[go: up one dir, main page]

Skim Ponzi adalah operasi pelaburan penipuan yang membabitkan pulangan (keuntungan) yang luar biasa besarnya kepada pelabur dari wang yang dibayar oleh pelabur berikutnya, dan bukannya dari pendapatan bersih yang dihasilkan dari sebarang business sebenar, yang dinamakan sempena Charles Ponzi. Sistem penipuan ini merupakan sistem yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya. Sifat semulajadi Sistem Ponzi, ia tidak akan kekal lama dan cuma menunggu masa untuk si penipu melarikan wang mangsa-mangsa yang tertipu.

Gambaran keseluruhan

sunting

Skim Ponzi biasanya menawarkan pulangan jangka pendek yang luar biasa tinggi agar menarik pelabur baru. Pulangan tinggi yang diiklankan oleh skim Ponzi (dan dibayar) memerlukan jumlah aliran tunai yang semakin tinggi agar dapat mengekalkan skim berjalan. Sistem ini akhirnya akan gagal kerana hampir tiada atau hanya sedikit pendapatan sebenar yang terhasil daripada tunai yang diterima oleh penganjur. Bagaimanapun, skim ini sering kali diganggu oleh pihak berkuasa tempatan lama sebelum ia gagal, disebabkan skim Ponzi disyaki dan / atau penganjurnya menjual sekuriti yang tidak didaftar. (Apabila semakin ramai pelabur terbabit, kemungkinannya skim itu mendapat perhatian pihak berkuasa semakin meningkat.)

Skim ini dinamakan sempena Charles Ponzi, yang menjadi terkenal hina kerana menggunakan teknik ini selepas berhijrah dari Itali ke Amerika Syarikat pada tahun 1903. Ponzi bukanlah orang pertama mencipta skim sebegini, tetapi operasinya mengaut jumlah wang yang begitu besar sehinggakan ia menjadi terkenal diseluruh Amerika Syarikat. Hari ini skim sebegini adalah lebih rumit berbanding Ponzi, sungguhpun formula asasnya adalah serupa dan prinsip dibelakan semua skim Ponzi adalah untuk mengambil peluang dari kehilangan pertimbangan fikiran, yang timbul akibat oleh perasaan tamak.

Contoh andaian

sunting

Satu iklan yang menawarkan pulangan luar biasa – sebagai contoh 20% bagi kontrak 30 hari. Mekanisma terperinci bagi pulangan luar biasa ini boleh dikatakan kepada sebarang perkara yang kedengarannya bagus tetapi tidak terperinci: "perbezaan matawang sejagat", "perniagaan jangka masa hadapan - hedge futures trading", "program pelaburan pulangan tinggi", atau yang serupa dengannya.

 
Charles Ponzi, 1920

Tanpa sebarang bukti rekod pelaburan, hanya sedikit pelabur terpikat, biasanya bagi jumlah kecil (katakan $5,000). Terbukti, 30 hari kemudian, pelabur menerima $6,000 – pelaburan asal tambah 20% pulangan ($1,000). Pada titik ini, rasa tamak haloba mengatasi kewarasan: pelabur akan melabur lebih banyak wang, dan, berita mula tersebar, pelabur lain mengambil "peluang" untuk turut sama melabur. Semakin ramai melabur, dan melihat pelaburan mereka menghasilkan pulangan yang besar.

Realiti sebenar skim ini adalah "pulangan" bagi pelabur awal dibayar dari tunai pelaburan baru yang masuk, bukannya dari keuntungan. Tidak terdapat "perbezaan matawang sejagat", "perniagaan jangka masa hadapan - hedge futures trading", "program pelaburan pulangan tinggi" yang sebenarnya berlaku. Sebaliknya, apabila Pelabur D membayar wang, wang tersebut tersedia bagi membayar "keuntungan" kepada pelabur A, B, dan C. Apabila Pelabur X, Y, dan Z membuat pelaburan, wang tersebut tersedia untuk membayar "keuntungan" kepada Pelabur A sehingga W.

Satu sebab skim ini berjalan begitu baik adalah pelabur awal – mereka yang sebenarnya mendapat pulangan besar – biasanya melabur kembali (mengekalkan) wang mereka dalam skim tersebut (kerana, ia sebenarnya memberi pulangan yang jauh lebih baik dari sebarang pelaburan lain). Dengan itu mereka yang mengurus skim ini tidak perlu membayar banyak (bersih) – mereka hanya perlu menghantar penyata kepada pelabur yang menunjukkan berapa banyak pelabur tersebut telah dapat dengan menyimpan dalam apa yang kelihatannya tempat yang baik untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.

masalahnya adalah pada satu ketika salah satu dari tiga perkara akan berlaku: (a) Penaja akan hilang, mengambil kesemua wang pelaburan (tolak yang telah dibayar) bersama mereka; (b) skim akan gagal akibat terlalu besar, apabila pelaburan menjadi perlahan dan penaja mulai menghadapai masalah membayar pulangan yang dijanjikan (dan apabila mereka menghadapai masalah, berita tersebar, dan lebih ramai orang meminta wang mereka); atau (c) skim ini terdedah, kerana apabila pihak berkuasa mulai memeriksa rekod perakaunan yang didakwa enterprise, mereka mendapati bahawa kebanyakan "aset" yang sepatutnya ada, sebenarnya tiada.

Apa itu skim Ponzi dan apa yang bukan

sunting
  • Skim piramid adalah bentuk penipuan yang serupa dalam sesetengah cara dengan skim Ponzi, bergantung kepada menidakkan kebenaran kewangan, termasuk harapan untuk pulangan yang amat tinggi. Bagaimanapun, beberapa ciri membezakan skim piramid berbanding skim Ponzi:
  • Dalam skim Ponzi, penipu bertindak sebagai “paksi” bagi mangsa, berhubung dengan kesemua mereka secara langsung. Dalam skim piramid, mereka yang mendapatkan ahli baru mendapat keuntungan langsung (malah sebenarnya, kegagalan mendapatkan ahli baru biasanya bererti tiada pulangan pelaburan).
  • Skim Ponzi bergantuing kepada pendekatan pelaburan pelik, orang dalam, dll., dan sering kali memikat pelabur yang kaya; skim piramid pula dengan jelas mendakwa bahawa wang baru merupakan sumber pembayaran kepada pelaburan awal.
  • Skim piramid hampir pasti gagal lebih awal, kerana permintaan bagi peningkatan ahli berganda untuk mengekalkannya (skim Ponzi mampu bertahan hanya dengan memujuk kebanyakan pelabur untuk "melabur semula" wang mereka, dengan hanya sedikit jumlah pelabur baru).
  • Worldcom dan penipuan kewangan lain. Worldcom "tidak membayar pulangan tinggi (iaitu, dividen tinggi). Worldcom adalah syarikat yang didagangkan secara umum yang menggunakan jangkaan dari letusan internet/dotcom dan pelbagai penipuan skim perakaunan bagi meningkatkan keuntungan yang dilapurkan kepada umum untuk mengekalkan harga stoknya tinggi. Pelabur adalah bebas untuk menjual pada bila-bila masa; dan apabila mereka melakukannya, syarikat bukanlah yang membayar pelabur -- ia adalah pembeli stok yang membayarnya, dan mengambil alih risiko dari tempoh itu.
  • Buih. Buih ekonomi bergantung kepada tidak menghiraukan kebenaran dan jangkaan keuntungan tinggi, tetapi ia tidak sama dengan skim Ponzi. Buih ekonomi membabitkan peningkatan berterusan (dan tidak dapat dikekalkan) harga dipasaran terbuka (tidak kira ia stok, harga rumah, atau harga bawang tulip, atau sebarang benda). Selagi terdapat pembeli yang sanggup membayar harga yang semakin meningkat, penjual mampu mendapat untung. Dan tidak perlu ada penipu dibelakang buih ekonomi. (Malah, buih ekonomi mampu terbentuk tanpa sebarang penipuan - sebagai contoh, harga rumah dipasaran tempatan yang meningkat secara mendadak tetapi akhirnya merundum kerana pembinaan berlebihan.)
  • Merompak Peter untuk membayar Paul. Apabila hutang cukup tempoh dan ketiadaan tunai untuk membayarnya, samaada kerana nasib malang atau kecurian sengaja, sipemiutang seringkali membuat pembayaran mereka dengan meminjam atau mencuri dari wang lain yang mereka. Dengan itu, ia bukanlah skim Ponzi. Dari fakta asas yang ditetapkan, ia bukanlah Ponzi, kerana tidak terdapat tanda bahawa peminjam dijamin pulangan tinggi melalui dakwaan pelaburan kewangan luar biasa. Ataupun (berdasarkan fakta asas ini) terdapat tanda-tanda bahawa sipemiutang (banker) meminjam secara meningkat jumlah dipinjam ("pelaburan") bagi membayar kepada pelabur awal (sebagaimana, bagi Ponzi bukanlah yang pertama melakukannya.)

Skim-skim Ponzi yang terkenal

sunting

Skim Dolar tertinggi

sunting

Skim eponim dilaksanakan oleh Charles Ponzi, yang dari seseorang yang tidak dikenali menjadi jutawan Boston terkenal dalam tempoh enam bulan menggunakan skim sebegini pada 1920. Keuntungan sepatutnya datang dari pertukaran kupon jawapan pos antara bangsa. Dia menjanjikan 50% faedah (pulangan) keatas pelaburan dalam tempoh 45 hari atau “gandakan wang anda” dalam tempoh 90 hari. Sekitar 40,000 orang melabur sekitar $15 juta kesemuanya (sekitar $150 juta dalam nilaian dolar 2006); akhirnya, hanya satu pertiga wang tersebut dipulangkan kepada mereka.

Selain skim Ponzi skim lain dalam sejarah termasuk:

  • Sebelum Ponzi, pada tahun 1899 William "520 Peratus" Miller membuka perniagaannya sebagai "Sindiket Franklin" di Brooklyn, New York. Miller menjanjikan faedah 10% seminggu dan menggunakan sebahagian tema utama skim Ponzi seperti pelanggan melabur semula faedah yang mereka terima. Dia menipu pelabur sebanyak $1 juta dan dihukum penjara selama 10 tahun. Apabila dia diampunkan dia membuka kedai runcit di Long Island. Semasa penyiasatan Ponzi, Miller diwawancara oleh Boston Post untuk membandingkan skimnya dengan Ponzi's — pegawancara mendapati ia hampir serupa, tetapi Ponzi menjadi lebih masyhur kerana mendapat tujuk kali ganda wang.[1]
  • Antara 1970 dan 1984 in Portugis, seorang wanita yang dikenali sebagai Dona Branca mengekalkan skim yang membayar faedah 10% sebulan. Pada tahun 1988 di dipenjarakan selama 10 tahun dalam penjara. Dia sentiasa mendakwa bahawa di cuma membantu orang-orang miskin, tetapi semasa perbicaraan ia terbukti dia menerima bayaran sebanyak 85 juta Euro.[2][3]
  • MMM adalah syarikat Rusia yang muncul pada 1990-an. Ia membabitkan dua juta orang dan mendapat sebanyak sehingga AS$1.5 juta.
  • Pada musim gugur 1994, Kelab European Kings gagal, menyebabkan kerugian sekitar AS$1.1 bilion. Penipuan ini diketuai oleh Damara Bertges dan Hans Günther Spachtholz. Dalam kanton Swiss Uri dan Glarus hampir setiap 1 dari sepuluh dewasa melabur dalam EKC. Penipuan ini membabitkan membeli "surat" bernilai pada 1,400 francs yang membolehkan pembeli menerima bayaran 12 bulan sebanyak 200 francs. Organisasi ini berpangkalan di Gelnhausen, Jerman.[4]
  • Pada Mei 1995, pendakwa raya Pennsylvania bertindak membekukan aset Yayasan Kedermawanan Era Baru dan menahan pengerusinya, John G. Bennett, Jr. Organisasi ini telah mengaut melebihi $500 juta dari 1,100 penyumbang. Ahlinya termasuk Palang Merah, percaya mereka terbabit dengan program matching-gifts melalui New Era tetapi, sebenarnya ia adalah skim Ponzi. Kerugian dianggarkan sekitar $135 juta.
  • Pada awal 1996, SEC mengfailkan saman umum (civil action) terhadap Bennett Funding Group, pegawai ketua kewangannya (chief financial officer), Patrick R. Bennett, dan syarikat lain yang dikawal Bennett, berkait dengan skim Ponzi yang besar. Kompeni itu secara menipu mengaut beratus juta dollar, dengan mengaku membeli jaminan sewa peralatan dan promissory notes.[1]
  • Pada 1997 kerajaan Albania secara rasmi mengesahkan beberapa siri dana pelaburan piramid. Apabila kegagalan tidak dapat dielakkan lagi, penduduk Albania, yang kerugian hampir $1.2 juta, menunjuk perasaan di jalanan dalam pemberontakan yang menggulingkan kerajaan.
  • Pada tahun 2000, skim Ponzi yang diuruskan oleh Reed Slatkin, paderi Gereja Saintologi, terbongkar apabila para pengawal atur Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Amerika Syarikat menyedari bahawa Slatkin bukannya seorang penasihat pelaburan yang berlesen. Slatkin telah mengutip kira-kira AS$600 juta daripada melebihi 500 orang pelabur yang kaya, dengan kebanyakan mereka merupakan tokoh-tokoh Hollywood.
  • Pada bulan Disember 2005, Larry Toshio Osaki yang mengendalikan sebuah skim Ponzi raksasa di Los Angeles, California dan terus menawarkan pelaburan-pelaburan palsu dalam "pemfaktoran" akaun belum terima, walaupun diperintah oleh seorang hakim persekutuan supaya menghentikan kegiatannya, dipenjarakan di penjara persekutuan selama 20 tahun. Selain daripada hukuman pemenjaraan, Hakim Stephen V. Wilson juga memerintah Osaki supaya membayar AS$145 juta kepada mangsa-mangsanya sebagai restitusi.
  • Pada bulan Oktober 2006, dua ahli masyarakat yang terkenal di Malaysia, bersama-sama orang lain, ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengendalikan SwissCash atau Dana Bersama Switzerland (1948) yang dikatakan bersifat komplot. SwissCash menawarkan pulangan sehingga 300% dalam tempoh pelaburan selama 15 bulan. Pelaburan HYIP tersebut ditawarkan kepada para warganegara Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dengan penganjur skim ini mendakwa bahawa dana-dana pelabur disalurkan ke kegiatan-kegiatan perniagaan yang merangkumi cari gali minyak, serta perkapalan dan pertanian di Caribbean, antara lain. Syarikat ini mendakwa bahawa mereka berpusat di New York dan diperbadankan di Komanwel Dominica.[5][6][7]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Zuckoff, Mitchell. Ponzi's Scheme: The True Story of a Financial Legend. Random House: New York, 2005. ISBN 1-4000-6039-7
  2. ^ Visão Laman web Visao Online: Apanhados pelos selos, 18 Mei 2006.
  3. ^ Laman web CanalSurWeb: Banqueros del pueblo, 12 Mei 2006
  4. ^ de:European Kings Club
  5. ^ Akhbar The Star, Malaysia, 4 Oktober 2006.
  6. ^ Akhbar Today, Singapura, 24 Januari 2007.
  7. ^ Bank Negara, Malaysia Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine, 5 September 2006.

Pautan luar

sunting

Error: tiada nama laman disertakan (help).