Salib
Salib (Jawi: صليب , menyerap bahasa Arab) atau palang (Jawi: ڤالڠ) adalah lambang agama Kristian yang didirikan di bumbung gereja atau digantung pada leher penganut Kristian. Salib menjadi identiti agama Kristian sejak sekian lama.
Sebahagian daripada siri tentang
|
---|
Yesus Kristus |
Yesus Kristus · Kelahiran · Penyaliban · Wafat · Kebangkitan |
Asas |
Gereja · Kerajaan · Pegangan · Perjanjian Baru |
Alkitab |
Wasiat Lama · Wasiat Baru · Injil · Kanun · Kitab · Apokrifa |
Teologi |
Tuhan (Bapa · Anak · Roh Kudus) · Apologetik · Katolikisme · Kristologi · Misi · Pembaptisan · Sejarah teologi · Penyelamatan · Tritunggal |
Sejarah dan tradisi |
Pengikut · Bunda Maria · Santo Petrus · Paulus si Hawari · Bapa Gereja · Awal · Konstantinus Agung · Persidangan · Thomas Aquinas · Perpecahan Timur-Barat · Perang Salib · Reformasi Protestan |
Tajuk umum |
Agama lain · Kesarwabangsaan · Kesenian · Khutbah · Kritikan · Liturgi · Muzik · Simbolik · Sembahyang · Tahun gereja |
Denominasi dan gerakan |
Adventisme · Anabaptis · Anglikan · Baptis · Calvinisme · Evangelikalisme · Kesucian · Katolik Bebas · Luteran · Metodis · Katolik Lama · Roman Katolik · Protestan · Pentekosta
|
Portal Kristian |
Lambang ini juga terdapat pada lambang Persatuan Palang Merah Sedunia , bendera Switzerland , Britain, Australia dan lain-lain dengan pelbagai gaya, bentuk, saiz dan warna.
Gambaran umum
suntingSejarah
suntingPerkataan salib pertama kali diucapkan oleh Yesus di dalam Injil matius 10:30 "Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku". Yesus telah diseksa, dihina, dan diolok-olokan sebelum disalib . Ada ramai orang telah disalibkan sebelum dan selepas Yesus. Inijl Matius menceritakan seperti berikut (27:29) "Mereka menganyam sebuah mahkota duri dan menaruhnya di atas kepala-Nya, lalu memberikan Dia sebatang buluh di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut di hadapan-Nya dan mengolok-olokkan Dia, katanya: "Salam, hai Raja orang Yahudi!". Askar Pilatos Pilate menyangka Yesus hendak menjadi raja Israel, maka sebab itulah Yesus diejek dengan mahkota berduri tersebut.
Hanya setelah Maharaja Constantinus memeluk agama Kristian dari anutan dewa Apollo itu di mana baginda melihat lambang salib dalam mimpi barulah lambang ini digunakan sebagai lambang Kristian terterap pada mata wang dan cop kerajaan Rom sehingga kemangkatan baginda.
- Di Muzium Iskandariah, Mesir tersimpan sebuah palang salib bagi agama orang Mesir. Palang salib ini bermaksud hidup baru sebab dipalangkan.
- Di Ireland, ditemui palang salib tua dengan patung manusia disalibkan. Tetapi orang yang disalibkan itu ialah Penguasa Farsi danPem bukan Yesus yang disalibkan. Ini kerana mahkota yang dipakai menyerupai mahkota Raja Farsi dan bukan mahkota duri yang dipakaikan kepada Yesus.( Matius 27:29). Palang salib adalah lambang agama Mithra di Farsi dan telah digunakan berabad-abad lamanya di sana.. Di Ireland dan Chester banyak terdapat tanda-tanda agama ini.
Orang Kristian telah mengunakan kekuatan pedang dan api bagi melenyapkan agama matahari. Hypatia iaitu seorang guru agama matahari telah dibunuh dan perpustakaan Alexanderia / Iskandariah telah dibakar. Hakikatnya segala pengajaran dan adat istiadat agama matahari dibawa masuk ke dalam agama gereja.
Dahulu orang Kristian menggunakan tiga macam salib iaitu huruf T, salib Andreas , bentuk X dan salib Rome + . Salib Yesus sekarang ini 'barangkali' dipengaruhi oleh salib bangsa Rome.
Mulanya orang Kristian menggunakan lambang 'ikan sungai' sebagai lambang agama Kristian. Kubur -kubur orang Kristian abad pertengahan menggunakan lambang 'ikan sungai'. Injil tidak memberi sebarang sebab penggunakan labang 'ikan sungai' kecuali Yesus dikatakan pernah makan 'ikan'.
Orang Kristian dari golongan 'Saksi-Saksi Yehuwa' tidak mengakui Yesus mati dibunuh di palang salib . Mereka menyatakan Yesus mati tergantung di sebuah tiang sahaja yang disebut 'tiang siksa' , tidak di atas kayu salib yang berbentuk palang.
Orang Islam sebagaimana Al Quran menyatakan Yesus atau Nabi Isa gagal ditangkap untuk disalibkan. Sebaliknya malaikat telah membawanya ke langit. Barnabas dalam Injilnya menyatakan orang yang disalib itu ialah Judas Iscariot.
Galeri
suntingGambar | Kawasan gunaan |
---|---|
Salib Rumi |
Aliran mazhab Kristian Barat termasuk Katolik Rom, Luther, Moravia, Anglika, Metodis dan Pentakosta.[1] |
Salib Yunani |
Yunani |
Salib Yerusalem |
|
Salib Malta, Sengkang bajang[2] |
Malta |
Salib Kelt |
Negeri-negeri bangsa Kelt seperti Scotland dan Ireland |
Salib Portugis |
Digunakan persatuan bekas anggota Kesateria Templar yang bertemu di Portugal atas restu Raja Dinis, digunakan Empayar dan kemudian Republik Portugal serta Tentera Lautnya |
Saltira/Salib Andreas |
Scotland |
Rencana berkaitan
suntingRujukan
sunting- HM Arshad Talib Lubis, Perbandingan Kristen dan Islam , Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, 1983 , hlm 97
- ^ Hryniuk, Margaret; Korvemaker, Frank (1 October 2014). Legacy of Worship: Sacred Places in Rural Saskatchwan (dalam bahasa English). Coteau Books. m/s. 5. ISBN 978-1-55050-598-6.
Latin cross and is most often found on Catholic, Lutheran, and Anglican churches. The more elaborate Eastern cross includes a small horizontal bar near the top and a slanted bar near the base. It is most often seen on Orthodox churches.
CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Sĕngkang". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 390.