada tripod melihat pada pemidang tilik di atas kotak.[11] Grand Duchess Anastasia Nikolaevna dari Rusia, pada usia 13 tahun, merupakan salah seorang remaja pertama yang mengambil gambarnya sendiri menggunakan cermin untuk dihantar kepada seorang kawan pada tahun 1914. Dalam sekeping surat yang disertakan sekali dengan gambar tersebut, dia menulis, "Saya mengambil gambar saya sendiri dengan melihat pada cermin. Ia sangat sukar kerana tangan saya menggigil."[12]

Gambar foto sendiri berkembang pada tahun 1970an apabila kamera segera lahir sebagai satu medium baharu ekspresi sendiri, menangkap pemahaman diri peribadi yang tidak berperwatakan ke dalam individu yang konservatif[13] dan membolehkan golongan amatur belajar ilmu fotografi dengan hasil serta-merta.[14] Amalam ini beralih secara semula jadi merentasi kamera digital setelah ia menggantikan kamera filem semasa permulaan alaf baharu.

Konsep memuat naik gambar foto sendiri berkumpulan ke internet, walaupun dengan kamera pakai buang dan bukannya dengan telefon pintar, berakar-umbi pada sebuah laman sesawang yang direka oleh rakyat Australia pada September 2001, termasuklah gambar yang diambil lewat 1990an (ditangkap oleh Internet Archive pada April 2004).[15][16][17]

Seawal tahun 2003, seorang ahli seni media dari Itali bernama Alberto Frigo mula mengambil gambar setiap objek yang digunakan oleh tangan kanannya. Projek jangka masa panjang tersebut menghasilkan koleksi gambar swafoto berkategori pertama yang menunjukkan ahli seni tersebut setiap kali dia menggosok gigi, setiap kali dia memakai minyak wangi, dsb.[18][19][20]

Telefon bimbit Sony Ericsson Z1010, dilancarkan lewat tahun 2003, memperkenalkan konsep kamera hadapan. Kamera hadapan Z1010 mempunyai sensor untuk swafoto dan panggilan video.[21]

Kecederaan semasa berswafoto

sunting

Kematian berkaitan swafoto pertama berlaku pada 15 Mac 2014, semasa seorang lelaki terkena renjatan elektrik di atas kereta api.[22]

2014, 'Tahun Swafoto', juga merupakan tahun di mana Makati dan Pasig, 'Ibu Kota Swafoto Dunia', menyaksikan kematian berkaitan swafoto pertama di situ apabila seorang gadis berusia 14 tahun terjatuh dari tangga tingkat 3 menuju ke tingkat 2.[23][24][25][26]

Pada tahun 2015, adalah dilaporkan bahawa lebih ramai orang terkorban semasa berswafoto pada tahun tersebut berbanding serangan jerung.[27] Penerbitan lain sudah berhujah mengenai analisis tersebut.[28][29][30] Pengambil gambar swafoto terjatuh sehingga mati apabila mereka hilang imbangan pada kedudukan tertentu,[31][32] manakala yang lain pula cedera atau terkorban apabila bergaya dengan pistol tangan yang tertarik picunya secara tidak sengaja.[33][34]

Berikutan kebimbangan mengenai peningkatan angka insiden di Rusia di mana cubaan menghasilkan swafoto unik membawa kepada kecederaan dan kematian, Kementerian Dalam Negeri Rusia mengeluarkan "Panduan Keselamatan Swafoto" pada tahun 2015 yang memberi amaran kepada peminat swafoto akan beberapa tingkah laku lazim yang berbahaya.[35][36] Moscow, bandar raya Rusia yang paling aktif berswafoto, dianggarkan mempunyai 8 pengambil swafoto bagi setiap 100,000 orang, serta menduduki tangga ke-301 di dunia.[37]

Satu kajuan tahun 2015 menunjukkan bahawa 20% belia Britain sering berswafoto semasa memandu kereta.[38] Manchester mempunyai bilangan pengambil swafoto teramai per kapita di United Kingdom dengan 114 bagi setiap 100,000 orang, serta menduduki tangga ke-7 di peringkat antarabangsa.[39] Ketua polis Itali turut melahirkan kebimbangan mengenai fenomena sama di Itali semasa peristiwa pelancaran filem pendek berjudul "Selfie".[40][41] Milan merupakan bandar raya ke-8 paling aktif berswafoto di dunia dengan 108 pengambil swafoto setiap 100,000 orang.[42]

Menurut Profesor Amanda du Preez, terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis gambar swafoto yang mendukumentasikan kematian:[43]

  • swafoto yang tidak disedari diambil sebelum kematian
  • swafoto maut di mana kematian pengambilnya hampir disaksikan
  • swafoto dengan kematian di mana pengambilnya bersedia semasa ada seseorang yang lain mati

Ia tidak termasuk kematian atau kecederaan yang ditanggung semasa cuba berswafoto.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Maksud "swafoto" oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  2. ^ "selfie noun - Pronunciation - Oxford Advanced Learner's Dictionary at OxfordLearnersDictionaries.com". oxfordlearnersdictionaries.com.
  3. ^ "A brief history of the selfie". ABC Science blog. ABC Online. Dicapai pada 30 June 2015.
  4. ^ "Oxford Dictionaries Word of the Year 2013 is..." OxfordWords blog. Oxford Dictionaries. Dicapai pada 30 November 2013.
  5. ^ "Jatuh bangunan sebab nak swafoto". Sinar Harian. 19 Oktober 2016. Dicapai pada 10 Disember 2016.
  6. ^ "What are selcas?". Kpopselca. 2013-11-01. Dicapai pada 2013-11-01.
  7. ^ "K-Drama Dictionary of Words to "Borrow"". Soompi. 23 November 2012. Dicapai pada 9 September 2013.
  8. ^ "Song Hye Kyo Shares a Beautiful "Selca"". DramaFever. 2013-04-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-29. Dicapai pada 2013-09-09.
  9. ^ a b "Robert Cornelius' Self-Portrait: The First Ever "Selfie" (1839)". Public Domain Review. Open Knowledge Foundation. Dicapai pada 10 Ogos 2014.
  10. ^ "Robert Cornelius, self-portrait; believed to be the earliest extant American portrait photo". Prints & Photographs Online Catalog. Library of Congress. Dicapai pada 18 Disember 2013.
  11. ^ "Beginners Guide To Understanding And Using A Brownie Box Camera".
  12. ^ "Diaries and Letters – Letters of Grand Duchess Anastasia".
  13. ^ "warhol: self portraits". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-15. Dicapai pada 2016-12-09.
  14. ^ Maraithe Thomas (25 September 2014). "Stevie Nicks self-portraits shown for the first time: 'I never thought anyone would ever see these pictures'". The Guardian. London.
  15. ^ "bogon.8m.com SelfPix". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2004.
  16. ^ "bogon.8m.com Out & About". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2001.
  17. ^ "bogon.8m.com Bogons". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2001.
  18. ^ Mark Wilson (3 Mac 2015). "For 11 Years, This Man Has Taken Photos Of Everything His Right Hand Touches". Fast Company.
  19. ^ Corey Charlton (27 Februari 2015). "The most touching set of photographs you'll ever see!". Daily Mail.
  20. ^ Cianan Brennan (12 Februari 2015). "This man has been taking a photo of everything he touches… for the last 11 years". The Journal.
  21. ^ "Sony Ericsson Z1010 – World's First Phone with a Front-Facing Camera | Nerdeky.Com". nerdeky.com. Dicapai pada 30 September 2015.
  22. ^ "Man dies while taking selfie on top of train". 2014-03-18. Dicapai pada 2016-07-22.
  23. ^ "The Definitive Ranking Of The Selfiest Cities in the World". TIME.com. Dicapai pada 2016-07-22.
  24. ^ Correspondent, By Gilbert P. Felongco, (2014-07-04). "Student falls to death while taking 'selfie'". Dicapai pada 2016-07-22.CS1 maint: extra punctuation (link)
  25. ^ CNN, Naomi Ng, for. "Twitter declares 2014 year of the selfie". CNN. Dicapai pada 2016-07-22.
  26. ^ "The year of the selfie". www.google.ie. Dicapai pada 2016-07-22.
  27. ^ Horton, Helena (22 September 2015). "More people have died by taking selfies this year than by shark attacks". The Daily Telegraph. Dicapai pada 26 September 2015.
  28. ^ Dewey, Caitlin (22 September 2015). "No, selfies have not killed more people than sharks. That's ridiculous" – melalui washingtonpost.com.
  29. ^ "The Murky Meaning of the Killer Selfie". The New York Times. 11 December 2015.
  30. ^ Fung, Kaiser; Gelman, Andrew (5 October 2015). "Debunking the Great 'Selfies Are More Deadly Than Shark Attacks' Myth".
  31. ^ Payne, Samantha (22 April 2014). "Russia: Attempted Selfie Causes Death of Teenager Xenia Ignatyeva". International Business Times. Dicapai pada 6 July 2015.
  32. ^ Felongco, Gilbert P. (4 July 2014). "Student falls to death while taking 'selfie'". Gulf News. Dicapai pada 12 September 2014.
  33. ^ "15-year-old boy accidentally shoots self while taking selfie". ANC Yahoo News. 22 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-26. Dicapai pada 12 September 2014.
  34. ^ "Drunk Mexican man accidentally shoots himself in head while posing for selfie". nydailynews.com. New York. 4 August 2014.
  35. ^ "МВД России: Безопасное селфи". RT. 7 July 2015. Dicapai pada 8 July 2015.
  36. ^ "Russian Selfie Guide Translated in English - Connecticut.Marketing".
  37. ^ "The Definitive Ranking Of The Selfiest Cities in the World". TIME.com. Dicapai pada 2016-07-22.
  38. ^ "One in five young Britons taking selfies behind the wheel, a trend also growing in Australia, experts say". ABC News.
  39. ^ "The Definitive Ranking Of The Selfiest Cities in the World". TIME.com. Dicapai pada 2016-07-22.
  40. ^ "Selfie-loving drivers cause spike in accidents".
  41. ^ Kirstie McCrum (21 July 2015). "Selfie-obsessed drivers who snap pictures behind wheel blamed for spike in road accidents". mirror.
  42. ^ "The Definitive Ranking Of The Selfiest Cities in the World". TIME.com. Dicapai pada 2016-07-22.
  43. ^ Amanda du Preez (May 17, 2016). "The deadly selfie game – the thrill to end all thrills". The Conversation. Dicapai pada August 8, 2016.

Pautan luar

sunting
  •   Kategori berkenaan Swafoto di Wikimedia Commons